05-03-08

Kental

Posted in rasa by fajaril

Cukup. Demikianlah hati aku memujuk akal dan fikiran. Barangkali ramai lagi yang mengalami breakdown seperti ini. Apatah lagi, kalau melalui hidup sebagai pelajar post graduate. Bezanya adalah bagaimana untuk menanganinya. Aku harus mewajarkan keadaan. Dan hanya aku saja yang mampu menyelesaikan masalah ini. Apabila berada dalam keadaan tertekan dan penat, semua perkara boleh menjadi isu. Masalah dari kecil hingga ke besar menjadi satu.

Aku tidak mahu menjadi lemah dan menyerah kalah. Ini perjuangan yang tidak seharusnya dipersiakan. Barangkali, aku harus pinjam semangat Artakus. Hati mesti cekal. Jiwa mesti kental.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

3 comments

  1. Mr Ah Fa says:

    Hohoho, jgn begitu kawanku, kunyahlah coklat semahu mu.

    Semoga ke-biru-an itu terubat seketika disebabkan perubahan hormon.

    Cool gituuu :-D

    05-03-08 at 3:28 pm

  2. deej says:

    be srong fajar. remember what little frodo had achieved in middle earth. depite being a hobbit

    05-03-08 at 9:01 pm

  3. Azhar Ahmad says:

    Saya faham perasaan cik fajar… Faham sangat… Cik, fajar perlu beri masa untuk otak berehat sebentar,,,

    06-03-08 at 5:20 pm

Leave a comment