Ramadan Kali Ini
Tanpa disedari, Ramadan menyapa lagi. Terasa begitu cepat masa membawa aku pergi. Seakan baru saja merasai hari raya. Ternyata, kesibukan telah memendekkan masa yang ada.
Tidak dapat aku terjemahkan perasaan ini. Segalanya bercampur baur. Tahun lepas, aku pernah mencoretkan sesuatu tentang kisah puasa di Malaysia. Aku bercerita tentang banyak perkara yang bakal aku rindui, seperti pasar Ramadan, kuih muih, laksa dan bermacam lagi. Sudah tentu, rindu untuk berbuka bersama keluarga tersayang.
Segala jangkaan itu, mungkin bakal menjadi nyata. Rasa-rasa rindu sudah mula melekat. Rasa-rasa rindu sudah mula mengetuk pintu hati. Rasa-rasa rindu sudah mula bertanya, sudah bersedia merasa suasana puasa di negara orang?
Ramadan kali ini pasti menyimpul satu rasa yang berbeza. Satu rasa yang tidak pernah aku jangka.
Namun, hadirnya bulan mulia ini pasti akan aku sambut dengan tangan yang terbuka. Saat ini, segala rasa rahmat melimpah ruah. Pastinya tidak akan aku lepaskan, walaupun aku tercampak jauh ke hujung bumi.
Salam Ramadan buat semua.
JIMI says:
Fajar, the moment bila dengar kenaikan elaun n\belajar luar negara tu, terus teringat straight kat you and ur family.
Tahiniah fajar.
dan, salam Ramadhan. Yang Esa telah mendengar rintihanmu.
12-09-07 at 6:20 pm
napang says:
Ini adalah perkara yg aku buat pada 1 ramadhan semasa di jepun dulu:-
1) dgr lagu raya agar aku x risau bila raya tiba… kira dah biasa la dgr lagu raya sebelum raya… hahaha
2) aku dah hantar gambar kat utusan malaysia online n harian metro online… apa lagi salam dari perantauan…. hahahahahaa
12-09-07 at 7:01 pm
bear says:
Salam…
Selamat ‘ber Ramadhan’ buat cik fajar n puan..
semoga diberikan kekuatan setiap masa..
12-09-07 at 8:39 pm
Chentahati says:
ha… selamat menyambut ramadhan.
Kat opis ni dah pasang lagu raya… Pergh! Pening!
Ni tadi g opis orang pasang bacaan ayat-ayat Al-Quran..
Betul..terasa bezanya
14-09-07 at 8:39 am
zuril says:
salam ramadhan untuk en.fajar sekeluarga. moga kita semua beroleh banyak keberkatan di bulan mulia ini. =)
14-09-07 at 11:44 am
WaWa says:
selamat menyambut ramadhan, en fajar dan keluarga.
17-09-07 at 10:11 pm