02-10-07

Bersama

Posted in bicara by fajaril

Kadang-kadang, orang sering bertanya, bagaimana agaknya berpuasa di negara orang buat pertama kalinya. Dan sering juga aku berkata, tiada bezanya melainkan keadaan yang sejuk. Memandangkan bulan Ramadan yang jatuh pada musim luruh, maka waktu bersahur dan berbuka lebih kurang sama di Malaysia. Cuma, waktu berbuka itu semakin lama semakin awal.

Kalau ingin diturutkan kata hati, memang rasa rindu pada suasana berpuasa di Malaysia sentiasa ada. Tapi aku kerapkali menafikan rasa rindu sebegitu. Hingga kini, aku tidak pernah memasang lagu raya untuk mengelakkan rasa tersentuh atau kerinduan. Tapi, isteri aku sudah mula berjiwa-jiwaan dengan lagu raya. Entah berapa kali agaknya matanya basah apabila mendengar lagu yang membawanya jauh terkenang keluarga di kampung.

Ramai juga teman-teman di sini begitu seronok untuk menikmati berbuka di masjid. Entahlah, perasaan untuk sama-sama menyertai mereka belum timbul. Lagipun, aku ingin menemani keluarga di waktu berbuka. Waktu siang banyak dihabiskan dengan bekerja dan belajar. Waktu malam sajalah untuk kami sama-sama berkumpul dan berteman.

Mujur juga, hidangan berbuka aku hingga ke hari ini tetap istimewa. Syukur, kerana mendapat seorang isteri yang cukup arif tentang masakan, maka aku tidak pernah rasa jauh dari Malaysia. Ada saja hidangan yang benar-benar menyentuh selera aku. Setiap hari datang dengan kejutan. Ditambah pula dengan gelak tawa Najla yang menyeri suasana. Mungkin itu salah satu sebab membuatkan aku begitu lekat di rumah. Setiapkali solat Terawikh, pasti ada hidangan moreh yang tersedia, seperti kuih, kek, keropok atau yang paling istimewa adalah stik daging panggang!

Suasana Ramadan itu tetap meriah dan indah bersama keluarga di sisi. Sedikit sebanyak ianya mengubat rasa kejauhan. Namun, ada ketikanya, diri begitu terkenang keluarga di kampung.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

7 comments

  1. rudy says:

    Nasib baik kat glasgow tu dgn family. buatnya ko bujang. fuh, mmg sedih habis. ehehehehe.

    03-10-07 at 1:24 pm

  2. napang says:

    at least dpt bercium jabat tangan bermaafan ngan family….

    aku dulu… hahaha… gigit jari…

    03-10-07 at 8:59 pm

  3. JIMI says:

    Suasana tetap meriah jika di sisi yang tersayang dan tercinta walaupun jauh di mana sekalipun.

    04-10-07 at 4:49 pm

  4. fajaril says:

    rudy: yup, ada pengubat sedikit. btw tuduhan kau kat YM ni tak patut ok.

    napang: ala, jgn la. sedih tau.

    jimi: yup, setidak-tidaknya ada yang tersyg di sisi.

    04-10-07 at 6:29 pm

  5. SangPelangi says:

    wah, msti best meraikan puasa bersama orang tersayang.

    Kat sini, nak gigit apa pun tak tahu. Nak gigit jari makruh plak. So, gigit lidah je la..hehehe..

    p.s: xdpt bygkan suasana ada fmily sndiri,bilakah waktu itu kan menjelma.. terus menanti penuh setia.. (versi ramadan sadis,hik2)

    05-10-07 at 2:55 am

  6. Azhar Ahmad says:

    Saya tgh bayangkan, tahun depan… Uhhhhhhh Sanggupkah?

    05-10-07 at 7:41 am

  7. benc student says:

    en fajar, tersentuh hati sy bc catatan kali ni. xpe la, en demi ilmu yg x ternilai, mmg perlukan pengorbanan yg bukan sikit. apapn sy ucapkan semoga success selalu n selamat hari raya…. juga dari sume student2 benc di sini…

    10-10-07 at 12:25 am

Leave a comment