22-05-07

Supervisorku aktor?

Posted in kembara by fajaril

Apa agaknya reaksi kau kalau mengetahui bahawa supervisor kau rupanya pernah berlakon dalam filem dan menjadi salah seorang produser untuk filem berkenaan? Hari ini baru aku sedar dan tahu bahawa supervisor aku berlakon dalam filem ini, Wilderness. Bukanlah sebuah filem yang popular pun, tapi sudah menjentik keinginan untuk aku menonton aksinya. Patutlah aku terlihat poster filem ini di pantri. Promosi.

Sebaik saja aku tahu tentang filem lakonan dia, cepat-cepat aku cari maklumat di internet. Kisah filem ini secara umumnya bertemakan thriller. Penuh dengan darah. Kalau tinjau di laman web pengarah filem ini, penuh dengan gambar dari filem berkenaan.

Dan, aku seakan tidak percaya. Cool juga supervisor aku rupanya.

“Going out into the woods to get your throat cut. Very smart!†- Wilderness, 2006 - UK.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

7 comments

  1. rasso says:

    mantap tu… ehehe

    23-05-07 at 5:03 am

  2. iwan says:

    fajar,
    boleh mintak dia amik ko jadik pelakon utama kan…

    jgn lupa aku tau…
    aku jadik pelakon tambahan pun cukup la…

    hehe

    23-05-07 at 8:53 am

  3. elaira says:

    tu diaaa…. kang tetiba ada plak muka fajar jadik pelakon tambahan ke… huhu

    23-05-07 at 3:12 pm

  4. JIMI says:

    Fajar, seronok bila Fajar di Scotland, semakin rajin menulis blog, eh. Keep it up. Memang sentiasa dinantikan. Jimi pula semakin culas dengan menulis, bukan malas menulis, banyak sangat kekangannya.

    23-05-07 at 7:54 pm

  5. Abu Bazli says:

    The Chronicle of Cencaluk Wizard??? weh kat sana buku murah tak?

    24-05-07 at 9:11 am

  6. john hairul says:

    ada nak pakai pelakon tambahan tak,,? heheheee..

    24-05-07 at 11:58 am

  7. fajar says:

    rasso, mmg mantap!
    iwan & kak elaira, jgn terkejut kalau tiba-tiba nanti ada annoucement berlakon filem secara sambilan. hahaha
    jimi, bukanlah rajin sgt. cuma, rindu sgt pada Malaysia.
    abu bazli, Cencaluk Wizards? Best gak kan. Weih, buku kat sini, kalau tgk mmg murah. tp, kalau convert, mahal. kat car boot sale, murah la.
    john hairul, arghhh.. bole jumpa ke blog ni? aduh, malu.

    24-05-07 at 6:11 pm

Leave a comment