Manusia Hantu
Malam tadi, dikatakan malam Halloween. Maka, begitu ramailah orang, dari yang besar hinggalah kanak-kanak memakai kostum yang bukan-bukan menyerupai hantu, ahli sihir dan bermacam-macam lagi. Seperti yang pernah tercatat sebelum ini, jualan bersempena Halloween ini serancak jualan Krismas. Hiasan yang menakutkan memenuhi kedai-kedai. Tidak lupa juga, bunga api turut dijual untuk meraikan pesta ini.
Sebelum ini, aku tidak ambil pusing pula apa yang dikatakan dengan Halloween ini. Cuma dulu selalu juga melihat perkaitan Halloween dengan hantu-hantu dan sebagainya. Maka, untuk mengetahui maksud di sebalik perayaan ini, maka aku cari di dalam Wikipedia seperti berikut,
“Halloween, or Hallowe’en, is a holiday celebrated on the night of October 31. Halloween was perceived as the night during which the division between the world of the living and the otherworld was blurred so spirits of the dead and inhabitants from the underworld were able to walk free on the earth. It was believed necessary to dress as a spirit or otherworldly creature when venturing outdoors to blend in, and this is where dressing in such a manner for Halloween comes from.”
Oh, begitu rupanya. Patutlah manusia ini sibuk menyamar menjadi hantu-hantu yang bukan-bukan. Kononnya mahu mengelakkan roh-roh jahat atau hantu yang berkeliaran pada malam Halloween tidak menganggu mereka. Dengan penyamaran tersebut, dikatakan hantu-hantu ini terkeliru dan tidak mengganggu mereka. Maklum sajalah, dengan kostum dan juga dengan hiasan kepala yang cukup luar biasa. Itu belum dicampur lagi dengan aksesorinya lagi. Ada juga perhiasan untuk rumah yang aku anggap ‘memang akan dibuang kalau ada dalam rumah aku’. Hebat sungguh imaginasi orang yang mencipta hiasan berkenaan. Siap ada yang mempunyai sound effect.
Sebagai pencuci di kedai membeli belah, aku pernah ditugaskan membersihkan aras 3 yang mempunyai barangan kanak-kanak. Di situ, ada terjual pelbagai perhiasan dan peralatan untuk Halloween. Sewaktu sibuk membersihkan lantai, tiba-tiba saja, terdengar suara bunyi orang mengilai. Sedar-sedar, rupanya bunyi itu datang dari hiasan rangka yang terkurung di dalam sangkar. Kalau diletakkan aku seorang diri di tengah malam di situ, mungkin semacam juga jadinya.
Dan malam tadi, buzzer rumah aku sibuk berbunyi. Barangkali dari kanak-kanak yang sibuk bertandang mengharapkan gula-gula. Jangan harap aku mahu buka. Apatah lagi sudah enak berada di dalam duvet.
Sibuk sekali mereka meraikan malam itu. Apatah lagi dapat menyamar menjadi hantu. Tapi, yang paling menakutkan kita sebenarnya adalah apabila sebahagian manusia yang sememangnya hantu tapi bertubuh manusia. Masakan tidak, mereka sanggup merogol anak-anak kecil, membunuh sesuka hati, merosakkan harta benda dan bermacam lagi kejahatan yang menakutkan. Entah mananya peri kemanusiaan dan juga kewarasan.
* Photo by Viel, Corbis.

Azhar Ahmad says:
Ohho begitu rupanya… Tak tahu pula saya… huhuhuhu… Apapun, itu budaya mereka biarkan. Kalau saya dah dalam duvet, pun mmg takkan buka pintu dah…
p/s nanti ya saya belek email Incik ya…
01-11-07 at 11:14 pm
rudy says:
kalu aku kan… aku bukak pintu dan aku akan bersyarah dakwah islamiah..cakap dalam bhs melayu…sambil buat muka mcm hantu… kompem budak2 tu bertempiaran balik muhahhaahahahaah
02-11-07 at 9:27 am
napang says:
hahaha.. jahat giler ko ludi…. muhahaha
02-11-07 at 3:21 pm
JIMI says:
Apa yang Fajar cakap tu betul. Manusia yang dalam ada HANTU.
Anyway, Jimi dah bosan dengan horror story. Nothing fascinates me enough.
03-11-07 at 11:16 am
badril says:
Yeap, hantu bertubuh manusia tu yg mmg menakut.
04-11-07 at 12:05 am
Amyz says:
Oh. begitu rupanya. Patutla mereka menyamar jadi hantu. tapi suka sangat costume2 mereka. creative.
08-11-07 at 11:13 pm