Jauh
Keberadaan jauh dari keluarga dan teman tersayang membuatkan kami menjadi sangat berdikari. Saling bergantung antara satu sama lain. Susah dan senang ditanggung bersama. Kejauhan ini membina satu ikatan yang jarang kami perolehi sebelum ini.
Kami mohon dari-Nya, agar cekal, tabah dan kental dalam mengharungi dugaan di sini. Kadangkala, terdetik juga rasa di hati, terasa begitu lemah dan kerdilnya diri ini.
* Tiba-tiba jadi emosional bila mengenangkan sakit belakang yang ditanggung oleh isteri di malam hari hingga terdengar esakannya. Mungkin kerana menahan sakit yang teramat atau barangkali bercampur dengan perasaan betapa jauhnya untuk meminta bantuan dari keluarga. Sabarlah sayang.

enaikay says:
“Sesungguhnya Allah sentiasa berada bersama orang2 yg sabar”
27-07-07 at 3:24 am
rasso says:
saya dah jejak setahun tak kembali ke rumah halaman… balik pun setahun sekali… sejak form 1 hingga sekarang…
jauh dalam lubuk hati sememangnya ada rasa rindu
27-07-07 at 7:38 am
elaira says:
moga anis lekas sembuh ya…
[tak pernah rasa kalian jauh... malah bertambah dekat rasanya, apatah lagi empunya blog ni semakin rajin updet dengan kisah2 yg menarik :)]
27-07-07 at 8:33 am
Abu Bazli says:
oit sabar yek. aku doakan korang satu family kuat luar dalam.
27-07-07 at 8:57 am
aliff says:
jazakallah, semoga kesabaran itu menambahkan pahala
27-07-07 at 3:04 pm
JIMI says:
Seperti Kak Elaira juga, tak pernah rasa jauh. Malah semakin dekat dengan entri blog yang saban menjengah.
30-07-07 at 12:05 pm