Berlagu Tanpa Henti
Aku sebenarnya agak terganggu dengan beberapa muzik yang benar-benar tidak aku sukai. Ada beberapa lagu yang aku dapati sangat irritating! Kalau mahu tahu, aku cukup tidak suka mendengar lagu dari Lou Bega – Mambo No 5 dan juga Los Del Rio – Macarena. Isk, aku sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa lagu-lagu tersebut begitu menyakitkan telinga. Maaf kalau ada peminat lagu-lagu berkenaan.
Kadang-kadang, lagu yang kita tidak minati itulah yang selalunya terngiang-ngiang di dalam kepala. Sering berputar setiap masa. Hingga ada ketikanya kita terpaksa berkata kepada otak, sudah hentikanlah. Dan secara automatik, lagu berkenaan terhenti. Namun, separa sedar, lagu berkenaan secara perlahan dilagukan semula. Pernahkah kalian berperasaan sedemikian?
Sebenarnya, buat masa sekarang aku mengalami sindrom itu semula. Kali ini, bukan lagu-lagu yang aku maksudkan. Dan bukan juga lagu-lagu baru yang menduduki carta muzik pada masa kini. Aku sendiri tidak tahu apa lagu yang terkini dan sensasi kerana kesibukan di sini. Tapi, kali ini lagu yang sering terngiang-ngiang di kepala aku adalah lagu-lagu nursery rhymes dalam rentak dance. Bayangkan, setiap hari dvd ini akan dipasang oleh Najla pada waktu siang dan malam. Kalau kami sibuk di dapur atau membiarkan dia seorang diri di ruang tamu, dia akan pasang dvd berkenaan dan menekan butang pada remote. Semua itu dipelajari melalui pemerhatian dia sahaja.
Dan kini, Najla sudah mula mengikut aksi-aksi tarian yang dipertontonkan di dalam dvd berkenaan. Sambil itu, dia akan menyanyi sesuka hatinya. Mula-mula, masih boleh tahan lagi. Tapi lama-lama terasa begitu membosankan. Sebaik tamat saja, dia akan ulang semula. Tanpa disedari, aku sendiri sudah boleh menangkap beberapa baris lirik lagu yang ditayangkan. Ironis sekali bukan?
Bukan itu sahaja, kadang-kadang setiap kali mahu bangun dari tidur, rentak muzik dalam dvd berkenaan kedengaran di gegendang telinga. Parah.
Aku ingat, aku seorang sahaja yang mengalami perkara ini. Rupa-rupanya, ibu Najla turut melalui perkara yang sama. Muzik dari dvd Wow – That’s What I Call Nursery Rhymes itu menghantui minda kami berdua.
huda says:
dont worry, u’re not alone. kakak aku pun sama. aku rasa, nanti aku pun akan ikut jejak langkah kau jugak.. tp, aku ni jenis suka lagu2 nursery rhymes, so, entah2 aku pun akan nyanyi sama dgn anak aku hehe
04-08-07 at 11:29 am
JIMI says:
Aku pula sangat membenci lagu Les Ketchup tu. Yang Asarehe Asarehe tu.
Itu boleh dibaling radio jika dengar kat radio tu.Ahaks.
Dah check email?
04-08-07 at 8:29 pm
rasso says:
saya belum kahwin lagi.. ehehe
04-08-07 at 10:07 pm
Azhar Ahmad says:
Bahaya kalau selalu buat camtu…. Gegendang boleh pecah…
06-08-07 at 6:50 am
elaira says:
selalu! most of the time lagu yang akak suka. tapi ada juga masanya lagu yg tak suka sangat tu terngiang-ngiang dalam kepala… kdg2 berjaya tukar dgn lagu yg akak suka.
hmmm… jgnkan nusery rhyme… lagu ‘jgn tido lagi..’ tu pun menghantui tau, kdg2 kat opis ni ha depan monitor, tetiba je keluar kat bibir ‘jangan tido lagi…’ :=( sure opismate gelak sakan kat akak… huhu
06-08-07 at 8:18 am
Abu Bazli says:
aku pulak tak habis2 terngiang2 lagu Heroes V.
06-08-07 at 8:36 am
Chentahati says:
hu`hu… ingat aku sorang je ada sindrom macam tu.
Kadang-kadang tengah meeting pun aku leh tersilap cakap..aduhai..!
06-08-07 at 2:03 pm
tipahlawa says:
Hiksss…
Anak Fajar.. Dia miliki satu kelekaan kepada perkara baru dlm hidupnya.. Menunjukkan dia menghargai apa yg dia ketahui dan pelajari..
Bg laluan dan sokongan.. Jgn matikan minat dan kesukaannya kerana tekanan yg kita hadapi..
kelak.. Terbawa-bawa pula ke perkara lain dlm hidupnya…
09-08-07 at 9:58 am
tipahlawa says:
Hiksss…
Anak Fajar.. Dia miliki satu kelekaan kepada perkara baru dlm hidupnya.. Menunjukkan dia menghargai apa yg dia ketahui dan pelajari..
Bg laluan dan sokongan.. Jgn matikan minat dan kesukaannya kerana tekanan yg kita hadapi..
kelak.. Terbawa-bawa pula ke perkara lain dlm hidupnya…
09-08-07 at 9:58 am