03-12-07

Hijrah Musim Sejuk

Posted in bicara by fajaril

Pada waktu begini, aku buat satu keputusan yang tidak sama sekali dijangka. Berpindah keluar dari rumah Lorna ke rumah lain. Sangat kebetulan, seorang kawan aku di sini ingin keluar dari rumahnya. Dalam masa yang sama, rumah itu adalah agak baik dan selesa jika dibandingkan dengan rumah sekarang. Sudah tentu, keputusan untuk keluar rumah ini tidak disenangi oleh Lorna pada mulanya memandangkan aku tidak memberikannya notis selama 1 bulan.

Tapi, aku juga agak geram kerana dia turut memberikan notis kenaikan sewa apabila tinggal 2 minggu kontrak tamat. Sekarang, aku dan dia bertarik tali untuk mendapatkan semula deposit rumah. Mudah-mudahan pintu hatinya terbuka untuk menyerahkan semula wang deposit itu. Secara bertulis, aku ternyata tidak melanggar sebarang kontrak yang ditandatangani.

Sayang juga sebenarnya melepaskan rumah berkenaan yang sememangnya cantik. Cuma, tingkap yang sekadar satu lapis cermin menjadikan rumah itu sangat sejuk walaupun dipasang pemanas. Hinggakan posmen pun sudah begitu mengenali pintu rumah kami untuk menghantar sebarang urusan surat dan pos. Sekiranya berpindah, banyak urusan yang perlu diselesaikan berhubung dengan soal bil, tukar alamat dan sebagainya.

Semalam, aku bertungkus lumus mengemas barang untuk berpindah ke rumah yang baru. Tidak jauh pun, hanya di sebelah pintu. Dan sememangnya urusan berpindah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Dari barang besar hinggalah ke barang yang kecil. Segalanya perlu cermat agar tidak ada yang ketinggalan.

Cuma satu saja perkara yang terpaksa aku hadapi - berurusan dengan tuan rumah Sikh yang penuh putar belit. Mujur juga rumah dia sangat cantik dan selesa. Setidak-tidaknya, hati ini agak terpujuk.

Penat semalam masih belum hilang. Nanti-nanti, akan aku kongsikan gambar. Barang di rumah masih belum dikemaskan.

Yang penting, hati terasa lapang dan tenang. Sekurang-kurangnya buat masa ini.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

11 comments

  1. WaWa says:

    memang perkara leceh kalau terpaksa berpindah randah. nasib baik tidak jauh. :)

    masa famili di manchester, wang sewa rumah perlu di bayar cash setiap bulan sebabnya orang pakistan tu tak mahu dikenakan apa-apa tax kalo wang sewa di bank in. mereka ini kadang2 leceh juga.

    p/s: en fajar ada guna apa-apa plugin untuk header tu tak?

    03-12-07 at 10:04 pm

  2. rudy says:

    Dialah Pembuka Jalan kekusutan. Dialah sebaik2 perancang untuk kebaikan hambaNYA. Selamat berpindah Fajar.

    04-12-07 at 8:54 am

  3. MEERO says:

    pindah rumah eh paja… mcm mana view umah baru….

    04-12-07 at 12:44 pm

  4. xis says:

    Fajar
    when I was in the States, if I remember it correctly, I moved in and out about 7 times within 5 years… the last one I stayed with an Indonesian friend, and the one prior to that was all by myself. :)

    04-12-07 at 1:27 pm

  5. JIMI says:

    mesti penat dan letih kan, berpindah randah.nevertheless, semoga lepas ni kesulitan tak timbul menyusahkan fajar dan family lagi.

    04-12-07 at 4:24 pm

  6. badril says:

    alhamdulillah, semoga selesa dan sesuai di rumah baru.

    05-12-07 at 4:56 am

  7. elaira says:

    akak pernah kongsikan puisi ini pada nett (versi lain) dan pada unsunghero ketika mereka berpindah rumah dan kerja… kini tibalah masa untuk akak kongsikan dengan fajar pula.. :)

    pindah

    ada masa kita perlu berhijrah, agar hidup berubah
    angin yang lain, lain pula pesanannya
    lingguk ilalang yang lain, lain pula ceritanya
    debur ombak, kicau burung dan sinar mentari pun tampak berbeza
    tanpa kita sedar, kita sebenarnya perlu semua itu

    memulakan yang baru selalu mencabar
    tetapi begitu pula keseronokannya
    meninggalkan yang biasa tidak semestinya lupa
    ada bekas, ada tanda pasti teringat jua

    05-12-07 at 6:06 pm

  8. aliff says:

    semoga bahagia di rumah baru!

    05-12-07 at 6:48 pm

  9. Zahila says:

    memang penatnyer lah sungguh pindah rumah ni.. aku pon ni hah baru gak pindah rumah dan ada pulak ura-ura kena pindah lagi. huhh!! ambik pics tu bebanyak skit fajar.. nanti tempek ye

    05-12-07 at 9:01 pm

  10. Ahmad Azrir Nordin says:

    Hoi….aku ni azrir…sekarang di Leeds…phone 07776491446….ko di scotland?? Where in Scotland??? Aku akan bercuti di Edinburgh and Glassgow during Christmass….salam

    06-12-07 at 5:35 am

  11. Azhar Ahmad says:

    OWhhh… kan dah kata… setiap kesabaran tu… pasti ada hikmahnya…

    07-12-07 at 3:40 pm

Leave a comment