17-03-08

Campak

Posted in kerja i by fajr'

Tugasan itu cuba disiapkan dengan sebaiknya. Harus diakui, ianya tidak sempurna. Dalam masa yang sama, terpaksa juga melihat tugasan orang untuk mencari jalan keluar agar tidak buntu. Setelah bersusah payah menyiapkannya, maka tugasan itu dicetak dengan sebaiknya.

Akhirnya, tugasan itu dihantar secara by-hand kepada pensyarah berkenaan.

Tapi, apakah yang kau rasa, sekiranya tugasan itu hanya diselak sepintas lalu dan dia berkata bahawa tugasan itu tidak menepati kehendaknya. Kemudian, tugasan itu dicampak di muka pintu hingga terkoyak beberapa helaian muka suratnya. Lebih menyedihkan, tindakan di luar dugaan itu bagaikan menjadi tontonan orang. Semua mata memandang. Dapatkah kau menahan perasaan dan memujuk hati agar bersabar?

Ini bukan fiksyen. Ini satu pengalaman yang aku lihat di depan mata. Mujur bukan di sini. Tapi, suatu ketika dulu, sewaktu aku sedang menjalani dunia master. Aku begitu kasihan dengan pelajar berkenaan. Secara terang-terangan dia dimalukan. Aku cukup tersentak dengan tindakan dia. Patut sungguhlah dia menjadi bahan cerita oleh pelajar-pelajar kerana panas barannya. Entah berapa bakul sumpah telah dicampakkan kepadanya. Kalau benar pun tidak suka atau tidak puas hati, ada lebih banyak cara yang tidak memalukan.

Entah kenapa, secara tiba-tiba peristiwa ini timbul di ingatan. Yang pasti, ini bukan satu inspirasi.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

3 comments

  1. rudy says:

    aku ingat supervisor ko buat mcm tu… eiii..seram. tp org putih xmacam tuh. dorg masih hormat org lain. xmcm bangsa kita… sesama bangsa pun nak sombong.

    18-03-08 at 1:54 am

  2. fajar says:

    rudy, supervisor aku ni baik. sgt btuah dpt dia. dan yg main campak2 pun bukan supervisor lama aku. tp, ada la sesorg yg pernah diceritakan dlm blog ni dulu.

    18-03-08 at 10:34 am

  3. aliff says:

    tugasan kena campak tidak pernah merasa, namun fail kerja dicampak ke muka dah rasa! orang lain makan nangka orang lain kena getah! ngeri!

    19-03-08 at 11:39 am

Leave a comment