08-11-07

Duit Raya

Posted in bicara by fajaril

duitraya.jpg

Satu hari, kami menerima kiriman surat dari Malaysia. Aku kira, posmen memang sudah cukup kenal dengan nama aku barangkali kerana setiap minggu pasti ada surat untuk aku (ceh!). Itu pun setelah dicampur dengan surat-surat kad kredit, bil dan sebagainya. Dan hari itu, surat yang kami terima adalah kad raya dari seorang kawan yang berada di selatan Malaysia.

Cuma, yang membuatkan aku rasa tersentuh adalah bersama kad ucapan hari raya itu, terselit satu sampul berisi duit raya untuk Najla. Kalau kalian mahu tahu, inilah satu-satunya duit raya yang Najla terima untuk raya kali ini. Terharu pula atas ingatan orang.

Terima kasih Azra. Moga Allah memberi rezeki yang berpanjangan untuk kau sekeluarga.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

4 comments

  1. Azhar Ahmad says:

    Owh-owh, walaupun mungkin tukarannya sedikit jika ditukar ke Pound, namun nilainya, menggunung tinggi encik fajar!

    08-11-07 at 10:32 pm

  2. rudy says:

    simpan dlm sspn taw.

    09-11-07 at 9:20 am

  3. badril says:

    hehehe, macam mana nak mencarum sspn di Glasgow tu?

    09-11-07 at 3:50 pm

  4. fajaril says:

    azhar: tanda ingatan yang lebih bermakna.

    rudy: err, kena simpan dulu kat sini la jawabnya. heheh

    badril: simpan dlm poket ayah ibu dulu kot. hehe

    10-11-07 at 9:20 pm

Leave a comment