Kurung
Seperti biasa pada setiap hari, sebaik sahaja aku selesai bekerja, aku terus menuju ke universiti. Dan pada pagi itu, aku melihat kelompok makcik-makcik cleaner di dalam bangunan universiti aku. Selalunya mereka akan berkumpul dan berbual-bual. Tapi pagi itu mereka nampak begitu gembira. Tergelak-gelak.
Rupa-rupanya, mereka sedang mengusik salah seorang cleaner di situ. Bayangkan seorang perempuan dikunci di dalam jaringan yang ditempatkan khusus untuk tangki gas. Kemudian, yang lain ketawa dan tergelak-gelak dan meninggalkan dia seorang diri meminta tolong untuk dikeluarkan.
Sungguh, pagi itu, aku terus tersenyum dan tergelak seorang diri. Terlintas satu fikiran yang agak nakal di kepala, alangkah seronoknya kalau aku dapat memasukkan Betty ke dalam sangkar besi itu!
badril says:
betty oh betty!
06-10-07 at 10:34 pm
Azhar Ahmad says:
Hahhaha, kamu berfikiran jahat nampaknya… sudah kurang sedikit saham puasa kamu… huhuhu, kalau makcik betty masuk Islam, kompom kaya dia dengan pahala… Hahhah… Just a joke…
07-10-07 at 2:34 am
aliff says:
sabar dong!
kurang nanti pahala puasa, dapat lapar dan dahaga aje!
07-10-07 at 2:50 pm
Abu Bazli says:
Jangan, fajar, jangan. Tak elok….
Jangan tak buat!!! tak elok lepaskan kalau ada peluang!!! hahaha…
08-10-07 at 8:08 am
mardhiah12 says:
selamat hari raya, maaf zahir batin
09-10-07 at 11:42 am