26-05-07

Dari pandangan ini

Posted in kembara by fajr'

Setelah beberapa minggu di negara ini, banyak juga yang dapat aku pelajari. Kalau ikutkan, bukanlah hebat sangat negara orang ini. Di sini, sebahagian tempat aku labelkan sebagai tempat yang bersih dan cantik. Tapi, ada juga bahagian-bahagian tertentu yang cukup menyenakkan mata. Sampah berada di mana-mana. Itu belum lagi dengan serpihan kaca yang berserakan di tepi jalan. Kebanyakannya berwarna hijau dan datangnya dari botol arak.

Tapi, ini hanyalah berpandukan dari mata aku yang memerhati. Tidak semua daripada orang sini berada dalam keadaan sivik yang tinggi. Ada juga yang begitu rendah tahap pemikiran mereka walaupun dikatakan mereka di dalam suasana yang dikatakan maju. Namun, aku masih cukup tertarik dengan sikap peramah orang di sini. Begitu mesra walaupun tidak pernah kenal.

Bayangkan, satu hari aku singgah ke sebuah kedai kamera kerana terdapat sedikit masalah pada kamera aku. Pemilik kedai berkenaan, David, menyambut aku dengan cukup mesra. Dari topik tips diberikan untuk menjaga kamera aku hingga masuk kepada kisah Scotland dan Malaysia. Bercerita dengannya bagai tiada ruangan yang besar di antara aku dan dia. Dia memberikan satu keadaan yang aku rasakan begitu mesra, dihormati dan diterima dengan begitu baik. Seronok sungguh bertemu dengan orang seperti ini. Tidak hairanlah jika ramai orang mengatakan kepada aku sebelum ini bahawa kebanyakan Scottish adalah peramah dan mesra. Begitu juga dengan sebahagian Irish barangkali (kerana supervisor aku pun baik juga!).

Di akhir pertemuan, dia memberikan aku sebuah kalendar yang dipenuhi dengan gambar-gambar pemandangan di salah sebuah pulau yang cantik di Scotland - percuma! Terdetik di hati aku, dan merumuskan bahawa, David begitu baik orangnya. Dan sudah pasti, selepas ini, urusan aku berhubung masalah kamera akan aku rujuk kepadanya terus. Atau mungkin mencari peluang pekerjaan dengannya suatu masa nanti? Segalanya mungkin.

[+]

Aduh, aku sudah mula merasakan kesibukan. Otak aku sudah giat memproses pelbagai maklumat penyelidikan yang aku temui. Baca, baca, baca dan baca lagi. Kalau setakat membaca buku fiksyen, aku dapat menjiwai sepenuhnya apa yang cuba disampaikan oleh pengarang. Segala rasa yang ada. Tapi, perasaan itu hilang ketika membaca buku-buku kejuruteraan ini. Penuh dengan teori, persamaan dan bermacam lagi di dalamnya. Yang diinginkan adalah untuk memahami semua itu!

Maka, itu adalah perbezaan yang cukup ketara apabila membaca buku ilmiah dan cereka.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

9 comments

  1. napang says:

    begitulah kehidupan…

    moga ko makin tabah di sana…

    jinsei iro iro…

    aku sentiasa mendoakan ko disana…

    27-05-07 at 3:06 pm

  2. JIMI says:

    Bagus banget Fajar, semoga terus bersahabat.

    27-05-07 at 7:28 pm

  3. Abu Bazli says:

    so bila agak2 nya nak keluar buku sendiri???

    27-05-07 at 11:57 pm

  4. walkthrulife says:

    Buat PhD kat Glassgow ke? Ur study on apa?

    Teringin juga nak buat PhD kat UK..maybe one day u boleh let me know mcmana.

    All the best. :)

    29-05-07 at 12:22 am

  5. rudy bluehikari says:

    wah boleh buat partime la jawabnya pas ni…

    29-05-07 at 10:02 am

  6. cekmi says:

    hmm.. bestnya belajar kat scotland. im going there soon! (wishful thinking lah..)

    fajar, good luck in ur studies there.

    29-05-07 at 6:27 pm

  7. chentahati says:

    Tak per..nanti family bakal menyusul… InsyaAllah… rasanya tak lama lagi kan…

    30-05-07 at 2:15 pm

  8. Amyz says:

    Dengan persekitaran yang baik, tenang, moga-moga dpt membantu Abang berjaya menamatkan pengajian. Ganbatte!

    31-05-07 at 10:18 am

  9. rasso says:

    Teruskan perjuangan bro.. :)

    31-05-07 at 11:14 am

Leave a comment