21-11-07

Iklan

Posted in iklan by fajr'

Salam buat semua,

Kami sedang mencari individu yang sanggup untuk datang ke Scotland dan tinggal bersama-sama kami untuk menjaga anak perempuan kami yang berusia 2 tahun lebih sepanjang kami berada di universiti. Segala kos pengangkutan seperti tiket kapal terbang, tempat tinggal dan makanan akan ditanggung oleh kami. Insentif bulanan akan diberikan dalam mata wang pound sterling.

Antara syarat utama adalah individu berkenaan mestilah penyayang, penyabar dan lemah lembut terhadap kanak-kanak. Tempoh penjagaan adalah selama 6 bulan dan dijangka akan bermula pada hujung Mac 2008. Untuk maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi saya di alamat emel: fajaril@yahoo.com.

Sekiranya terdapat di kalangan anda yang berkeinginan untuk merasai kehidupan di UK, maka ini adalah salah satu peluang yang amat berharga.

Diharapkan juga kepada rakan-rakan yang lain dapat membantu saya menghebahkan makluman ini. Segala jasa baik dan bantuan daripada kalian, adalah amat dihargai.

Sekian, wassalam.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

14 comments

  1. Chentahati says:

    Dulu masa saya berhenti kerja di tempat lama, sepupu saya pun begitu juga ajak saya duduk di Australia selama mana dia belajar. Untuk menjaga anak dia yang 3 orang itu!

    Tapi saya tak mau, sebab masa tu rasa tak yakin je boleh menghabiskan masa dengan kanak2 lebih dari 5 jam sehari.

    Sekarang ni tak kisah, tapi sudah ada komitment lain..nanti ku maklumkan kepada kawan2 ok!

    22-11-07 at 8:35 am

  2. kosong says:

    count me in… hehehehe

    22-11-07 at 3:12 pm

  3. bear says:

    saya nak…bleh x?

    22-11-07 at 4:42 pm

  4. kosong says:

    bear:
    tak boleh. saya dah chup dulu… kekekeke

    22-11-07 at 5:42 pm

  5. JIMI says:

    Semoga berjaya dalam “pencarian” itu Fajar.

    Kalau ikutkan hati, Jimi nak jugak memohon nih.Hik hik.

    22-11-07 at 8:08 pm

  6. rudy says:

    eh nett pun? jangan pajarr… aku risau anak kau kena dera dia muahahahahahaha. anak aku pun dia sakat sampai nangis… habislah najla…kuang3x wakakaakak :p

    23-11-07 at 8:24 am

  7. bear says:

    serius nih… saya nak..
    erm.. cik fajar, dah ada candidate ni.. ada 3 org yg minat dah ni.

    23-11-07 at 3:08 pm

  8. kosong says:

    ok la pajar…tak jadik.

    sekian, terima kasih.

    utk bear, semoga berjaya

    23-11-07 at 5:54 pm

  9. zahila says:

    hehe.. :)

    24-11-07 at 7:43 am

  10. ika says:

    Fajar,

    Just nak pesan, make sure individu yang bakal diemploy tuh, has been interviewed and vetted.

    Ada kes kat sini, budak2 yang dah dibawa sini untuk jadi pembantu menjaga kanak-kanak nieh, abuse the parents trust etc dan cuma ingat nak holiday jer kat sini rather than easing the burden.

    so make a wise choice.bukannya murah pun nak buatkan visa and bring them over etc.

    good luck with the search tho! seronok jadi nanny nieh :)

    25-11-07 at 7:06 pm

  11. Nizam says:

    Fajar,

    Actually u boleh amik helper for more than 1 year. Kalau dah jumpa orang yg betul nak, then boleh try mintak working holiday permit. Helper tu nanti boleh dapat visa for 2 tahun. lebih bagus dari 6 bulan sekali tukar orang.

    26-11-07 at 7:02 am

  12. WaWa says:

    masa family saya di manchester dulu, diaorang bawa seorang pembantu rumah Indon. tapi visa dia ditanggung juga lah. tapi masa kami buat trip ke Paris, dia tak boleh ikut. tak tahu apa masalahnya.

    26-11-07 at 7:43 pm

  13. Rissa says:

    Saya berani menyahut cabaran Bang Bang Boom! :)

    28-11-07 at 2:40 pm

  14. che su says:

    adik nk!!!!!

    21-07-08 at 9:29 am

Leave a comment