27-09-07

Pasar Ramadan Musim Luruh

Posted in kembara by fajaril

Cuaca semakin menjadi sejuk. Setiap kali keluar dari bangunan akademik ini, bisa membuatkan tangan kebas. Mungkin aku ini kurang lemak agaknya.

Kepala aku sudah pening sahaja. Laporan yang perlu dihantar kepada John minggu depan masih banyak kekurangan. Aku sendiri kurang pasti, adakah apa yang aku catatkan cukup lengkap? Adakah dapat memenuhi jangkaan John? Berdebar juga menantikan reaksi dia pada perjumpaan kami yang berikutnya pada minggu depan.

Dalam pening-pening begini, aku berkira-kira untuk ke pasar Ramadan di George Square pada petang nanti. Boleh juga aku membeli kebab istimewa yang dijual oleh lelaki Pakistan di situ. Atau barangkali, laksa penang istimewa oleh seorang kakak yang cukup menggiurkan. Selalunya, kalau ke pasar Ramadan, mesti terlebih beli dari apa yang sepatutnya. Cukup luar biasa. Apa lagi ye? Barangkali sebungkus air soya panas, kuih muih pencuci mulut dan juga sedikit yong tau fu untuk juadah moreh malam nanti. Oh, mana mungkin dapat melepaskan nikmat ikan bakar yang dicecah dengan air asam! Rasanya tidak perlu membeli lauk ayam - dah biasa sangat makan ayam.

Hmm, pasar Ramadan di George Square - terletak di tengah-tengah lokasi bandar Glasgow. Menarik bunyinya kan? Macam meriah saja. Bayangkan dengan gugusan orang ramai yang terdiri dari muslim dan bukan muslim bersesak-sesak di dalam kesejukan musim luruh untuk membeli makanan di situ.

Huh, bertuah sungguh kalau ada pasar Ramadan di sini. Baik aku hentikan imaginasi ini sebelum ianya melarat dengan lebih teruk dan mengarut!

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

15 comments

  1. faizly says:

    hehehe..tu lah ujian seorg perantau…hehehe

    sabar2…

    p/s:nice layout!

    27-09-07 at 12:16 am

  2. fajaril says:

    thanks faizly. not my design actually. just get it from the templates. only the photos at the banner are mine.

    27-09-07 at 8:21 pm

  3. napang says:

    hahaha.. lawak le ko fajar.. sampai berimiginasi… syukur apa yg ada disekeliling kan lagi baik…

    aku semasa berada ditempat kau semasa berpuasa di bumi sakura,… aku akan sentiasa tersenyum tentang serba kekurangan dan tentang apa saja aku buat sambil tenang menghadapi apa jua kekurangan.. percayalah ia akan menjadi warnai yg lebih mewarni lagi berseri dalam memori pengalaman hidup kau….

    kau juga pasti tersenyum dgn pengalaman yg serba kekurangan di perantauan ini….

    begitulah kehidupan….

    28-09-07 at 1:46 am

  4. Abu Bazli says:

    “laksa penang istimewa oleh seorang kakak yang cukup menggiurkan”… kau bayangkan laksa atau kakak itu yang menggiurkan? bulan puasa fajar ooii… kah kah kah… kau takde masuk paper ke ucap selamat hari raya???

    28-09-07 at 8:30 am

  5. Epong says:

    “laksa penang istimewa oleh seorang kakak yang cukup menggiurkan”…

    heh.. aku pun terpikir gak bende yang sama.. fajar berkias fansuri.. muahahahaha!

    28-09-07 at 8:32 am

  6. kosong says:

    nyum nyum nyum

    28-09-07 at 4:49 pm

  7. fajaril says:

    napang: ya, sudah tentu, aku akan menghargai apa yg ada kat sini. bkn senang nak merasa puasa di rantau org. :)

    abu bazli & epong: wah, jahat sungguh telahan korang! anyway, aku maksudkan laksa tu yg menggiurkan. by the time aku tulis tu, aku teringat satu laksa yg dijual oleh seorg akak tudung labuh jual kat pasar ramadan, Duyong tu. perghhh.

    kosong: nyum yg mana tu? ahakss

    28-09-07 at 5:00 pm

  8. aliff says:

    nyum,nyum,nyum,nyum,nyum!!

    28-09-07 at 9:39 pm

  9. rasso says:

    kat sini pun sekadar menikmati yang lazim… uhuhu

    selamat menikmati juadah berbuke :D

    29-09-07 at 4:03 am

  10. badril says:

    Duyong? kau org melaka ke fajar?

    29-09-07 at 11:49 am

  11. Belldandy says:

    i love this entry. *^^* it’s all funnily cute and malaysian, in a way. i wish to study abroad someday. keep up the good work!!

    29-09-07 at 10:35 pm

  12. JIMI says:

    Kesian ko.mengidam plak ye. Tak sama dengan cheese plak ye.hehehe.sabar Fajar.

    01-10-07 at 7:39 am

  13. rudy says:

    Kau kena buat mcm ni: aku dulu word pasar ramadhan jadikan pivotte=pusat membeli belah brg2 keperluan di stesen keretapi fukushima. Aku tukarkan laksa penang kepada yaki soba. Aku tukarkan akok kepada takoyaki. Aku tukarkan masak lemak cili api kepada unagi bento. Setiap kali balik dr sekolah dlm densya aku akan set mind aku… nak buka puasa apa ek ptg ni. Smpi stesen fukushima nanti nak gi Pivotte (pasar ramadhan)nak beli takoyaki lah untuk buka puasa. ehehehe, ok tak?

    01-10-07 at 8:56 am

  14. badril says:

    I’m from Melaka too. Which part of Melaka? I’m from Alor Gajah. Do keep in touch, ya. Best ke laksa Duyong tu? I don’t eat all types of laksa except laksa sarawak because it’s make from prawn paste.

    02-10-07 at 3:33 pm

  15. Azhar Ahmad says:

    Hummmm melalut sebenarnya bagus untuk merehat minda….

    05-10-07 at 7:44 am

Leave a comment