01-08-07

Musim Panas

Posted in bicara by fajaril

leaves.jpg

Setelah sekian lama berada di sini, aku sudah boleh menerima segala perubahan yang ada. Memang benar, bukan mudah untuk mengadaptasikan diri dari iklim khatulistiwa kepada negara yang mempunyai 4 musim ini.

Percaya atau tidak, aku sebenarnya bukan begitu suka dengan suasana sejuk. Kalau di pejabat lama, aku sering memastikan suhu pendingin hawa tidak berada dalam keadaan sejuk. Hingga orang yang berkunjung ke bilik aku bertanya kenapa bilik aku panas. Tapi, di pejabat yang baru, aku tidak mampu berbuat demikian kerana suhu dikawal secara menyeluruh. Untuk mengelakkan diri dari berada dalam keadaan terlalu sejuk, aku menutup ruang pendingin hawa dengan kertas tebal. Tapi itu di Malaysia. Mana mungkin aku dapat mengawal suhu yang telah terbentuk secara semulajadi ini. Hanya jaket tebal menjadi teman sepanjang masa. Rasa sejuk dan kering di sini menyebabkan hidung aku sering berair hingga menyebabkan luka.

Walaupun berada di dalam musim panas yang menjanjikan cuaca yang panas dan cerah, namun rasa sejuk itu tetap ada. Sebaik saja angin bertiup, rasa sejuk itu cukup jelas dirasa. Begitu juga dengan hujan yang begitu sinonim di Glasgow ini. Setidak-tidaknya hujan yang sering turun tidak mendatangkan bencana banjir seperti beberapa kawasan di England baru-baru ini. Cuma sejak minggu lepas, cuaca boleh dikatakan agak baik kerana matahari sering tumpah di bumi ini.

Musim panas menjadikan suasana siang di sini adalah lebih panjang jika dibandingkan di tanahair. Aku sudah mula membiasakan diri dengan keadaan pada pukul 8 malam adalah sama seperti pada pukul 6 di Malaysia. Langit masih lagi cerah. Dalam masa yang sama, makan malam aku menjadi sedikit lewat. Selalunya, aku akan terus makan malam sebaik sahaja pulang dari universiti. Menantikan solat Maghrib pada jam 10 malam di depan tv dan seterusnya solat Isyak pada jam 11 malam. Dan yang paling mencabar adalah solat Subuh yang bermula pada jam 3 pagi. Benar-benar menguji segala pertahanan fizikal dan mental. Berperang dengan syaitan untuk keluar dari duvet yang memberi kehangatan di awal-awal pagi bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak kali juga tertewas sebenarnya.

park1.jpg

Pada musim begini, kebanyakan orang di sini mula memakai pakaian bersesuaian dengan musim panas. Tidak tebal dan lebih mendedahkan kulit mereka pada sinar matahari. Nah, di sana sini begitu ramai orang duduk bersantai atau berbaring menikmati cuaca matahari. Begitu juga di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung seperti di George Square. Limpahan sinar matahari adalah suatu nikmat dan anugerah yang tidak boleh dilepaskan begitu saja. Hingga ada di kalangan mereka (lelaki khususnya) yang sanggup membuka baju untuk merasakan panas sepenuhnya. Tapi yang tidak tahannya, badan penuh dengan selulit pun mahu berpakaian seksi. Bukanlah mahu mengata, tapi berpada-padalah jika ingin seksi sekalipun. Rimas dan lemas dibuatnya.

park2.jpg

Kini musim panas sudah pun berada di penghujungnya. Tidak lama lagi, musim luruh akan berkunjung tiba. Dan ia akan diikuti dengan musim sejuk. Entah bagaimana pula keadaannya nanti. Pada musim panas begini pun aku sudah merasa sejuk jika berada di dalam dan luar rumah.

Khabarnya, bulan Ramadhan dalam tiga tahun lagi jatuh pada musim panas. Aduhai, mencabar sungguh rasanya berpuasa pada keadaan itu. Bayangkan, pukul 10 malam baru berbuka.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

6 comments

  1. enaikay says:

    Aku dulu biasanya stay up and study sampai subuh, lepas tu baru tido. Tapi, kalau ada lecture at 9am sakit laa.
    Aku bayangkan kalau kau puasa time summer, kol 10pm buka puasa, 12pm makan moreh, 1am supper, 3am sahur. wah, best tu! hehe.

    01-08-07 at 11:19 pm

  2. enaikay says:

    eh salah, bukan 12pm.. but 12am.

    01-08-07 at 11:20 pm

  3. rudy bluehikari says:

    bila aku baca 10 mlm baru maghrib…aku bayangkan ramadhan jer. fuh! fuh! tp tahun ni jatuh masa musim luruhkan? Takperla fajar dugaan tuh. mula2 susah lama2 biasalah. dulu aku pun sama. cuma slama 4 thn aku puasa masa musim dingin salji tebal. jadi waktu siang pendek..4.30pm waktu jepun dah buka dah. aku ada emel ko kemana aku pindah. bacalah.

    02-08-07 at 8:22 am

  4. aliff says:

    dugaan! sabar ye!

    02-08-07 at 9:11 am

  5. MEERO says:

    salam paja… :D

    02-08-07 at 7:07 pm

  6. WaWa says:

    en fajar, yes! bulan depan Ramadhan. ini pengalaman pertama saya, en fajar & keluarga juga kan? adoi.. tapi next month bukan maghrib masih agak lewat ke? hoho.

    terbayang2 mampukah nak tahan dari 3am - 10pm. pergh.. cabaran.. erkk..

    03-08-07 at 7:25 pm

Leave a comment