14-02-08

Semakin Jauh Perjalanan Ini

Posted in bicara by fajaril

Hari ini, tiba-tiba aku didorong untuk membuka semula ruangan guestbook sejak blog ini mula-mula ditulis. Secara teknikalnya, bukanlah yang pertama. Walau bagaimanapun, ruangan tersebut telah ditutup kerana pihak yang memberikan khidmat ingin menamatkannya secara rasmi. Sedih juga apabila diberitakan tentang penutupan itu kerana banyak sungguh nostalgia yang telah diukir di dalam guestbook berkenaan. Mujur juga beberapa minggu sebelum servernya ditutup, semua pemilik guestbook dapat memuat turun segala entri yang ada di dalamnya.

Hari ini, kebetulan pula ingin mencari nama insan mulia di dalamnya. Secara tidak langsung, aku dapat mengimbas kembali coretan yang pernah orang tuliskan kepada aku. Apabila membacanya semula, dapatlah aku mengerti kenapa dan mengapa aku tidak pernah berhenti menulis blog ini. Kata-kata semangat yang pernah diberikan merupakan satu hadiah yang agak istimewa. Barangkali, sesetengah mereka sudah terlupa apa yang pernah dituliskan di dalamnya. Dan sebahagian besar daripada mereka sudah ‘hilang’ bersama masa.

Aku tersenyum membaca reaksi yang pernah dituliskan di dalamnya. Dalam masa yang sama, terfikir juga apakah yang telah aku tuliskan hingga mencetuskan kata-kata sebegitu daripada orang yang membacanya. Dan aku tidak pasti samada gaya tulisan aku sekarang mempunyai warna yang sama seperti dulu. Barangkali sudah jauh.

Seperti perjalanan hidup ini, semakin hari semakin jauh. Meninggalkan begitu banyak cebisan memori. Dalam meneruskan kehidupan ini, tidak semua kenangan dapat dibawa. Ada yang dapat disimpan. Ada yang terbang bersama angin. Ada juga yang hilang. Ada juga menjadi usang.

Namun begitu, yang usang itu mampu menjadi bara apabila diingati semula.

Adakah kamu bisa mengingati kembali setiap detik yang telah dilalui? Atau masa telah mencurinya dari kamu?

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

8 comments

  1. Azhar Ahmad says:

    Untuk mengingati detik,
    Letih otak berdetik,
    Hingga badan menggeletik,
    Dek penatnya jiwa berputik.

    Jadi kita perlu catat,
    Detik-detik yang berselirat,
    Agar jadi titian sirat,
    Untuk masa depan yang lebih hebat…..

    14-02-08 at 8:05 pm

  2. napang says:

    fajar,

    begitulah kehidupan

    15-02-08 at 2:12 am

  3. aliff says:

    Bawa buku nota kecil ke mana-mana…

    15-02-08 at 2:30 am

  4. Chentahati says:

    masih ingat tapi banyak yang dah lupa..

    Sadis kan?

    15-02-08 at 3:44 am

  5. Abu Bazli says:

    Hahah aku tak boleh lupa dgn mamat yang baca buku Jurassic Park the lost world yang berjiran dgn katil aku masa BTN dulu

    15-02-08 at 7:42 am

  6. syia says:

    kalau syia tengok apa syia tulis dulu rase nak tergelak pun ade.. kadang2 bile pandang balik belakang rase cam diri ni ‘bodoh’ :)

    15-02-08 at 2:55 pm

  7. SangPelangi says:

    Wah.. aku tak pernah baca guestbook mu.. teringin nak baca!! teringin!!

    16-02-08 at 3:47 pm

  8. WaWa says:

    erkkk! dah tak boleh download lagi ke? alahai! baru tau! iskh iskh. camne boleh tak tau ni?? pergi web tu tadi tengok macam takde tempat login lagi dah. aiyo~

    23-02-08 at 2:54 pm

Leave a comment