Cuti & Penalti
Cuti selama empat hari, termasuk hari Sabtu dan Ahad bersempena hari Easter. Sejak minggu lepas lagi, bermacam-macam bentuk hiasan dan coklat berbentuk telur dijual untuk meraikan hari Easter ini. Ramai yang menggunakan kesempatan cuti yang agak panjang ini untuk berjalan-jalan. Tetapi, aku dan keluarga hanya banyak meluangkan masa di rumah. Lagipun, keadaan yang agak sejuk membuatkan kami agak malas untuk menawarkan badan digigit kedinginan.
Meskipun ada cuti untuk merehatkan badan dan minda, namun tugas sebagai pencuci sambilan di gudang membeli belah itu tidak terhenti. Dalam masa setahun, mereka hanya menutup kedai selama 2 hari! Mereka memang mengutamakan keuntungan maksima. Oleh yang demikian, mahu atau tidak, aku terpaksa juga bekerja pada hari-hari berkenaan kecuali hari Sabtu memandangkan cuti aku jatuh pada hari berkenaan.
Kebiasaannya, pada hari Ahad, aku akan bawa kereta ke tempat kerja kerana parking adalah percuma pada hari berkenaan. Jika tidak, bayaran yang dikenakan adalah agak mahal. Bayangkan, bayaran untuk parking itu saja sudah boleh digunakan untuk membeli seekor ayam. Lagipun, pada hujung minggu, bas kurang kerap seperti biasa.
Hari ini, Isnin - masih lagi hari cuti buat kami di sini. Lalu aku bawa kereta seperti semalam. Tiba di tempat parking, hati aku berkira-kira adakah bayaran parking dikenakan pada hari cuti? Aku mula membuat wajaran. Untuk menyedapkan hati, aku bayar juga bil parking di mesin automatik yang berdekatan. Notis berupa pelekat dikeluarkan untuk diletakkan di cermin hadapan kereta. Satu saja masalah, masa yang dicatatkan pada pelekat itu kurang beberapa minit dari masa aku tamat bekerja. Maka, aku tawakal sahaja. Moga-moga tidak dikenakan apa-apa.
Sebaik tamat saja bekerja, aku terus menuju ke kereta. Tanpa disedari, salji berguguran. Patutlah rasa sejuk saja kebelakangan ini.
Tiba di kereta, aku terlihat satu helaian bersalut dengan plastik diselitkan pada pengelap cermin hadapan kereta. Ah, sudah. Aku kena denda!
Di notis berkenaan, dicatatkan kesalahan kerana ‘parked after expiry of paid for time’. Huh!. Hati sudah mula menyumpah.
“The owner of the vehicle is required to pay the penalty charge of £60 before the end of the period of 28 days beginning with the date of Notice. The penalty charge will be reduced by one half to £30 if payment is received before the end of the period of 14 days beginning with the date of the Notice.”
Aku pulang ke rumah dengan hati yang muram. Diiringi dengan rintik-rintik salji yang berguguran. Isteri aku hanya berkata, “Bayar sajalah bang. Jangan sedih. Mungkin Allah nak beri benda yang lebih baik.”
Maka, aku terus buka internet dan buat bayaran secara online. Nampaknya gaji 3 hari aku selama cuti ini digunakan untuk membayar penalti parking sahaja!

JIMI says:
Adoi, rugi duit habis begitu sahaja, bukan?
24-03-08 at 2:29 pm
FIR says:
Laa… so sorry to hear that. Nevertheless, that’s life.
24-03-08 at 11:42 pm
rudy says:
Ok. Macam ni, aku rasa corak pemikiran kau kena ubah semasa di tanah orang. Kita kat Malaysia masa tidak begitu diambil kira. Puctuality not so a problem here. But there, setiap minit dikira. Jadi lewat sket ko akan kena denda. Mas aitu emas. Pound itu keringat. Manfaatkan Jar…moga tabah lagi dan lagi.
25-03-08 at 1:29 am
asuhara sue says:
ini kiranya pelajaran baru kan?
Kuatkan semangat bila bayar RM420/210 tu ye!
Ada hikmahnya tu..
25-03-08 at 2:54 am
bad says:
hmmm tidak sebodoh aku yg dah byr,ambik tiket parking,but instead of displaying the ticket on the dashboard,aku masukkan dlm poket dan blah.ye la,aku kena kat gombak je,tp duit gak.
25-03-08 at 11:33 am
aliff says:
sabar bro! ada hikmahnya hal ini. Dulu dlm rotu, lewat seminit, 30-60 push up perkara biasa!
25-03-08 at 12:05 pm
fajr' says:
tapi’kan hari itu adalah bank holiday. patutnya, cuti-cuti bagi la free kan? takpe la, satu pengajaran!
25-03-08 at 7:47 pm