29-11-07

Sejadah Plastik

Posted in bicara by fajr'

Hampir setiap hari, kami terpaksa bangun seawal jam 5 pagi. Pada waktu begini, perkara yang lebih menyeronokkan adalah bersembunyi di dalam duvet. Menjauhkan diri dari rasa sejuk yang mencengkam. Walau bagaimanapun, tubuh tetap dipaksa untuk terus bingkas ke bilik air dan seterusnya menyiapkan diri. Demi mencari rezeki di bumi orang.

Di musim dingin begini, waktu malam dirasakan agak panjang. Oleh itu, waktu subuh masih belum masuk sewaktu kami sudah keluar ke rumah. Kami tinggalkan Najla yang masih lena beradu. Kadangkala, terasa kasihan melihatkan anak kecil yang masih belum mengerti kenapa ayah dan ibunya tidak menemaninya tidur hingga jaga seperti selalu. Namun itulah pengorbanan yang harus dilakukan oleh kami sekeluarga.

Sementara ada orang yang menjaga Najla buat masa ini, kami sama-sama keluar mencari peluang menambahkan duit saku. Duit itu nanti bakal digunakan untuk urusan orang menjaga Najla dan saat-saat terdesak. Aku tidak mahu peristiwa duit simpanan kami habis sama sekali kerana tanggungan kos hidup di sini berulang kembali.

Selalunya, pada waktu pagi, operasi bas tidak banyak seperti biasa. Maka, kami harus mengejar masa. Takut pula kalau ketinggalan bas yang menuju ke pusat bandar. Jika tidak, kami terpaksa menunggu lebih kurang 20 minit lagi. Nescaya kami akan lewat ke tempat kerja.

Sebaik tiba, kami terpisah dengan tugas masing-masing. Aku terus bergegas ke bilik yang menempatkan pelbagai barang-barang untuk proses pembersihan. Aku capai plastik transparen putih baru yang digunakan untuk mengisi sampah dari kotak. Aku persiapkan barang-barang seperti bahan kimia pengilat lantai, pengilat cermin, mesin pengilat lantai dan juga penyapu jenis kain berbentuk huruf T. Apabila lengkap semuanya, aku bawa terus turun ke aras yang sudah ditugaskan untuk aku. Aras ini dipenuhi dengan barang-barang hiasan dan keperluan rumah, serta pakaian tidur wanita.

Aku letakkan barang-barang di satu sudut. Lantas, aku menuju di celah-celah rak baju tidur yang agak tersorok. Aku bentangkan plastik putih sebagai alas untuk aku menunaikan solat. Mujur juga pada awal waktu begini, muzik masih belum berkumandang. Dapat juga aku mencari ketenangan.

Plastik putih itu akhirnya digunakan untuk mengisi sampah-sampah yang ada pada hari itu. Kemudian, ia akan dibuang ke dalam tong sampah di luar bangunan. Esok hari, plastik baru akan diambil untuk dijadikan sejadah terlebih dahulu.

Tidak pernah terlintas di dalam fikiran bahawa aku akan menunaikan solat dalam keadaan begini. Tetapi, ini adalah satu harga pengalaman yang agak bernilai. Mungkin tidak semua orang akan dapat merasainya. Apatah lagi, ini merupakan salah satu siri dan cebisan hidup aku dan keluarga di sini. Demi berjuang mengharungi kehidupan. Di mana-mana saja tidak menjadi persoalan asalkan dapat menunaikan tanggungjawab yang sememangnya satu kewajipan.

Kadang-kadang, aku terasa seperti hidup yang dilalui di sini bagaikan satu rutin yang begitu sama. Namun, mengeluh adalah satu tanda putus asa. Jika aku merasakan diri aku susah, dapat aku lihat ada orang yang lebih susah daripada aku. Maka, pada saat begini, hanya kepada-Nya aku mengharap agar segalanya dipermudahkan.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

13 comments

  1. wife says:

    TUHAN…diri MU pemilik kedamaian,
    Diribaan Mu kebahagiaan
    Tiada lagi rasa kesangsian di hati ini
    Rela pasrahkan kehidupan
    mengharungi cabaran
    rintangan perjalanan di hadapan…

    Semakin jauh ku dari MU semakin dekat pula KAU menghampiri daku

    Semakin cuba ku dekati Semakin kuat pula KAU mendugai aku..
    Oh! TUHAN…

    Sungguh, kerdilnya diriku dihadapan MU

    Doa dan titis air mata ini dalam mendamba rahmat kasih MU selamanya…

    29-11-07 at 1:54 am

  2. Azhar Ahmad says:

    Tersentuh sungguh dengan entri ni….

    29-11-07 at 4:04 am

  3. Chentahati says:

    ya..betul..tersentuh betul … Anis sabar ek! Nanti jadi makin kurus pulak…

    Tak per terus berusaha…

    29-11-07 at 8:31 am

  4. ayobkelubi says:

    begitulah yang pernah aku rasa,bila duit elaun dah abis,nak mintak org tua,segan.sudahnya jadi macam kau tapi berbaloi duit tu digunakkan untuk beli barang2 keperluan sendiri,tak guna duit kerajaan.

    kat boots ker fajar?.ker superdrugs?.

    kalau musim panas jgn lupa kejer ladang stroberi,masyuk!. ;P

    29-11-07 at 10:15 am

  5. rudy says:

    Samalah Fajar. Sama2 pernah merasa solat di atas sejadah plastik sblm memulakan kerja partime dulu. InsyaAllah, ko jaga solat n selalulah zikir. Allah akan bantu ko banyak nanti. Duha jangan lupa Fajar. Aku dah bagi kan doa khas tu? Jgn putus asa. Duduk kat tmpt org walau jauh pun dr Malaysia, Tuhan lebih dekat dgn kita. Lebih dekat dari urat merih kita. DIA ada. Jgn susah hati.

    29-11-07 at 11:36 am

  6. Abu Bazli says:

    Most geologists view crude oil and natural gas as the product of compression and heating of ancient organic materials over geological time

    29-11-07 at 1:04 pm

  7. Abu Bazli says:

    See? Compression and heating over geological time… tekanan yg tinggi menghasilkan sesuatu yg sangat berharga, Subhanallah…

    29-11-07 at 1:04 pm

  8. badril says:

    that’s the spirit, bro!

    29-11-07 at 5:15 pm

  9. JIMI says:

    Sabar dan tabah ya Fajar. moga barakah dan rezeki nanti berlipat ganda.

    29-11-07 at 5:45 pm

  10. ihsan says:

    Crazy Spots I’ve Prayed [nasyeed by Dawud Wharnsby Ali]

    All the earth is a place of prostration,
    Every field and meadow, mountain, park, city, farm plantation.
    Every roadside, seaside, hillside, walkway,
    Any place clean and green can be a place to pray
    When I think of every path, where I’ve ever trot,
    I laugh at all the crazy spots I stopped to worship God.
    Remember that long car ride?
    Driving all night so far,
    Under the summer moon we pulled off to the side,
    Reclining in the front seat of the car.

    Waking to a fajr bird sound,
    And washing in the coin car wash we found.
    With the water blaster making wudhu,
    You sprayed me and I sprayed you.

    We stood so drowsy in the dawn,
    Behind the car wash dripping on the lawn.

    All the earth is a place of prostration,
    Every field and meadow, mountain, park, city, farm plantation.
    Every roadside, seaside, hillside, walkway,
    Any place clean and green can be a place to pray
    When I think of every path, where I’ve ever trot,
    I laugh at all the crazy spots I stopped to worship God.

    Saturday shopping day, in a busy mall and bustling through the aisles,
    Where everyone’s getting in my way.
    Each blank zombie we shop and face forty smiles.

    Time comes for prayer attack,
    Grab a pair of pants or a sweater from the rack.
    Find a changing room and latch the door,
    Set aside excuses and hit the floor.

    As I go back to the mall,
    It’s easier then to make sense of it all.

    All the earth is a place of prostration,
    Every field and meadow, mountain, park, city, farm plantation.
    Every roadside, seaside, hillside, walkway,
    Any place clean and green can be a place to pray
    When I think of every path, where I’ve ever trot,
    I laugh at all the crazy spots I stopped to worship God.

    And our socks froze to the blanket,
    That we spread over the snow,
    Your call to prayer bounced off the trees and across the icy meadow.
    Crisp and clean cold air, our hearts were so aware,
    Our bodies felt the frozen freedom what a very cool place for prayer!

    All the earth is a place of prostration,
    Every field and meadow, mountain, park, city, farm plantation.
    Every roadside, seaside, hillside, walkway,
    Any place clean and green can be a place to pray
    When I think of every path, where I’ve ever trot,
    I laugh at all the crazy spots I stopped to worship God.

    There was a time next to the river;
    There was a time in the school hall.
    There was that stairwell in that building,
    There was that forest in the fall.
    The movie house corridor,
    The airplane kitchen in the sky.
    So many places I’m sure there’ll be more
    Pieces of earth to testify.

    All the earth is a place of prostration,
    Every field and meadow, mountain, park, city, farm plantation.
    Every roadside, seaside, hillside, walkway,
    Any place clean and green can be a place to pray
    When I think of every path, where I’ve ever trot,
    I laugh at all the crazy spots I stopped to worship God.

    30-11-07 at 9:11 am

  11. aliff says:

    That’s the spirit!

    30-11-07 at 12:18 pm

  12. elaira says:

    tabah fajar… insyaAllah semuanya akan baik-baik saja…. my prayers always with u…

    02-12-07 at 10:11 pm

  13. azra says:

    Fajar n Anis..
    InsyaAllah..
    jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia…
    Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
    Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
    Allah bersamamu untuk menenangkanmu..
    Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
    Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu..
    Ketika segala sesuatu berjalan lancar, dan kau merasa ingin mengucap syukur…
    Allah telah pun memberkatimu..
    Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
    Allah sudah membuka matamu dan memanggil namamu..
    Oleh itu, ingatlah bahawa di mana pun kau berada..
    Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

    29-01-08 at 7:05 am

Leave a comment