Pertama Kalinya
Hari ini sudah masuk beberapa minggu aku berada dalam keadaan yang baru. Terasa lama pula berada dalam keadaan yang lain dari kebiasaan.
Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku mencukur rambut di kepala aku - beberapa minggu yang sudah. Sebelum ini aku tidak punya keberanian langsung untuk berbuat demikian. Pada mulanya, memang terasa agak janggal berada dalam keadaan ini. Sejak kecil lagi, rambut yang tumbuh di kepala aku adalah apa yang aku miliki sejak lahir. Kalau nakal-nakal, mak aku akan ugut untuk botakkan rambut aku. Entah kenapa aku seakan takut memiliki kepala yang tiada rambut.
Rudy pernah berpesan kepada aku, jangan botakkan kepala - sejuk kepala nanti. Memang sejuk sungguh. Hingga aku terpaksa memakai sarung kepala setiap masa untuk memastikan kepala aku terasa hangat dan juga mengelakkan orang bertanya kenapa dan mengapa.
Tiada sebarang nazar mahu pun sebab untuk aku membotakkan kepala ini. Saja ingin melihat diri dalam wajah yang berbeza.

enaikay says:
Fajar, gambar kau pakai snowcap tu mmg ada gaya student oversea. Cool!
31-07-07 at 2:04 am
WaWa says:
hoho. summer ni mungkin tak best kot nak botak rambut, sebab cuaca sejuk juga kan? hari ni saya menggigil-gigil. macam berada dalam bulan 2-3 saja. haha.
31-07-07 at 5:05 am
JIMI says:
Jimi ada seorang kawan yg risau sangat dengan rambutnya yang semakin menipis, setiap kali berjumpa selalu sangat bertnya ” Rambut okie tak?”
Teringin nak tengok rupa Fajar tanpa rambut tu.
31-07-07 at 7:38 am
Abu Bazli says:
hahaha welcome, at last…
31-07-07 at 9:07 am
bear says:
fuyohhhhh…klu la dpt tgk live..
31-07-07 at 2:03 pm
rasso says:
serik nak botak.. uwawaa
31-07-07 at 3:45 pm
chentahati says:
teringat lak satu kiah masa sekolah2 dulu..pasal geng botak..
tapi sejak bila pulak jadi fanatik mawi nih????
Tapi kat Sekolah di Johor dah dikuatkuasakan potongan rambut ala mawi (kira..rambut botak la…!!)
01-08-07 at 9:01 am
rudy bluehikari says:
kan aku dah cakap. Jngan botakkan kepala masa musim dingin. Buatla masa summer nanti. eheheheeh. Selamat berwajah baru jar… send la ke emel gambar terbaru huhuhuhu
01-08-07 at 2:14 pm
fajar says:
aiyoh. mawi fanatik?? hahaha
02-08-07 at 1:10 am