22-09-07

Doa Buatnya

Posted in bicara by fajr'

Hati aku cukup tersentuh membaca berita tentang kematian kanak-kanak yang ditemui dalam keadaan yang begitu menyedihkan, iaitu adik Nurin Jazlin yang telah didera secara fizikal dan seksual. Hingga menjadikan fizikalnya itu lain dari apa yang dikenali oleh ibu ayahnya.

Sungguh, dapat aku merasakan betapa sedihnya hati mereka berdua. Tertahan air mata ini apabila membayangkan bagaimana kedua ibu bapa itu melihat mayat anak mereka. Wajah yang comel dan manja sudah berubah menjadi kepada sesuatu yang menyedihkan. Hati mana yang tidak merasa derita? Aku juga punya anak perempuan. Senyum tawa dan tangisnya adalah satu penawar yang cukup istimewa.

Patah tumbuh hilang berganti tidak akan sama rasanya. Ke manakah menghilang rasa perikemanusiaan? Adakah kita berada di zaman yang dipenuhi dengan manusia berhati binatang? Kejam.

Namun, itu adalah takdir dari-Nya. Rancangan yang penuh hikmah dan rahsia dari Yang Maha Mengetahui. Semoga roh si kecil itu dilimpahi rahmat oleh-Nya.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

6 comments

  1. Azhar Ahmad says:

    Ya, setiap suatu kejadian ada rahsianya, ada hikmahnya. Namun, hati manusia ini pelbagai. Ada yang ambil iktibar, ada pula yang jadikan panduan untuk jenayah seterusnya… Moga kita dalam golongan hati-hati yang lembut, yang mudah menyerap takdirnya, dengan penuh keinsafan. Amin…

    22-09-07 at 10:21 pm

  2. JIMI says:

    Malaysia sudah dipenuhi manusia yang pelik dan sadis. Malaysia sudah tidak selamat untuk didiami.

    23-09-07 at 5:15 pm

  3. bear says:

    Cik Fajar,
    Melihat apa yang berlaku pada Nurin, terbayang seperkara yang pernah terjadi pada adik bongsu saya 4 tahun dulu…
    Adik perempuan saya terlalu hampir diperlakukan perkara yang sama..
    Syukur pada-NYA.. dihantarkan seorang pembela menyelamatkan adik saya yg tidak langsung berpakaian dari tangan2 LIMA ‘binatang’ durjana..
    Ya ALLAH.. cucurilah roh adik Nurin dan tempatkanlah di tempat orang2 yang Engkau kasihi…

    Amin.

    24-09-07 at 3:37 am

  4. rudy says:

    fajar, aku sbnrnya delete satu jer entri ko kat blog aku, tetiba tah bengong apa wordpress ni dia automatik delete dua2 sekali. Geram jerk aku. Sorry tau. sorry, takde niat.

    24-09-07 at 8:14 am

  5. Chentahati says:

    Hu hu..hari yang kita tau budak yang dalam beg tu Nurin kita nangis!!!

    Balik rumah sampai je jumpa anak pun kita nangis..! Kesian dia…

    24-09-07 at 4:26 pm

  6. fajaril says:

    Azhar: Ya, pasti ada hikmahnya. Moga kita tidak pernah rasa lalai atau merungut atas takdirnya.

    Jimi: Sangat menakutkanlah. What a wild world.

    Bear: Terkedu baca. Syukur, ur sister tak apa-apa.

    Rudy: Takpe. Penat type pjg2 tau.

    Chentahati: Orang yang baca kat sini pun nak nangis.

    27-09-07 at 8:27 pm

Leave a comment