21-07-07

Hiya!

Posted in bicara by fajaril

Salah satu sikap Najla adalah dia begitu mesra dengan orang-orang di sini. Tidak kira lelaki atau perempuan. Kalau terserempak orang tua terutamanya di mana-mana, dia akan memulakan dulu bicara dengan menjerit kuat, “Hi!”, tanpa rasa segan. Di dalam bas, di taman, di tepi jalan atau di mana saja, dia seakan seronok memanggil ‘kenalan barunya’. Dan ternyata, reaksi spontannya turut mendapat sambutan.

moment.jpg

Gambar ini benar-benar mencuit hati aku. Dari jauh lagi dia memanggil wanita tua ini, yang seakan bergegas ke suatu tempat bersama pasangannya. Tapi, wanita ini sempat singgah dan menyapa Najla.

Pernah sekali, sewaktu kami pulang ke rumah, Najla cukup mesra melambai seorang nenek tua yang sedang duduk berehat di dalam rumahnya. Melihat reaksi Najla, nenek tua itu turut melambai mesra. Tidak cukup dengan itu, nenek tua itu sanggup bergegas keluar dari rumah dan berdiri di depan pintu semata-mata untuk menampakkan dirinya dengan lebih jelas walaupun sekadar berkata “Hello”.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

17 comments

  1. enaikay says:

    fuhyoo, gambar cun gile. macam gambar dalam hollywood movie je. so, should i invest in a DSLR or road bike? hehehe

    22-07-07 at 12:30 am

  2. WaWa says:

    hoho. comel la pula. bukan makcik tu, tapi telatah najla. :D

    22-07-07 at 6:21 am

  3. Hazlina says:

    Hmm, padanla sibuk benar…rupanya takde yg menjaga Najla.

    I hope things have settled down InsyaAllah it will be for the best.

    As for Najla…she will definitely will adapt.

    22-07-07 at 4:48 pm

  4. Abu Bazli says:

    betul la enaikay, aku impress kat gambar tu jugak. clear.

    Hi Najla!!!

    23-07-07 at 8:37 am

  5. salwa a.k.a tipahlawa says:

    Cute!

    23-07-07 at 9:18 am

  6. Aini says:

    nikfa nak beli DSLR la pulak.. byk betul hobi kau

    fajar, anak n bini sudah ke scot ker?? best la kau, tak sunyi lagi

    23-07-07 at 11:59 am

  7. cekmi says:

    ur kid surely been getting easy with the spontaneity that the cultures and environment exposed to her around there.

    she must be adorably intelligent soon. believe me. congrats dad!

    23-07-07 at 1:24 pm

  8. chentahati says:

    eee..comelnya gambar ni..suka la tengok…macam best aje..!

    23-07-07 at 1:54 pm

  9. JIMI says:

    Cantik gambar ni, Fajar. Baguslah Najla macam tu, show her openness to the world.

    23-07-07 at 2:54 pm

  10. aliff says:

    Cute dude!

    24-07-07 at 1:47 am

  11. nurshi says:

    hhahha…so cute!!

    24-07-07 at 9:53 am

  12. elaira says:

    ahhh… tersentuh betul hati tgk gambar najla yang ini… the key word is ‘ikhlas’…

    24-07-07 at 10:41 am

  13. fajar says:

    enaikay & abu bazli: jgn la puji sgt. tu gambar orang baru belajar lagi. kebetulan sahaja. ;)

    wawa, salwa, chentahati, nurshi: tgk Najla nyanyi, baru tahu dia comel macamana. heh

    Kak Haz: busy sgt kak. Doakan agar dipermudahkan.

    aini: akhirnya, lengkaplah sudah terasa hidup ini. susah senang biarlah bersama.

    cekmi & jimi: moga-moga Najla akan belajar nilai-nilai yang baik di sini. esp, thru her communication skills and English language especially.

    aliff: cute yang mana satu tu?

    kak Elaira: Najla mmg mcm tu. Tu belum lagi kisah dia selamba minta coklat dari orang tua. ehehehe

    24-07-07 at 11:24 pm

  14. elaira says:

    wah tambah gambar baru nampaknya… tapi… kenapa ya dia lebih tertarik kepada orang tua?

    25-07-07 at 7:54 am

  15. elaira says:

    erk lagi satu… bila nak apdet flickr? ngeh ngeh…

    25-07-07 at 7:57 am

  16. rudy bluehikari says:

    the right time ko klick! so nice. aduhai keramahan mereka ni mcm mengalahkan org mesia yg dah tak tamah lagi..uhuhuhu

    26-07-07 at 10:23 am

  17. ayobkelubi says:

    selalunya, di sana yang ramah tamah ialah orang-orang tua, mmg sgt peramah ibarat org2 tua kita di malaysia. yang muda-mudanya lebih kurang kita juga.

    nampakny sikit hari lagi najla dapat nenek angkat ler ek?. :D

    27-07-07 at 4:30 pm

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 326 access attempts in the last 7 days.