13-09-07
Dia Datang Lagi!
Kusambut hadirmu aduhai Ramadan,
dengan tangan dan hati terbuka,
Datangmu ini,
merungkai segala rindu
yang merangkai kalbu,
Sahutlah salam yang merisik syahdu,
yang selalu berbisik pada malammu,
Mengintai pada tabirmu,
mengharap bertemu cahaya jiwamu.
[+]
Alhamdulillah. Syukur kita pada Tuhan. Dengan limpah dan kasih-Nya kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keredhaan dan kaya dengan rahmat. Semoga kali ini ianya akan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
*Photo by: Arthur Morris, Corbis

aminbakish says:
Selamat Berpuasa
13-09-07 at 9:01 am
azhar says:
Wahai tetamu Ramadhan..untukmu rahmat & maghfirah..airmata taubat,dendangan tadarus,selimut tarawikh & bantal tahajud!!Moga mewarisi JANNAH..Jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tak pasti apakah ada lagi Ramadhan untuk kita selepas ini.
Selamat Berpuasa dan Solat Tarawikh.
13-09-07 at 2:02 pm
rudy says:
Salam ramadhan dari Malaysiaaaa~
13-09-07 at 3:42 pm
syafali says:
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Fajar!!!Apa2 pun,mariah x lama lg kuar album baru.Hehehe.
13-09-07 at 5:38 pm
ayobkelubi says:
selamat berpuasa di sana. yang pasti bila ko balik sini balik,ko rindu nak berpuasa di sana pulakkkkkk macam aku nie hah.
14-09-07 at 9:43 am
ros says:
Salam RAmadhan dari Ipoh/Pangkor, Perak, Malaysia.
14-09-07 at 1:48 pm
Azhar Ahmad says:
InsyaAllah, tahun ini akan membawa lebih keberkatan….
14-09-07 at 2:56 pm
ladydeale says:
salam ramadhan untuk orang jauh… moga lebih tabah kat negeri orang…
14-09-07 at 9:16 pm
Tawel Sensei says:
Assalamualaikum. Salam Ramadhan encik Fajrul. Terima kasih untuk komen di buku tamu.
P.S. Gambar bulan tu dah tak macam anak bulan. Macam dah zaman remaja dia aje
15-09-07 at 8:20 am
JIMI says:
Salam Ramadhan, Fajar
16-09-07 at 9:31 am