10-11-07

Kira-kira

Posted in rasa by fajaril

Hari ini, tiba-tiba isteri aku teremosi sedikit tentang elaun kami. Barangkali apabila menerima emel yang menjelaskan tentang permohonan elaun yang ditolak. Lalu, terbangkit pula pelbagai alasan dan kebarangkalian kenapa harus berada dalam situasi begini.

Kawan, jangan ingatkan aku tentang, ‘kau memang sudah sedia maklum ini yang kau dapat bukan?’.

Ya, aku cukup-cukup tahu. Kalau kau mengalami apa yang kami rasa, mungkin kau akan berubah persepi ini. Mungkin kau akan berkata, ‘ha’ah, tidak adil’.

Mudah saja kira-kiranya. Situasi pertama. Kalau seorang sambung belajar, dan pasangannya mereka ikut sekali, mereka akan menerima elaun sebanyak £ X sebulan. Seorang sambung belajar. Seorang lagi akan menguruskan anak di rumah. Barangkali, jika pandai membahagi masa, boleh bekerja sambilan untuk menambah sumber kewangan.

Kemudian, situasi kedua. Kedua-duanya pula sambung belajar. Cuba teka, berapa elaun yang diterima sebulan? Bukan £ X + elaun tambahan lain. Tetapi, sama dengan kes pertama. Elaun yang diterima adalah £ X juga. Cuma, yang seorang lagi akan menerima elaun tambahan lain seperti elaun buku yang diterima setiap tahun. Juga, yuran yang dibayar. Mereka berkata, sepatutnya elaun yang diterima ini sudah sedia cukup. Ya, cukup kalau bagi mereka yang tidak perlu menguruskan tentang anak.

Maka, nilai elaun yang sama inilah yang dikongsi bersama untuk kos pengangkutan, peralatan dan sebagainya. Tapi, satu kos yang paling besar adalah tentang menguruskan jagaan anak. Walaupun elaun dinaikkan, kos pengurusan anak masih tidak dapat ditampung.

Jadi, ini kira-kira yang amat mudah. Macam ada lubang di dalamnya. Tiada beza kalau seorang sahaja yang sambung belajar atau kedua-duanya sambung belajar. Orang kata, duit bukanlah segalanya. Ya, kalau kau orang kaya, mungkin mudah untuk itu. Orang macam kami ini, golongan yang sederhana. Habis sudah duit simpanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di sini.

Cuma satu ingin aku katakan, hidup kami di sini, bukan semata-mata tertekan dengan dunia akademik yang sudah sedia mencabar, tetapi amat tertekan untuk memikirkan kos tambahan yang lain. Tiba-tiba, aku pula yang jadi emosi.

Rasa seperti teraniaya. Mengharap pada orang yang boleh membantu seperti meletak harapan di angin lalu. Hilang jadi debu. Terus lenyap.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

8 comments

  1. rudy says:

    Fajar, elaun untuk anak rasanya dapat juga kan? Kalau ikut prosedur tempat aku dan aku tolong uruskan adik ipar aku yang PhD di jepun, selain elaun isteri, elaun anak pun dia dapat.Mungkin kau boleh check dgn pembiaya ko semula? Atau kau boleh bagi no telefon pej pendftar u ko, aku tolong semakkan since aku ada kawan kat sana.

    10-11-07 at 10:23 am

  2. Azhar Ahmad says:

    Hummm, betul kata encik rudy tu. Kecuali, jika en fajar tak daftarkan anak. Tak silap saya, elaun isteri dan suami berbeza. Kalau kedua-duanya belajar….

    10-11-07 at 5:31 pm

  3. fajaril says:

    rudy: ya, elaun itu dah termasuk dalam elaun keluarga (pasangan dan anak).

    azhar: kalau dua-dua belajar, itu sajalah yang kami dapat. dipanggil sebagai ’spouse program’. lagi untung kalau dua2 pergi sambung belajar dan declare sbg bujang. lagi untung, jika dibandingkan dengan elaun yang dpt skrg.

    10-11-07 at 9:19 pm

  4. JIMI says:

    Fajar, i feel you. Doakan rezki Fajar bertambah okie. itu sahaja yg Jimi boleh bantu.

    10-11-07 at 9:21 pm

  5. azah says:

    Fajar..mmg banyak benda yang tak adil. Aku yang dihantar under UTM dan kawan2 yang seangkatan masih tak pasti menerima atau tidak kenaikan elaun. Setiap hari menanti dan jawapan yang diterma-”akan dibincangkan dalam mesyuarat akan dtg”. Bayangkan pelajar undergrad dapat 650, utk pelajar postgrad yang dihantar under universiti cuma dapat 478. Paling susah nak cari bilik sebab kebanyakkan bilik 250 sebulan. Manakah adilnya??

    11-11-07 at 1:12 am

  6. rasso says:

    Moga pakcik fajar akan lebih dimurahkan rezeki sekeluarga… Amin…

    14-11-07 at 12:06 am

  7. Khairusy says:

    Salam fajar, Scotland kat bahagian mana? Katanya semua dah mahal di sana. Apatah lagi kalau tinggal kat Edinburgh. 4 tahun yang lepas, ketika saya di sana boleh tahan lagi hidup. Cukuplah elaun tu, dengan 2 orang anak. Taklah terjerut…kerja 2 jam sehari hanya untuk tampung jalan-jalan ke Ireland dan England. Mungkin sekarang sudah banyak berubah…..

    14-11-07 at 8:20 am

  8. Ummi Zufayri says:

    salam.
    amat faham akan situasi yg dilalui. bersabarlah dan tabahkan hati. itulah dugaan di tempat org. kami juga pernah melaluinya. sama2 pernah menimba ilmu dan mencari rezeki di awal subuh. pengalaman itu mendewasakan.
    jaga diri & keluarga!

    29-11-07 at 2:13 am

Leave a comment