Betty
Namanya Betty. Dia tidak memakai cermin mata besar berwarna merah. Giginya tiada braces. Rambutnya bukan berwarna hitam lebat. Bahkan, tubuhnya juga tidak besar. Begitu juga dengan sifat dan sikapnya yang jauh berbeza. Satu perkara yang pasti, Betty ini bukanlah berdarah latin dan tidak bekerja sebagai PA.
Rambutnya lurus dan blonde. Orangnya bertubuh kecil. Wanita ini agak berusia, namun melihat keadaannya, jelas sekali dia begitu kuat bekerja. Mulutnya bagaikan bertih jagung.
Namun begitu, dia ini sangat popular di kalangan kami - warga cleaner di gedung membeli belah itu (tempat aku bekerja). Bukan kerana dia memiliki perangai yang melucukan seperti Betty Suarez di dalam Ugly Betty, tetapi kerana mulutnya yang suka membuat komen, aduan dan bermacam-macam lagi. Ada saja perkara yang tidak kena. Cleaner tidak cukup, salahkah kami. Lantai tidak bersih, salahkan kami. Sedangkan, kebanyakan aduan yang diberikan bukanlah di dalam bidang kuasa kami, yang sekadar kuli.
Bagaimana lantai mahu bersih, kalau mesin yang kami gunakan selalu rosak. Jangan salahkan kami dengan mengatakan kami menggunakan mop yang kotor untuk mencuci lif, sedangkan setiap kali lantai lif dicuci, pekerja mereka sering keluar masuk dengan tapak kasut yang kotor.
Satu perkara yang tidak aku tahan adalah sikapnya yang suka mengadu kepada bos besar gedung berkenaan. Kadang-kadang dia langsung tidak menghormati kami, tukang cuci yang keseluruhannya bukanlah orang-orang mereka. Kami ini, muka Asia dan ada juga yang datangnya dari Poland. Terasa seperti dipermain-mainkan.
Ada juga ketikanya, dia memberi arahan kepada kami, dengan nada suara yang kuat. Seolah-olah merasakan kami ini tidak faham bahasa Inggeris. Kadang-kadang sempat pula dia ketawa besar bersama kawannya kerana membuat lawak tentang kami. Aku pernah kena sekali dan aku sendiri kurang pasti, apa yang kelakar sangat agaknya. Panas juga hati ini.
Namun, aku selalu membuat muka blur - tanda orang yang tidak faham bahasa Inggeris. Rasanya lakonan itu lebih sesuai. Tapi aku tidak pula menafikan yang kadang-kadang aku sendiri tidak faham apa yang dikatakan olehnya. Mungkin kerana dia bercakap sedikit laju. Tapi, ada seorang makcik cleaner warga Poland sebelum ini memang tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Susah betul berkomunikasi dengannya. Banyak menggunakan bahasa isyarat dan body-language. Kini, dia sudah pun berhenti bekerja dari situ.
Ada ketikanya, mahu saja aku menghamburkan kata-kata tidak puas hati yang selama ini dipendam. Atau lebih dramatik lagi, sebaik puas meluahkan rasa itu, aku ambil kayu mop dan campakkan ke lantai. Kemudian, berlalu keluar dan tidak berpaling lagi. Atau berhenti sebentar dan berpaling kepadanya lalu berkata, ‘I don’t give a d*mn about this job!’
Tapi, rasanya itu bukanlah aku. Apatah lagi mengenangkan bahawa ini merupakan salah satu cara (buat masa ini) untuk aku menampung kos hidup di sini. Juga tidak sanggup membayangkan anak dan isteri yang terpaksa mengikat perut kerana lapar membuatkan aku bertindak dengan lebih wajar. Maka, aku pendamkan segala rasa marah itu menjadi kepingan-kepingan sampah. Sama seperti sampah di lantai yang aku bersihkan pada setiap hari.
Tambahan pula, ini adalah bulan Ramadan. Di samping menahan rasa lapar, aku turut menahan amarah yang bergelora. Lagipun, rasa tidak berbaloi untuk bergaduh dengan wanita tua sepertinya. Mungkin dia inginkan perhatian atau mempunyai masalah yang tersendiri.
Kalaulah dia mempunyai perangai yang sama dengan Betty Suarez, tentunya keadaan menjadi sangat berbeza. Barangkali keadaan menjadi seronok dan melucukan. Tapi dia bukanlah Betty di dalam siri TV itu.

SangPelangi says:
kasihan ya..
tak apalah..
dugaan..
10Ramadan sedang berjalan..
Nantikan saja ketenangan..
05-10-07 at 2:57 am
napang says:
begitulah kehidupan….
05-10-07 at 6:35 am
Azhar Ahmad says:
Huhuhuhu, bsanp la gambar makcik betty tu…. Nak tengok juga rhopernyer…
05-10-07 at 7:39 am
Abu Bazli says:
hehe adat le fajar. bukan kat sana je. dulu masa aku keje pam minyak, org2 melayu ni pun kengkadang tgk budak pam minyak macam sampah.
‘rasa tidak berbaloi untuk bergaduh dengan wanita tua sepertinya’..very much true…
05-10-07 at 8:53 am
elaira says:
prangai manusia memang macam-mcam, dikebanyakkan masa aku hanya lihat dan senyum sendiri, ada yg ego (nak ego kat sapa), ada yg marah2 (nak marah kat sapa), ada yg berlagak mengalahkan bos, tak cukup takat tu meninggi suara dan jadi kurang ajar semata-mata merasa dirinya sudah berkuasa kerana mendapat mandat menyelesaikan satu tugasan dari majikan.
semua itu aku lihat dan tersenyum sahaja, kerana bagi aku, ia tidak relevan dengan hubungan sesama manusia. mungkin mereka tak terfikir, banyak kerja yang sempurna bila dilakukan dengan hati yg ikhlas dan keredhaan… justeru membentuk suasana kerja yg ceria.
orang yg berperangai mcm ni bagi aku tak pernah meningkat, malah semakin merudum, they defenately not going anywhere…
05-10-07 at 9:38 am
rudy says:
05-10-07 at 10:04 am
aliff says:
dulu masa jadi budak pam minyak, selalu juga kena dengan orang-orang kita yang rasa dirinya besar, namun nasihat abah dan ayah aliff kekal dihati iaitu sabar adalah sebaik-baik penawar hati.
05-10-07 at 8:43 pm
an says:
gitulah resam hidup kat negara org. selalu dianggap kelas kedua oleh rakyat mrk sendiri. Apapun tabahkan hati tetapkan iman ingatlah bumi Allah x sunyi dari dugaan… byklah bersabar
10-10-07 at 11:52 am