20-11-07

Semangat Scotland

Posted in peristiwa by fajr'

Hari Sabtu yang lalu berlangsungnya satu perlawanan bolasepak di antara Scotland dan Itali. Aku bukanlah seorang peminat atau pemain bolasepak. Jauh sekali dikenali sebagai fanatik. Letakkanlah aku dalam kumpulan mereka yang bercerita tentang bola, nescaya aku hanya akan duduk terdiam dan sekadar memasang telinga. Apabila selalu berada dalam keadaan begitu, aku jadi seperti orang asing atau mungkin makhluk asing.

Apabila berada di sini, aku dapat rasakan betapa fanatiknya orang-orang di sini dengan dunia bolasepak. Di Scotland, dua pasukan yang sering menjadi tumpuan adalah pasukan Ranger dan Celtic. Apabila berlangsungnya perlawanan bolasepak di sini, maka kami sama-sama turut merasai kemeriahannya. Tanpa disedari, aku turut mengikuti perkembangan sukan bolasepak ini.

Mungkin perkara yang sama dapat dirasai di sekitar England dan negara lain. Barangkali, apa yang menarik di sini adalah kebanyakan peminat dan penyokong hadir dengan memakai baju atau jersi yang serupa serta dengan kilt kebanggaan warga Scottish. Hari itu, sokongan terhadap pasukan Scotland begitu ketara dengan paparan bendera di mana-mana. Warga tua hinggalah muda sama-sama meraikan dan memberikan sokongan yang padu terhadap pasukan mereka. Maka, kalian boleh bayangkan betapa meriahnya suasana mereka menikmati perlawanan bolasepak ini.

Meskipun perlawanan berlangsung pada waktu petang, orang sudah mula datang awal ke stadium yang letaknya tidak jauh dari rumah kami. Maka, kami dapat saksikan pelbagai gelagat dan fesyen yang begitu mencuit hati. Barangkali sesuatu yang jarang aku lihat apabila berada di Malaysia. Mungkin juga kerana aku tidak pernah ambil tahu mengenainya sebelum ini. Dalam kesejukan dan hujan turun renyai-renyai, semangat mereka tidak pernah luntur. Malah tidak rasa sejuk langsung menyarungkan tartan kilt mereka. Dalam masa yang sama berkumandanglah suara-suara mereka menyanyi di sepanjang jalan.

Sekitar jam 1 petang, aku sekeluarga singgah ke Asda untuk membeli belah stok makanan bulanan kami. Di pintu masuk, terdapat satu kaunter yang sibuk mempromosikan untuk menyokong pasukan Scotland. Tidak lama kemudian, satu kumpulan wanita yang terdiri dari orang tua dan kanak-kanak berkumpul dan menari mengikut lagu ceria yang melaungkan semangat sebagai tanda sokongan.

asda1.jpg

Apabila diperhatikan, terasa sangat mencuit hati. Tambahan pula, tarian itu dipersembahkan oleh kumpulan wanita yang rata-ratanya warga emas tapi masih kuat bertenaga.

asda1.jpg

Tiba-tiba, entah bagaimana, seorang anak Melayu tidak segan silu datang menghampiri mereka. Hadirnya dia, disambut oleh seorang kanak-kanak kecil bertopi merah jambu, lantas dipegangnya tangan anak Melayu itu. Dia tidak sekadar mahu melihat, tapi ingin turut serta!

asda1.jpg

Apabila lagu dimulakan sekali lagi, mereka semua menari lagi. Bertepuk dan bergaya mengikut irama. Dan yang menghairankan, dengan spontan saja, anak Melayu itu cuba mengikut gaya yang ditunjukkan oleh mereka semua meskipun dia baru berumur 2 tahun lebih.

asda1.jpg

Sewaktu melihat anak kecil itu beraksi, bapanya pula terdetik di dalam hati, ‘aduhai, anak aku ini…”

Oh ya, sayang sekali, Scotland tewas di tangan Itali dengan 1-2.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

8 comments

  1. Abu Bazli says:

    comel sungguh najla join the party! Bapaknya jangan la pulak pakai kilt! Ingat, kita ada kain pelikat…

    20-11-07 at 9:42 am

  2. Azhar Ahmad says:

    Hahahahha, tergelak dengan komen Bazli… Kalaulah cik fajar pakai kilt… Waduhhhhh

    20-11-07 at 4:15 pm

  3. JIMI says:

    Cutenya dan friendly betul si Najla tu ye. hehehe.

    21-11-07 at 8:04 am

  4. Chentahati says:

    Ha ha ..cumel giler Si Najla tu!

    Itulah, dalam seribu masalah dia yang beri penawar. Lupa sekejap masalah kan???

    Er…jangan la ikut kata si Bazli itu…jangan pakai kain pelikat di tengah2 orang ramai!

    21-11-07 at 8:36 am

  5. zahila says:

    muahahaha!!! x tahan aku nk gelak baca cerita ko fajar, senyum2 arnab aku sorang2 dpn pc. cute betul najla…

    21-11-07 at 1:13 pm

  6. azah says:

    Dapat aku bayangkan aksi najla..huhh…cutenya Najla..Hello…Hello (dgn gaya Najla)

    23-11-07 at 6:40 am

  7. rudy says:

    alaaa tomelnyaaaa najla

    23-11-07 at 9:09 am

  8. WaWa says:

    comelnya. hahaha.

    26-11-07 at 7:47 pm

Leave a comment