Kelip-kelip Disangka Api
Ketika kali pertama aku membaca berita tentang kenaikan elaun sebanyak 97%, aku merasa amat gembira dan begitu bersyukur. Setidak-tidaknya, terlepas sedikit beban kewangan yang terpaksa ditanggung di sini. Namun, beberapa minggu selepas keluarnya kenyataan berkenaan, banyak khabar angin yang diberitakan berhubung kenaikan tersebut. Kenaikan sebanyak 97% dikatakan diberikan untuk kawasan yang tertentu sahaja.
Selepas itu, timbul pelbagai versi kenaikan yang sebenar. Sampai aku menjadi ragu-ragu. Dalam masa yang sama, segala harapan yang pernah muncul sebelum ini, terpadam sedikit demi sedikit. Akhirnya, di hujung minggu yang lepas terjawab sudah berapa kenaikan yang aku sepatutnya terima. Berada di dalam kawasan yang dikategorikan sebagai kadar C, aku telah membuat kira-kira bahawa kenaikan yang diterima adalah lebih kurang 56%. Dengan jumlah itulah, kami sekeluarga akan sama-sama berkongsi untuk menempuh kehidupan di negara orang ini.
Sebenarnya, banyak perkara yang terbuku di dada. Namun, semua itu terpaksa dipendamkan. Apatah lagi untuk dikongsikan dengan orang-orang yang tidak memahami selagi mereka sendiri tidak pernah merasai. Kenyataan ikhlas dan pandangan terbuka aku pernah disalahertikan.
Syukur. Ada juga kenaikan meskipun sedikit adalah lebih baik daripada tiada kenaikan langsung. Namun begitu, kerja sampingan yang aku lakukan harus diteruskan demi memastikan kami tidak pening berhubung urusan menjaga Najla kelak.
walids says:
alhamdulillah la ada kenaikan. daripada kita yang takde langsung huhuhuhu
30-10-07 at 9:04 am
rudy says:
alhamdulillah. Kalau ko ada yg terbuku boleh jer ko tulis kat sini. tapi ko passwordkanlah. hanya mereka yang mengerti sahaja boleh akses melalui password tersebut. Ok apa?
30-10-07 at 9:45 am
Azhar Ahmad says:
Sekurang-kurangnya dapat, dari tak dapat bukan? huhuhu sonang jo cakap kek orang….
30-10-07 at 11:07 am
Chentahati says:
Ya..kenaikan itu ada… macam saya, naik pun mcm semput saja..tapi nak buat macam mana..lebih baik ada dari tak ada..naik sikit tapi barang2 naik melambung2
Betul cakap Rudy, pasang je password, mcm saya kena pasang password..too sensitive to read by others
30-10-07 at 2:08 pm
JIMI says:
” Kenyataan ikhlas dan pandangan terbuka aku pernah disalahertikan.”
Fajar, lazimnya mcm tu lah. Kadangkala orang tak faham, the freedom of expression. An opinion you may put forward, tetapi hormatlah jugak.
Betul kata Rudy, password kan je. walaupun Jimi tak buat cam tu lagi.hehehe.
30-10-07 at 5:29 pm