29-08-07

Aduhai Ayam

Posted in bicara by fajr'

food.jpg

Ada orang pernah berkata pada aku, tentu seronok hidup di UK kerana boleh selalu makan makanan Barat yang sedap. Namakan apa saja, baik dari makanan eksklusif, eksotik dan makanan ringan. Ya, tidak dinafikan memang terlalu banyak makanan yang nampak begitu sedap dan menyelerakan. Tapi yang menjadi persoalannya adalah tentang isu halal dan harganya. Setiap kali ingin membeli makanan, kami di sini terpaksa meneliti kandungannya samada ianya sesuai untuk Muslim. Paling tidak, mestilah sesuai untuk vegetarian. Aku pernah berutus emel dengan pihak Wall’s Ice Cream untuk mendapatkan kesahihan samada ais krim Magnum keluaran di UK ini sesuai untuk diet umat Islam. Nampaknya, balasan emel dari mereka jelas membuktikan hampir 80-90% tidak sesuai untuk vegetarian dan mengandungi alkohol.

Lupakan seketika tentang aiskrim kerana ia bukanlah makanan utama. Mana aku mahu mencari steak yang sedap di UK, melainkan ianya jelas halal. Maka, makanan yang selalu aku makan di sini masihlah sama seperti di Malaysia. Bukan seperti yang dijangka oleh sesetengah kenalan - setiap hari aku makan steak, burger dan sebagainya. Aduh, jiwa dan selera Melayu, sudah tentu mahukan nasi berlauk - yang pastinya mengenyangkan dan menyelerakan.

Bercerita tentang masakan dan lauk di sini, boleh dikira dengan jari berapa kali kami sekeluarga menikmati ikan segar. Untuk makluman, ikan di sini adalah mahal dan sukar untuk mendapatkan variasi seperti di pasar Malaysia. Ikan yang sering dijual adalah ikan salmon, haddock, mackerel dan sewaktu dengannya. Cuma, pada tiga minggu lepas, ada keluarga di sini yang bermurah hati memberikan seekor ikan segar apabila kami menyatakan keinginan untuk memakan ikan. Bayangkan, sekian lama kami tidak menikmati ikan sejak datang ke sini. Kalau ada, mungkin ikan yang sudah diproses untuk menjadi fillet, sardin dan sebagainya.

Oleh yang demikian, lauk kami lebih banyak berasaskan ayam memandangkan harga ayam adalah murah dibandingkan dengan makanan yang lain. Selalunya, kami akan membeli ayam di kedai Pakistan yang terletak berdekatan dengan rumah kami. Selain ayam, mereka turut menjual daging lembu dan kambing. Tapi harganya sedikit mahal jika dibandingkan dengan ayam, yang hanya sekitar 1.50 pound sekilo. Maka, setiap hari bersilih ganti, ayam menjadi asas utama untuk dijadikan lauk.

Dengan ayam, ianya dijadikan untuk masakan tomyam, masak lemak, masak kurma, masak merah, masak pedas, percik, ayam panggang, masak kicap, sup dan sebagainya. Segalanya berasaskan ayam. Jika tidak peha ayam, kepak ayam, pedal atau hati ayam. Jika tidak daging ayam, maka telur ayam akan digunakan sebagai ganti.

Satu perkara yang begitu memeningkan kami adalah mencari idea untuk memasak ayam. Sudah puas rasanya kami mencuba pelbagai resepi berasaskan ayam. Pernah juga kami memasak ayam tika ala Karachi, resepi berasal dari Pakistan. Tapi, setidak-tidaknya rasa bersyukur kerana masih dapat menikmati daging ayam yang halal dan mudah pula untuk mendapatkannya.

Semalam, tiba-tiba saja kami teringat dan teringin menikmati tomyam ketam. Aduhai. Atau barangkali sotong masak nyonya. Atau ikan siakap masak stim. Kecur air liur dibuatnya! Seakan, apabila mahu pulang ke Malaysia nanti, mahu menikmati masakan Malaysia sebaik mungkin.

Agaknya, bolehkan berikan idea kepada kami di sini untuk mempelbagaikan masakan ayam di sini?

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

7 comments

  1. enaikay says:

    Fajar, kat Jepun dulu SATU TAHUN aku tak makan ayam tau. Can u imagine that? Bila balik M’sia, hari2 aku makan ayam, balas dendam.Nasib baik kat US ni senang gak dapat ayam halal, tapi sama macam kau la, aku dah kehabisan resepi masakan ayam. Tapi resepi ayam yg aku paling suka ialah AYAM FREE.. hahahaha

    30-08-07 at 8:46 am

  2. Kak ery says:

    fajar,

    Ko search je kat google tu ‘resepi ayam’. mcm blog org pasal masak ayam dll.

    30-08-07 at 10:30 am

  3. kosong says:

    pajar, bila ko nak online ym ni. ada benda aku nak tanya dan kasik tau.

    ayam? aku teringat pada Napang. Yang balik dari jepon dan melantak kFc. hehehe…

    resepi ayam ek? tengok la kat mesra.net. ada macam2 resepi.

    yang ikan tu ko ayamkan la…hehehe..

    30-08-07 at 3:20 pm

  4. Chentahati says:

    Goreng ikan kering pun sodap!

    30-08-07 at 4:50 pm

  5. napang says:

    alo2.. apa nama aku disebut nie…

    fajar, apa yg berlaku tuh akan membuatkan ko lebih menhargai makanan di mesia…

    dan jgn jadi cam aku… punya la nak mkn makanan yg diidam masa kat jepun, balik mesia, aku akan makan semua masakan/makanan mesia… sampai la mak aku cakap “bila la ko nak berhenti makan nie” hehehe…

    3 bulan aku balik dari jepun naik 20kg… muahahaha

    31-08-07 at 10:02 pm

  6. rudy says:

    Yay! Ok kali ni barulah paja merasa mcmana aku n napang dulu kat nippon. Tapi, seronoknya nippon esp di fukushima ayam daging hasil laut semua boleh dpt dgn mudah dan murah. Sesekali ko kena cari di pelusuk kedai. bertanya juga kawan2 senior. mgkin mrk lebih arif. cuma bab pedal, hati dan “jeroan” kata org jawa tu, aku nasihatkan ko elakkanlah. Not good for your health. aku takut najla balik mesia taknak makan ikan eheheheeheh…

    01-09-07 at 1:32 pm

  7. rasso says:

    perghh…
    kala di Skudai nie pun saya jarang makan ikan… hidup bujang ni sering makan masakan dari dapur kedai…

    rindu gak masakan dapur rumah nun di sana :(

    02-09-07 at 9:11 pm

Leave a comment