25-10-07

Kiriman Dari Jauh

Posted in bicara by fajr'

parcel.jpg

Orang kata, teknologi semakin mendekatkan manusia yang jauh. Contoh yang termudah, adalah pentas yang kita gunakan sekarang. Paling tidak, mungkin orang yang membaca blog ini sama-sama dapat berkongsi apa yang aku rasakan di sini. Barangkali, sama-sama merasa suasana sejuk di sini. Apatah lagi, titipan emel mampu dihantar beberapa saat sahaja. Begitu juga medium lain yang bisa membuatkan kita bercerita dan berkongsi jenaka bersama.

Walau bagaimanapun, teknologi pada masa ini belum mampu untuk membawa benda material untuk dihantar jauh. Dulu, aku pernah bercerita tentang konsep ‘teleport’. Kadang-kadang, di dalam telefon aku selalu bergurau dengan mak berkenaan masakan yang dimasak di rumah pada waktu itu. Setiap kali aku mengutarakan rasa teringin, mak atau bapak akan berkata, kalaulah makanan ini boleh dihantar melalui telefon, nescaya mereka akan berbuat begitu pada waktu itu juga.

Aku percaya, benda ini mungkin boleh direalisasikan. Aku dulu bercita-cita untuk menerokainya, tetapi memandangkan terlalu banyak risiko yang harus aku depani, maka aku padamkan saja niat itu. Lebih baik aku tumpukan untuk menghantar data dalam bentuk digital sebelum mencuba menghantar benda material!

Oleh yang demikian, apabila menerima kiriman dari tanahair, tentu saja hati ini berbunga riang. Sebelum ini, kami menerima bungkusan dari keluarga di Kota Bharu yang mengandungi makanan kering, keropok, ikan bilis, ikan kering dan sebagainya. Tidak dilupakan, tiga pasang baju kurung untuk Najla (seperti di dalam gambar pada entri sebelum ini). Bungkusan itu kami terima sebelum bulan puasa. Orang yang paling gembira menerima bungkusan sebegitu, adalah Najla. Barangkali, dia dapat merasakan ada sesuatu untuk dirinya.

Sempena hari raya yang lalu, kami turut menerima beberapa kiriman berupa biskut hari raya daripada kenalan. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada 3 orang rakan sekerja yang bersusah payah mendapatkan pesanan dari kami walaupun berada di dalam kesibukan. Dapat juga merasa tart mangga yang selalu dimakan sewaktu di sana. Tidak dilupakan, kawan sekampung aku (yang dulu sama-sama ke sekolah menaiki basikal), Lena, yang menawarkan diri untuk menghantar biskut raya versi ‘tahan lasak’ ke bumi Scotland. Ianya begitu bermakna. Setidak-tidaknya, aroma Malaysia masih melekat pada kiriman yang dihantar. Terubat juga rasa rindu ini.

Tidak dilupa, kepada rakan-rakan yang mengirimkan kad hari raya kepada kami. Tidak dinafikan kad yang dihantar secara pos dan bertulis tangan lebih menitipkan rasa nostalgia. Terima kasih sekali lagi. Juga kepada semua, yang tidak pernah jemu mengirim doa dan pesan agar hidup kami di sini dipermudahkan. Insya Allah, doa kalian akan mendapat rahmat yang setimpal dari-Nya.

[+]

Hari ini satu lagi bungkusan yang sememangnya dinanti dari Malaysia telah pun selamat sampai. Pesanan buku dari ujanailmu sememangnya memerlukan pengorbanan wang yang agak banyak jika dibandingkan pembelian di dalam negara. Namun, demi cinta pada karya istimewa pada tanahair, sudah tentu aku tidak mahu melepaskannya. Membeli koleksi buku yang agak banyak sekaligus (terutama karya dari Faisal Tehrani), membuatkan diri ini jadi bingung, yang mana satu hendak dibaca dulu?

Selepas ini, diri tidak akan lagi cemburu mendengar kisah rakan atau kenalan yang telah membaca karya-karya ini. Terima kasih ujanailmu!

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

14 comments

  1. yginsaf says:

    kad hariraya pengganti diri..

    tapi me dapat sekeping je raya tahun nih.. tahun lepas xde langsung.. uhuhu

    25-10-07 at 10:17 pm

  2. napang says:

    dulu masa aku kat jepun aku pernah dpt bungkusan dari seorang rakan…. VCD siti nurhaliza tuh… muhahaha

    aku masa tuh kat jepun kat 5 thn, mana lah tahu kemunculan siti nurhaliza…

    nasib baik sungguhlah kawan aku nie kenalkan…

    terima kasih kawan…

    ohh ya… aku ada hantar CD maria carie kat dia gak sblm tuh… hehehe

    25-10-07 at 11:30 pm

  3. fajaril says:

    yginsaf: at least, dapat juga kad kan? dulu, selalu dapat kad raya. tapi, kebanyakannya dari ’supplier’. cuma ada tandatangan dengan cop je. huh.

    napang: kawan kau tu ke yang kenalkan? ahaks. siti patut bangga kan?

    btw, maria carie tu ejaan dia Mariah Carey! ahaks. tp, kalau dibunyikan, dengungnya tu kira sama la jugak.

    25-10-07 at 11:35 pm

  4. Nisah Haron says:

    Baca Manikam Kalbu dulu!

    26-10-07 at 6:29 am

  5. aliff says:

    banyak baca buku cerita nih, buleh dapat idea tulih skrip.

    26-10-07 at 2:11 pm

  6. Abu Bazli says:

    haa jadi macam aku la nanti tu. banyak buku aku beli tak terbaca2 (boleh jadi juga sebab aku pulun nak habiskan heroes V nih)

    26-10-07 at 4:15 pm

  7. Azhar Ahmad says:

    Hahahhahah, saya sudah habiskan Bila Tuhan Berbicara. Selepas ini mahu menghabiskan Tuhan Manusia dan 9! pula.

    Ehhhh, masih ada masa untuk kita membaca ya walaupun kajian sungguh berat… Dengan blog lagi. En fajar dengan kerja lagi, dengan keluarga lagi… Wahhhh memang hebatlah En Fajar…

    26-10-07 at 4:41 pm

  8. rudy says:

    baca puas2 jarrr… tapi jgn alpa dgn study plakss.. ehehehehe.

    26-10-07 at 5:11 pm

  9. badril says:

    Wow, Raya cookies from Malaysia!!!

    27-10-07 at 4:28 am

  10. samasam says:

    hey apa khabar? kamu di luar negara sekrg?

    27-10-07 at 3:48 pm

  11. WaWa says:

    haa! buku terbaru faisal tehrani. belum berkesempatan lagi nak beli. nanti la. kalau beli sekarang, assignment tak siap la jawabnya. haha.

    29-10-07 at 3:35 am

  12. elaira says:

    nisah buat aku tak senang duduk laa tu, manikam kalbu blom ada dalam simpanan aku… huhu…

    aku belum khatam tuhan manusia & nbsa & surat2 pompuan johor. belum khatam buku2 allahyarham pak hamka. belum khatam beberapa buku lain… masa oh masa… masih merebut masa untuk membaca dari xtvt2 lain.

    29-10-07 at 3:40 pm

  13. Aini says:

    selamat hari raya!!

    29-10-07 at 6:06 pm

  14. ayobkelubi says:

    rugilah fajar, aku gie umah lena, dia buat pecal jawa yang sungguh nyam!. 3 kali aku tambah, mesti ko rindu nak makan kan?,kan?

    30-10-07 at 4:41 pm

Leave a comment