27-08-07

Degil

Posted in kerja ii by fajr'

Kalau bukan kerana keperluan kewangan di sini, jangan harap aku mahu bersusah payah untuk bekerja sambilan. Tapi mengenangkan duit itu nanti akan digunakan untuk membeli makanan, susu, lampin dan bayaran nurseri Najla, maka aku terpaksa korbankan masa dan tenaga. Sungguh, memang terasa penat.

Sebenarnya, aku masih lagi bekerja sebagai pencuci lantai di tempat yang sama. Walaupun aku diarahkan untuk tidak perlu datang kerja lagi, aku tetap berdegil untuk datang seperti biasa. Berani kan?

Aku ditawarkan bekerja di tempat itu oleh salah seorang kenalan. Kiranya, aku menggunakan khidmat orang dalam untuk bekerja sambilan di situ. Aku terpaksa bekerja selama 7 hari seminggu selama 2 jam lebih pada waktu pagi. Dalam masa 7 hari itu, setiap orang akan mendapat cuti sehari secara bergilir. Walau bagaimanapun, aku hanya boleh bercuti pada hari Isnin sahaja. Hari itulah aku terpaksa menjaga Najla sebelum menghantarnya ke nurseri memandangkan ibu Najla sudah mempunyai komitmen untuk membuat pembentangan mingguan kepada supervisornya.

Supervisor aku (di tempat bekerja) seakan tidak puas hati dengan permintaan aku - untuk bercuti pada hari Isnin sahaja. Sedangkan perkara itu sudah aku maklumkan kepada pihak pengurusan. Ternyata mereka tidak mempunyai masalah tentang itu. Aku akan mendapat cuti pada setiap hari Isnin. Tapi, tidak menyenangkan kepada supervisor aku di situ.

Aku dapat rasakan kadangkala supervisor aku sengaja mencari salah aku. Di mana kawasan yang perlu aku bersihkan, di situlah dia akan membuat tinjauan. Ada tempat yang sudah aku bersihkan, disuruhnya aku bersihkan. Kadang-kadang bukan tempat aku pun, diminta aku bersihkan. Maka, aku menjawab sebagai mempertahankan diri. Atau protes.

Pada hari pertama aku bekerja, terdapat 2 orang baru yang turut sama memulakan kerja di situ. Apabila aku dimaklumkan untuk tidak perlu datang lagi, aku seakan tersentak. Kenapa aku yang dipilih? Kenapa bukan lagi 2 orang yang sama-sama masuk bekerja?

Aku seakan tidak puas hati dengan alasan terlalu ramai pekerja di tempat itu. Apabila aku dibuang sebegitu saja, fikiran aku berputar dengan ligat. Atas alasan itu, maka aku dibuang kerja? Apa hak dia untuk membuang aku sesuka hati? Dia bukan layak untuk memberitahu sebegitu saja. Maka, aku telefon pihak atasan untuk penjelasan. Mereka benarkan aku bekerja seperti biasa. Dan pada hari-hari berikutnya, supervisor aku di tempat itu seakan ‘berbulu’ melihat kehadiran aku.

Aku tidak ambil peduli. Buat masa sekarang, ini sahaja jalan yang aku ada. Mungkin nanti, aku akan ikhtiarkan untuk mencari pekerjaan yang lain. Bukan senang untuk mendapatkan kerja di sini. Setidak-tidaknya, mereka memerlukan satu ID untuk membolehkan kita bekerja. Dan ID berkenaan mestilah dipohon mengikut prosedur yang tertentu. Walau bagaimanapun, kerja sebagai pencuci lantai ini bukanlah seteruk mana. Nilai gaji sebulan kalau ditukar kepada RM sudah menyamai gaji jurutera di Malaysia.

Di sini, aku harus belajar untuk menjadi ’survivor’. Aku harus belajar untuk jadi kental. Moga rasa pahit ini akan menjadi satu perkara yang manis dalam satu bentuk yang lain. Aku begitu yakin dan pasti akan kekuasaan Tuhan.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

9 comments

  1. Abu Bazli says:

    huh orang Melaka campur Kelantan, memang la perantau yang hebat!!!

    28-08-07 at 12:08 pm

  2. aliff says:

    berdegil untuk hidup teruskan!

    28-08-07 at 1:32 pm

  3. Azhar Ahmad says:

    Yahhh!! Berusahalah!!! Biar kita degil jika kita betul….

    28-08-07 at 2:19 pm

  4. Chentahati says:

    Wah..! Sungguh berani!!!
    Gaji sama dengan jurutera???
    Kalau begitu aku pun mau..!!!
    He he..dapat langsaikan hutang yang menyakitkan kepala!
    Tapi tak mau la…hidup dinegara orang memeningkan

    28-08-07 at 4:24 pm

  5. home33ku says:

    fuuuh.. baru je membaca.. erm.. kalau cakap pasal perasaan, mmg saya kagum dengan kemahiran survivor tuh.. tak tahu la plak nnt part saya mcm mana.. insyaallah ada rezeki kita jumpa.. teruskan perjuangan utk keselesaan masa hadapan..

    29-08-07 at 8:09 am

  6. rudy says:

    yup fajar, now u realize bagaimana kerja pengemop lantai mcm aku buat dulu. Takpe fajar, di tanah org kau kena buangkan malu untuk mencari sesuap nasi mcm aku dulu di fukushima. Aku dulu part time job jumaat sabtu ahad almost 10 jam setiap

    29-08-07 at 1:37 pm

  7. JIMI says:

    Aduhai, kentalnya semangatmu Fajar. Teruskan!

    29-08-07 at 4:58 pm

  8. Epong says:

    tak gi jobcentre or carik job agency? kalu time dulu, nak register memang depa tak kisah kalu foreigner without permit nak keje less than 20 hours (ke 30 hours aaa?) a week..

    03-09-07 at 8:38 am

  9. Lena says:

    heheee.. teringat plak kenangan aku kerja 7 days a week mengemop lantai Boots Newport dulu…

    tp kalu convert gaji dulu tu mmg mengalahkan gaji engineer kat Malaysia tau..! at least mase study lagi dh merase gaji engineer laa… take that as you motivation nurul…

    18-12-07 at 3:36 pm

Leave a comment