26-03-08

Cinta Yang Tidak Mencukupi

Posted in rasa by fajr'

Seseorang meluahkan rasa hatinya kepada aku. Katanya, penat sungguh memberikan rasa cinta kepada orang yang tidak sedikit pun membalasnya. Dalam erti kata lain, bertepuk sebelah tangan.

Aku hanya mampu berkata, ’sometimes love just ain’t enough’. Seperti lagu Patti Smith dan Don Haley itu.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

12 comments

  1. Azhar Ahmad says:

    Katakan padanya, kau akan bertmu jua cinta sejati nanti. Setiap orang yang berusaha ke arah kebaikan, pasti akan dapat ganjaran akhirnya. Cuma paling penting, niat mesti betul dan lurus…

    26-03-08 at 8:15 pm

  2. aliff says:

    ye benar sekali abang azhar!

    27-03-08 at 2:04 am

  3. Abu Bazli says:

    mana ada orang beli rumah, bayar dgn rumah? nak dapat degree, belajar guna kertas sekeping tu? nak cinta, berikan la kebahagiaan…

    27-03-08 at 5:22 am

  4. Chentahati says:

    Terpana dengan kata-kata Abu Bazli

    27-03-08 at 8:36 am

  5. indera says:

    Perihal cinta adalah sesuatu yang sangat rumit. Cinta tidak boleh diberi sewenang-wenangnya juga tidak mungkin diterima andai hati tidak sudi. Cinta tidak semestinya bersatu tetapi yang sebenar adalah apabila kita mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk orang yang dicintai. Bergembira untuknya apabila dia gembira, bersedih di saat dia dirundung duka. Cinta adalah memberi tanpa mengharap balasan namun menerima dia yang dicintai dengan seadanya dia. Cinta tidak harus ada sebab. Kerana apa? Kerana itulah CINTA

    Cinta teragung adalah cinta kepada Yang Maha Esa..

    -Wira Dewa Cinta- :b

    27-03-08 at 8:44 am

  6. maryam says:

    Bukan cinta yg tak mencukupi, tapi hati yg tak memahami

    27-03-08 at 3:13 pm

  7. saharil says:

    lagu patty smith, ‘love just ain’t enough’, kalau ikut liriknya, aku rasa, bukan bermaksud ‘cinta yang tak cukup’ tetapi ‘cinta sahaja tak cukup’.

    bak kata abu bazli - kena ada value added, tidak cukup sekadar cinta.

    27-03-08 at 5:47 pm

  8. zahila says:

    kesian juga yer….
    bila cinta tak berbalas

    30-03-08 at 1:47 pm

  9. asuhara sue says:

    pada saya, biar cinta tak berbalas, dari pura-pura kata cinta untuk sedapkan hati sebelah pihak.

    Kenyataan yang pahit biasanya akan lebih meneguhkan seseorang.

    01-04-08 at 1:37 am

  10. emelly says:

    kerana cinta, kita sanggup berkorban, namun akhirnya dikorbankan… adakah terlalu memberi kasih, cinta dan pengorbanan membuatkan tidak dihargai/taken for granted?? silapkah kerana terlalu mencintai? untuk apa? bila pengorbanan yang mencinta tidak dinilaikan sewajarnya oleh yang dicintai..lalu semua menjadi hampa.

    02-04-08 at 5:20 pm

  11. fajr' says:

    azhar & aliff: kalau orang itu baca entri dan komen di sini, diharapkan dia dapat mengambil intipatinya.

    abu bazli: yup, i do AGREE with u. kau selalu buat aku berfikir dengan ’statement’ yang diberikan.

    Chentahati: betul kan?

    indera: wah, indera wira dewa cinta? bukan mudah untuk menzahirkan rasa cinta yang sebenar itu bukan?

    maryam: hati yang tidak memahami memerlukan sesuatu untuk difahami. masa dan ruang. dan juga yang paling penting, luahan yang dinamakan kejujuran.

    saharil: kalau ikut maksud lagu, memang dinamakan cinta saja tak cukup. tapi, tajuk entri ini sengaja dibuat begitu. tapi, saharil perasan la pulak ye!

    03-04-08 at 12:45 am

  12. fajr' says:

    zahila: pernah merasa keadaan itu. malu pun ada juga.

    asuhara sue: yang pahit itulah lebih baik untuk ditelan. dari manis yang akhirnya merosakkan diri.

    emelly: tidak salah untuk mencintai lebih dari mencukupi. tapi, kena berhati-hati memberi. takut dipulangkan dengan hati yang terluka. biarlah berpada.

    03-04-08 at 12:48 am

Leave a comment