06-03-08

Salji Di Musim Bunga

Posted in bicara by fajaril

daff.jpg

Daffodil sudah mula berkembang di sekitar Glasgow. Satu petanda bahawa musim bunga sudah pun bermula. Melihatkan transisi perubahan dari satu musim ke musim adalah satu perkara yang menyedarkan diri bahawa betapa teraturnya hukum alam mengikut apa yang telah diciptakan-Nya. Dalam masa yang sama, aku menjadi tidak sabar untuk mengharap agar datangnya musim panas. Moga dapat membawa pergi kedinginan yang ada selama ini. Melihatkan warna-warna kuntuman bunga sedikit sebanyak menawarkan rasa hangat ke dalam diri. Setidak-tidaknya, mengubat kerinduan kami kepada keluarga dan teman yang jauh di mata.

Namun begitu, hari Isnin yang lalu, secara tiba-tiba salji berguguran di Glasgow dan sekitar Scotland. Alangkah terkejutnya aku melihatkan laluan pejalan kaki di depan pintu rumah menjadi putih diselaputi salji. Seingat aku, ini adalah kali kedua salji mewarnai rona putih di persekitaran di musim sejuk ini. Tidak dapat aku nafikan bahawa rona putih ini memberikan satu cetusan rasa yang berbeza. Jika tidak, yang terbentang di depan mata hanyalah warna suram. Seolah-olah warna putih membersihkan kecelaruan yang ada, biarpun untuk seketika.

Memandangkan hari itu aku terpaksa melalui rutin harian seperti biasa, maka niat untuk bermain salji dipendamkan saja. Tambahan pula, banyak perkara yang harus diselesaikan. Lagipun hari berkenaan aku berada dalam mood yang lain daripada biasa.

Salji kali ini lebih lebat daripada sebelumnya. Salji berguguran agak lebat hingga ke tengahari. Namun, ianya tidak terus menutupi muka bumi dengan warna putihnya. Sebaik saja gugur, ianya sudah terus mencair.

Barangkali cair bersama semangat aku pada hari itu.

Photo: © Craig Tuttle/Corbis

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

7 comments

  1. Azhar Ahmad says:

    Uhhhh, cantik sungguh suasan yang enchek cerita….

    06-03-08 at 1:41 pm

  2. caza says:

    You captured it greatly. Bleh nampak the snow crystal/shape.. Miss those time when i can feel the snow, look on the lovely crystal..

    06-03-08 at 2:17 pm

  3. WaWa says:

    ok. enchek azhar ahmad dah ikut style saya eja “encik”. haha.

    erkk.. scotland turun salji? sini dah takde dah salji2. walaupun boleh dikatakan kita dah biasa jumpa salji, tapi masih cemburu juga bila salji secara tiba-tiba turun di glasgow pada bulan mac!

    06-03-08 at 7:32 pm

  4. rudy says:

    jaaa, perbualan bermakna malam tadi. terima kasih kerana sudi berkongsi rasa yg menhunjam gundah di hatimu. Salam utk anis dan najla.

    07-03-08 at 1:26 am

  5. aliff says:

    indah sungguh, subhanllah. Namun mengapa gundah gulana?

    07-03-08 at 4:51 am

  6. blackpurple says:

    Cantik bunga itu. Cantik salji itu. Cantik cerita itu. Cantik.

    07-03-08 at 5:10 am

  7. Mohd Ismail says:

    foto tu sangat kool.. sbb nampak partikel salji.. simetri beliau sgt mentarek.. :)

    07-03-08 at 4:31 pm

Leave a comment