Pasrah
Sejujurnya, pagi ini aku rasa cukup kecewa apabila menerima satu emel dari Malaysia yang menerangkan tentang kedudukan elaun yang kami sekeluarga perolehi di sini. Mengikut jadual yang dikeluarkan, kami sepatutnya menerima bantuan sewa rumah bagi kadar pegawai, pasangan dan seorang anak. Tapi, apa yang kami terima adalah kadar untuk pegawai dan pasangan sahaja. Puas aku kirimkan emel bertanyakan status yang sebenar. Susah betul kalau orang yang menguruskan bahagian ini asyik bertukar-tukar.
Hasilnya, aku dimaklumkan bahawa elaun yang diberikan kepada kami melebihi dari yang sepatutnya. Lebih? Lebih bahagian yang mana? Aku keliru dan pening. Akhirnya, aku jadi pasrah. Menerima apa yang ada.
Mungkin aku akan ambil peluang untuk telefon ke Malaysia bagi bertanyakan status yang sebenarnya pada minggu depan. Dalam masa yang sama, terasa sedikit tertekan. Bayangkan, kalau dua-dua sambung belajar, elaun yang diterima adalah SAMA jika seorang sambung belajar dan seorang lagi hanya ikut pasangan. Adil tak? Kalau tiada anak, boleh tahan lagi. Tapi, kalau ada anak, sudah tentu perlu uruskan hal penjagaan anak. Kos sudah menanti di situ. Kalau dua-dua pergi ke universiti menaiki bas, sudah tentu perlukan kos tambahan untuk pengangkutan. Kemudian, tidak galakkan kami untuk bekerja supaya tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.
Kemudian, yang menanggung kepayahan, kami juga.
Kecewa. Tapi, aku percaya, rezeki Allah terbentang luas. Mungkin kepayahan ini, memberikan laluan yang mudah dalam perjalanan dunia yang kami tempuhi nanti. Insya Allah.
Azhar Ahmad says:
Baguslah macam tu. Masih dapat. Saya dekat 2 tahun, elaun tak masuk2 lagi. Nak pegi persidangan pun guna duit sendiri. Berapalah sangat… Uhuk2…
18-08-07 at 6:47 am
JIMI says:
Jangan putus asa. Pentingnya, hubungi dan tanya hal ini cepat-cepta. Pegawai di govnmt memang mcm ni, suka lepas tangan. Kadang-kadang, suka terlepas pandang. kemukakan bukti dan alasan. Kalau tak puas hati, rujuk pegawai atasan, dan dptkan second opinion. Biar diorang INGAT your case, sebab kalau tak buat begitu, mereka akan abaikan.
18-08-07 at 9:09 am
aliff says:
ya betul, tuntut hak abang. mohon padaNYa agar dipermudahkan!
18-08-07 at 12:37 pm
napang says:
moga semuanya berjalan seperti yg dirancang and dimahukan
19-08-07 at 10:46 pm
Chentahati says:
Er… tak ta nak jawap la soalan tu. Tak duduk bahagian tu… tak tau…
tak tau..nak jawap….
rasanya orang lama yang jaga bahagian cuti belajar..tapi bab elaun tak pasti pulak!..hmmm
20-08-07 at 11:59 am
wtl says:
moga semuanya akan semua akan okay. sabar ya
20-08-07 at 8:43 pm
ros says:
Fajar n isteri ,sekarang kat mana? Maaf kalau akak ketinggalan bas…
21-08-07 at 11:27 am
rasso says:
sabarlah…..
21-08-07 at 2:18 pm
fajar says:
Dear Chentahati, orang lama yang gantikan tempat itu uruskan tugas dengan baik dan sangat membantu.
Buat semua, terima kasih.
21-08-07 at 5:45 pm