Menghembus Dingin Salji Kepada Kamu
Suatu hari, aku pergi mencari salji. Jauh ke bahagian utara Scotland. Di Cairngorm, antara kawasan tinggi yang dilitupi ais. Bertebaran warna putih di sekitar. Hawa sejuk menyelubungi.
Lalu, aku titipkan pesanan ringkas kepada beberapa orang teman di Malaysia. Bagaikan cuba mengirimkan rasa sejuk dan dingin salji dari puncak kepada yang jauh. Pesanan asal itu, tercatat di sini.
Sedetik kemudian, aku menerima balasan daripada Rudy,
“Ya. Datang bersama sms kau tadi. Beku. Terlalu rindu musim putih - fuyu Fukushima. Bergembiralah Jar. Tapi awas. Telinga, kaki dan tangan mengebas”
Juga dari Kak Elaira,
“…telah tiba dingin dan bayu yang dikirimkan. KL sejuk hujan dan rembulan mengambang. Moga sejahtera kalian sekeluarga.”
Oh ya. Nett, itu untuk kau. Bukankah kau berpesan untuk mengirimkan salji? Salji ini dari puncak Cairngorm!
* Prelude untuk entri Kembara Ke Cairngorm.
[+]


Azhar Ahmad says:
Owh, nak pergi ke Mekah….
Mekah dah turun salji….
Mekah dah banjir…
Tanahnya bakal subur…
Apakah tandanya itu….
p/s Sesekali berfikir…
21-01-08 at 2:21 pm
BLUEHIKARI » BAYU DINGIN DARI SCOTLAND says:
[...] Aku balas sms itu di sini. [...]
22-01-08 at 1:07 am
ayobkelubi says:
aku rindu nak tergolek mencium jalan akibat salji mencair dan kerana tapak kasut ku haus
dan
rindu nak main perang depan kampus tatkala salji turun.
saljiiii!!!.
22-01-08 at 7:56 am
Khairyn says:
setahun lebih di sini.. tak explore lagi highland. Tak main lagi salji di Cairngorm, tak jelajah lagi ke aviemore..
entah bila.
22-01-08 at 8:34 am
AhTok says:
Edinburg kat Scotland kan kan kan?
22-01-08 at 9:20 am
zahila says:
salji..
bila dengar, tengok gambar mcm teruja giler nak bertapak di atas salji… bila dah sampai pulakk sejuknyer la pulakkk tak sabar nak masuk rumah balik dok dpn heater..
hopefully aku sampai sana 1day, insyaallah.
enjoy ur life kat sana fajar!
22-01-08 at 2:21 pm
nett says:
aku telah terima salji tu.
terima kasih…
ekekkeke
23-01-08 at 8:27 am
LeaveftReaf says:
Hi
As newly registered user i just wanted to say hello to everyone else who uses this forum
19-12-08 at 11:55 am