Piled Higher and Deeper
Satu perkara yang aku rindukan semasa aku bekerja adalah untuk kembali sebagai seorang pelajar semula. Merasai dan menikmati untuk datang ke makmal, kuliah dengan membawa buku catatan. Tanpa perlu memikirkan atau memutuskan segala perkara yang besar - yang melibatkan hal ehwal sesuatu jabatan khususnya. Yang perlu difikirkan adalah bagaimana ingin menyelesaikan masalah diri sendiri, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan urusan penyelidikan.
Namun, berada semula dalam dunia ini bakal mendepankan diri aku dengan satu cabaran yang lebih besar. Sungguh besar. Kadangkala, aku menjadi kabur dengan apa yang aku baca. Dua tiga kali mentelaah, barulah terang sedikit jalannya. Kadangkala, aku hilang langsung dalam perjalanan pembacaan itu. Tidak faham langsung! Waktu begini, mulalah terasa bosan dan segala tumpuan teralih kepada perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya - seperti surfing internet tidak henti-henti.
Sekarang aku berada dalam mode ‘pening-pening’ demi untuk memahamkan segala algoritma dan rumus yang telah dibentangkan oleh sekalian pakar yang ada di dalam bidang ini. Semakin banyak yang aku baca, semakin banyak benda yang aku tidak tahu. Dan rasanya semakin banyak juga rambut aku yang terkorban dek kepanasan kepala aku ini. (Kalau aku banyak sangat berfikir, aku terasa panas pula kulit kepala ini. Normal’kan?). Pernah juga aku terfikir, kalau aku tidak terus-terusan berfikir sangat, sudah tentu aku masih mampu menyelamatkan rambut aku dari terus-terusan gugur dan menipis. Tapi, kalau aku tidak mahu berfikir sebegitu, bagaimana pula aku mampu mencari idea yang ‘novel’* sebagai salah satu sumbangan aku ke dalam dunia akademik? Satu harga yang terpaksa aku bayar.
Rasanya, sukar untuk aku percaya kalau ada manusia terpandai atau terbijak dalam dunia ini. Kalau dia pakar sekalipun, sudah tentu dia hanya pakar dalam bidang yang diceburinya, samada matematik, kejuruteraaan, sastera, linguistik dan sebagainya. Mana mungkin dia dapat mengetahui segala macam benda dalam masa yang sama. Mungkin boleh, kalau dia hidup untuk seribu tahun lamanya dan otaknya dapat berfungsi dengan baik dengan izin Tuhan. (Mungkin ada, seseorang yang telah Allah pilih dan limpahkan anugerah)
Semakin lama menimba ilmu, aku semakin terasa, betapa kurangnya dan sedikitnya ilmu yang aku dapat jika dibandingkan dengan jutaan ilmu yang Allah kurniakan di muka bumi ini. Apa yang bakal aku jalankan, adalah sumbangan yang signifikan pada satu aspek bidang yang aku ceburi. Dan semoga Allah mempermudahkan jalan yang aku lalui serta memberi kefahaman atas setiap perkara yang aku cari.
p/s: Mana mahu aku cari idea yang ‘novel’* ini? Kadang-kadang aku rasa susah menjadi orang yang begitu optimis. Lebih-lebih lagi dalam hal sebegini.
* Not the same as what was previously known or done: different, fresh, innovative, inventive, new, newfangled, original, unfamiliar, unprecedented.
zzd says:
well, tokoh Islam ada yang pandai pelbagai bidang apa. Ibn Sina kan pakar perubatan, fikah, geometri, muzik, fizik, astronomi, dan jugak sastera!
I’m doing psychophysics, but I know in depth of England’s House of Tudor history what. Uhuhu
05-07-07 at 4:00 am
Chentahati says:
Ha ha ha….
tak per…. kepala botak tu tandanya orang yang bijaksana..hik! hik!
05-07-07 at 8:33 am
salwa a.k.a tipahlawa says:
Rambut gugur ya Fajar… Tak apa.. asalkan ianya tak gugur tanpa yang tersayang di sisi..
Apa khabar Najla..?
05-07-07 at 12:56 pm
MEERO says:
dr. paja, gambut gugur seksi woo! hoho
05-07-07 at 2:39 pm
MEERO says:
errr…. maksud aku trend botak lah
05-07-07 at 2:43 pm
Abu Bazli says:
oi aku botak gak, takde isu pun hahaha…
idea? jadi budak2 la, ask yourself anything.. budak2 byk idea…
05-07-07 at 5:01 pm
esis says:
bro aku tak baca pun entry ni… saja nak banyakkan komen kat sini..
hahahahahaha
05-07-07 at 10:43 pm
site says:
hi…
i agree…
30-10-07 at 8:12 pm