24-02-08

Seketika

Posted in bicara by fajr'

Hidung ini masih lagi diselaputi lendir hingus. Nampaknya sudah lebih seminggu aku terpaksa menelan dan membuat bunyi menarik mukus dari turun mengalir membasahi. Keadaan menjadi agak rumit apabila aku cuba menyiapkan laporan sebaik mungkin. Sudah berapa kali kepala ini akan beku untuk mencerna bahan-bahan rujukan menjadi satu. Pening kerana selsema. Juga pening kerana proses menulis yang agak tidak sempurna.

Secara tidak disedari, kita sudah berada di penghujung minggu. Nampaknya, bulan Februari sudah masuk ke minggu terakhir. Cepat sekali masa berlalu. Lebih-lebih lagi, terlalu banyak yang perlu disiapkan segera. Mana dia laporan. Mana dia keputusan simulasi. Mana dia program yang tidak berjaya run. Bagaimana aku harus bernafas dengan lega dengan keadaan sebegini.

Buat penat saja aku mengangkut fail tebal yang penuh dengan kertas rujukan yang boleh digunakan untuk menyempurnakan laporan aku. Tapi, begitu sukar rasanya menjalin kata. Badan dan otak aku hanya mahu berehat di hujung minggu.

Aku telan pil jenama Lemsip. Aku terpengaruh dengan iklan di tv yang menunjukkan orang yang mengalami demam dan selsema menjadi baik keesokan paginya setelah menelan pil berkenaan. Sudah habis satu papan pil aku telan. Virus ini masih terlalu manja dan begitu kuat melekat dengan aku. Barangkali kerja-kerja pagi sebagai tukang cuci yang memaksa aku bermain dengan habuk dan debu membuatkan badan aku tidak kebal.

Buat seketika, aku terasa bagaikan terjaga dari mimpi yang panjang. Entah apa yang aku kerjakan sepanjang minggu lepas hingga begitu banyak tugas tidak selesai. Telah aku cuba sedaya yang mungkin. Barangkali aku harus curahkan tumpuan dan semangat lebih berganda.

Graf prestasi aku agak menurun sejak kebelakangan ini. Keadaan ini membuatkan aku jadi tidak gembira. Tiba-tiba aku rasa bersalah kepada diri sendiri.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

3 comments

  1. FIR says:

    Same feeling here… sooo in blue :-P

    25-02-08 at 11:50 am

  2. Azhar Ahmad says:

    En Fajar, cuba berteleku dalam 5 minit selepas doa lepas sembahyang. Masa tu, cik fajar fuba fikir balik, antara waktu solat sebelumnya, sehingga solat yang terkini. Apa yang cik Fajar dah lakukan. Jika ada silap, istighfar, jika mendapat sesuatu ucakan syukur….

    Sesungguhnya, dia Maha Pengasihani…

    25-02-08 at 5:05 pm

  3. aliff says:

    Sabar bro! Mohon kemudahan dariNya!

    26-02-08 at 12:22 pm

Leave a comment