17-05-07
Mak
Hari itu, aku telefon mak dari jauh. Waktu itu, mak baru saja pulang dari masjid menunaikan solat Subuh. Terasa pagi di sana begitu sayup menyelubungi hingga ke bumi asing ini. Sejenak berbual bersama bapak, gagang telefon berpindah tangan kepada mak. Salam disambut dengan tangisan.
Berderu rasa sayu dari jauh.
Apatah lagi, setiap bicara dan jawapan diiringi dengan sendu dari seorang ibu. Sebutir ditanya, sebutir itulah yang terjawab.
Doakanlah anakmu ini wahai ibuku. Kalau tidak kerana kutahankan diri ini, sudah pasti air mata di sini turut berguguran.
rudy bluehikari says:
hati ibu, fajar…. begitulah.
17-05-07 at 7:51 am
meero says:
baguslah semuanya sudah slamat… paja… pic kat negara orang yang ko snap lawo giler arr!! paling suka title ‘under the tree’.. kan besh kalo leh pose2 kat situ… huhu
17-05-07 at 1:55 pm
Jimi says:
Pentingnya, Fajar selamat dan dia mesti bersyukur. Doakan semua okie. Telefon lah selalu.
17-05-07 at 6:48 pm
Abu Bazli says:
waaa lamanya aku tak masuk. banyak pulak cerita kau. Zali tau tak kau kat sana?
17-05-07 at 11:28 pm
salwa a.k.a tipahlawa says:
Dlm hati ibu, sebati dgn anaknya Fajar… Tak penah lekang dari ingatan, dari hatinya.. wajah anak2.. Biarpun ada seribu wajah.. Takkan lupa satu pun.. Sesaat pun tak lekang dari dirinya.. Ibaratkan nyawa..
18-05-07 at 4:15 pm