03-01-08

Mencari Semangat

Posted in kerja i by fajaril

Setelah seminggu lebih aku bercuti panjang, maka hari ini adalah hari untuk memulakan aktiviti utama seperti biasa. Aku datang semula ke makmal yang telah lama aku tinggalkan. Meja dan kerusi masih sama terletak begitu. Begitu juga dengan fail dan kertas yang bersepah-sepah. Tidak sempat aku kemaskan sebelum memulakan cuti.

Betapa sukarnya untuk mendapatkan dan mencari semula semangat kerja ini. Apatah lagi mencari momentum yang telah lama ditinggalkan. Bayangkan, seminggu lebih bercuti, tidak aku sentuh langsung segala kerja-kerja yang ada. Jika dibawa pulang sekalipun, malas sekali untuk dibuka. Masa banyak dihabiskan untuk berehat dan menonton. Mengharapkan agar cuti itu berpanjangan. Bermula dari krismas hinggalah dibawa ke tahun baru.

Cuti yang panjang lepas pun aku tidak ke mana-mana. Sekadar merehatkan diri di rumah. Pada malam tahun baru, aku sekeluarga hanya duduk bersama di rumah. Memanfaatkan masa yang ada. Tidak terlintas langsung untuk berjaga malam untuk meraikan tahun baru. Apatah lagi keluar rumah meninjau pertunjukan bunga api. Malam itu, aku tidur awal. Cuma, di malam hari aku terjaga mendengar jiran di atas rumah berpesta menyanyikan lagu tahun baru. Saat itu barulah aku tersedar bahawa malam itu adalah malam tahun baru.

Bukan mudah mencari semangat yang tercicir entah di mana. Namun apabila mengenangkan hidup ini satu perjuangan, maka aku tabahkan hati mendapatkannya semula. Apatah lagi tiada siapa yang ambil peduli jika aku tersungkur di sini. Biar apa terjadi, aku harus buktikan yang aku masih punya kudrat dan kekuatan. Apabila mengenangkan satu aktiviti utama bagi pelajar seperti aku yang akan berlangsung tidak lama lagi, sedikit sebanyak segala inspirasi itu kembali. Menjana minda yang begitu lambat menghangatkan diri di dalam kesejukan di benua ini.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

3 comments

  1. rudy says:

    ko buat yg terbaik. jgn lupa tuhan sentiasa ada. lebih dekat dgn urat merihmu. aku doakan. moga kekuatannya dipinjamkan sedikit kpdmu.

    04-01-08 at 1:00 pm

  2. azah says:

    Fajar..moga semangat dan momentum cepat datang, moga semua keje dpt dilaksanakan, moga tahun baru memberikan seribu kemanisan…aku pun masih tercari2 momentum itu, cepatlah datang….

    05-01-08 at 7:13 pm

  3. aliff says:

    never quit! never give up!

    08-01-08 at 2:03 am

Leave a comment