19-09-07

Revolusi

Posted in kerja i by fajaril

Memandangkan ada yang bertanya, maka aku ingin berkongsi sedikit apakah cabaran yang sedang aku lakukan di sini. Mengikuti hidup sebagai post-grad di sini banyak membawa aku kepada perspektif yang lebih besar dan luas. Semakin kita cari, semakin banyak yang perlu difahami. Jika terlewat, kita akan dikategorikan sebagai orang yang lambat. Harus pantas dan sentiasa peka kepada apa yang berlaku di dalam dunia penyelidikan yang diikuti. Mujur ada teknologi maklumat yang bisa memudahkan kerja pencarian.

Baiklah, berbalik kepada revolusi yang ingin aku ceritakan. Aku cukup pasti, setiap orang yang berkemampuan memiliki TV, atau paling tidak pun, pernah menonton televisyen. Perkembangan TV tidaklah sepantas teknologi komputer, di mana kelajuan pemprosesnya sentiasa meningkat selang beberapa bulan. Bermula dari hitam putih, TV kemudian menjadi berwarna. (Ya, TV hitam putih banyak memberi kenangan kepada aku dan segenerasi barangkali). Seterusnya daripada analog kepada digital. Melalui era digital, banyak sekali perkongsian di antara komputer dan TV berlaku seperti pemain dvd, cd, playstation, TV satelit dan bermacam-macam lagi. Selepas itu, ramai yang sibuk dengan flat TV, lcd dan plasma. Sudah tentu, setiap teknologi mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama dari segi kos dan kualiti. Dan kini, ramai yang begitu teruja dengan kehadiran teknologi yang baru, iaitu HDTV (high definition TV), yang memberikan kualiti piksel yang cukup tinggi dan cantik. Begitu juga dengan harganya.

Namun, tidak lama lagi, kita akan menerima satu lagi teknologi yang terbaru dan bakal membawa deria penglihatan manusia ke dimensi yang baru, iaitu 3D TV. Kali ini, TV itu bukan sekadar memaparkan dalam bentuk 2 dimensi, tetapi 3 dimensi - lebih realistik. Percaya atau tidak, satu hari nanti, cerita kegemaran anda akan keluar dari kaca TV anda. Dan yang lebih menarik, anda tidak perlukan sebarang cermin mata khas untuk melihat paparan 3D ini. Paparan pada TV akan berubah setiap kali anda bergerak dari posisi yang berbeza. Buat masa ini, terdapat beberapa model yang berkemampuan menayangkan imej 3 dimensi ini. Harganya pula sekitar £7500!

3d_frog.png

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi cabaran kepada orang-orang seperti aku, adalah untuk memastikan teknik pengekodan video ini dapat dilakukan dengan sebaiknya. Sebelum ini, siapa pernah sangka yang kita mampu menonton klip video secara streaming di internet memandangkan saiz fail video adalah amat besar. Tetapi, hasil usaha ramai penyelidik, perkara itu menjadi nyata tanpa mengorbankan kualiti video yang ditayangkan.

Berdasarkan kepada perkembangan teknologi untuk beberapa tahun lagi, paparan tv bakal berubah menjadi seperti ini.

3dtv_research.png

Ini adalah sekadar penerangan secara umum. Secara teknikalnya, ia penuh dengan algoritma, teknik, matematik, perkakasan dan bermacam lagi yang mungkin tidak menarik minat atau memeningkan. Dan aku bukanlah melakukan keseluruhan sistem 3DTV ini, kerana ia adalah merupakan satu subjek yang begitu besar. Namun, memperkecilkan skop yang sedia ada juga sudah memberi cabaran. Besar harapan aku agar satu hari nanti, aku dapat menyumbangkan idea yang cukup berguna kepada industri teknologi ini. Lagipun, itulah misi utama aku.

Bagaimana, ada yang berminat?

*Hmm, siapa pula sangka yang aku ini adalah lelaki yang terjebak dalam dunia engineering walaupun hakikatnya suka benda-benda seni dan ‘berjiwa-jiwaan’.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

4 comments

  1. JIMI says:

    Mengkagumkan lah Fajar.

    20-09-07 at 2:30 pm

  2. Azhar Ahmad says:

    Hahhahaha, kalaulah saya terangkan apa yang saya buat, haruslah terjojol biji mata kepala hotak orang yang membacanya. Kamu juga seperti saya, algoritma, matematik, teori, pengalaman, dan tenaga digabungkan untuk menghasilkan sesuatu bagi merealisasikan impian manusia.. huhuhuhu

    21-09-07 at 5:38 pm

  3. SangPelangi says:

    oohoo.. kisahnya..
    Saya baru selesai present skrin 3D dari Hitachi-Displays kerana kumpulan kami baru melawat ke R&D mereka..
    Memang tak mustahil sebab Demo TV sudah pun kami tonton..
    Tapi untuk merealisasikannya, kamera yang dapat menampung keperluan tv sedemikian pun mesti dicipta.. Jadi, pihak Hitachi-Displays telah membangunkan kedua teknologi..teknologi Rakaman..dan teknologi Siaran..
    Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut.. di sini laman milik mereka.. (www hitachi-displays com)
    maaf dalam bahasa Jepun

    22-09-07 at 4:24 pm

  4. rudy says:

    aku tunggu hasil manfaat ko dalam dunia digital ini fajar. moga2 ada hikmahnya utk kita berdakwah kepada manusia.

    24-09-07 at 8:26 am

Leave a comment