Mencari Rezeki
Satu baldi berwarna merah diisikan dengan air. Kemudian dua setengah pam bahan kimia bernama Cascade dicampurkan dengannya. Sarung tangan getah berwarna merah menyaluti kulit tangan. Lap berwarna merah diambil untuk kegunaan mengelap. Jangan lupa pula mop berwarna merah untuk mencuci lantai. Kod warna merah untuk tandas. Demikianlah satu contoh tugas yang menjadi rutin sampingan aku di sini pada setiap pagi, kecuali di hujung minggu.
Nampaknya, sudah masuk minggu kedua aku mula bekerja sambilan di tempat yang baru. Minggu sebelumnya, aku mengikuti latihan bagaimana membersih dengan cara yang baik dan betul. Bayangkan, kerja sebagai tukang cuci saja sudah ada latihan selama seminggu (3 jam sehari). Sewaktu kursus berkenaan hanya ada 5 orang saja yang menghadirinya, iaitu mereka yang bakal memulakan kerja di tempat berkenaan. Ternyata, mereka di sini begitu mengamalkan tahap piawai yang agak tinggi. Barangkali, ada yang ketawa jika diberitahu bahawa kami akan diuji dan dinilai melalui latihan ini.
Latihan ini bukan sekadar memberi maklumat saja. Malahan, setiap daripada kami akan diuji dan diberikan maklumbalas, samada lulus atau gagal pada setiap tugasan yang diberikan. Bermula dari membersihkan lantai, mengemop, mengelap, membersihkan tandas dan bilik mandi, mengilatkan lantai dan lain-lain lagi. Setiap tugasan mempunyai prosedur yang harus diikuti termasuklah kod keselamatan. Jangan sangka kerja sebagai cleaner adalah satu kerja yang remeh!
Pelbagai aspek pembersihan diperkenalkan bermula dengan cara membancuh bahan kimia bersama air hingga teknik mengendalikan mesin-mesin yang digunakan untuk mencuci. Harus pula diingat bahan kimia yang digunakan. Yang mana untuk kegunaan umum, yang mana untuk tandas. Begitu juga dengan jumlah bancuhan. Warna baldi dan kain yang digunakan haruslah mengikuti kod warna yang ditetapkan. Mujur juga pengalaman bekerja sebelum ini membuatkan aku lebih berkeyakinan dan tidak teragak-agak setiap kali diuji.
Sejujurnya, aku merasakan bahawa pengalaman sebagai tukang cuci sambilan di sini adalah amat berharga. Selain tugas hakiki di dalam dunia akademik, tugas aku sebagai pencuci sambilan ini memberikan satu persepi berbeza tentang kehidupan. Seringkali juga kita meletakkan bahawa kerja pencuci ini berada di kelas yang terbawah. Kadangkala, dilupakan langsung. Bayangkan kalau kita hidup tanpa tukang cuci. Adakah staf di pejabat sanggup angkat lengan baju untuk mencuci tandas?
Di tempat kerja aku sebelum ini, kebanyakan staf di tempat berkenaan bagaikan tidak pernah mengakui kewujudan ‘kami’ sebagai tukang cuci di situ. Kadangkala, kami diibaratkan seperti makhluk yang harus dijauhi. Jarang sekali mereka mahu menyapa. Cuma, ada juga yang memahami dan tidak menafikan kehadiran kami di situ.
Tetapi, di tempat baru ini, terasa kerja tukang cuci ini sekurang-kurangnya lebih dihormati. Bahkan suasana kerja yang tenang dan tidak menekan. Apabila kita berada di tempat yang dikatakan ‘kelas bawahan’ ini, barulah kita akan lebih menghargai tentang apa yang pernah dilaksanakan oleh orang lain. Di mana-mana organisasi sekalipun, setiap entiti mempunyai sumbangan yang tersendiri.
Berada jauh di bumi orang membuatkan jiwa ini jadi lebih kental. Biarpun di dalam iklim yang jauh berbeza dari kampung halaman, namun ia tidak pernah mematahkan semangat untuk mencapai impian. Dalam yang sama pula, peluang untuk mencari rezeki terbuka jika ada kemahuan. Selagi ada kudrat. Pengalaman mencari rezeki di bumi orang membuatkan aku lebih insaf. Bahkan lebih menghargai setiap titik peluh dan keringat yang mengalir.
Photo by: © Anousch K./Corbis

aminbakish says:
Tukang cucika, tukang sapu ka, kuli tukang masak Indon ka, tukang tiket bas ka.. mereka pun orang jugakan.. Tak rugi berkawan dengan mereka.
Saya pernah tinggal handphone, dicarinya saya untuk dipulangkan. Saya pernah dapat pelam free, saya selalu dapat harga murah bila makan-makan, saya juga pernah naik bas free kerana berkawan dengan mereka.
17-04-08 at 1:26 pm
rudy says:
fajar, now u realize apa yg pernah aku tulis pd tahun 2001 dahulu. ya, hidup ini sejarah yang berulang-ulang. menarik bukan?
setiap pekerja mmpunyai sumbangannya dlm organisasi/komuniti, aku setuju ini.aku ingat kata2 ini komen drpd rafthah bamheid di entri aku pengemoplantai thn 2001 itu. masih basah dlm ingatan.
17-04-08 at 3:40 pm
Khairyn says:
kalaulah aku belajar setekun aku bekerja. Alahai..
17-04-08 at 10:35 pm
Abu Bazli says:
teringat setahun jadi bangla kat mobil dulu… betapa rendah pandangan mereka2 yg berkereta besar kepada budak pam minyak nih…
18-04-08 at 4:19 am
aliff says:
pernah kerja jual kotak, (ala-ala surat kabar lame!)
orang gelakkan saya!
jadi budak pam minyak, orang kaya dgn kad kredit maki saya bila kadnya kena reject! (kad tak bayar!)
18-04-08 at 6:36 am
Jimi says:
Besar betul pengorbanan Fajar untuk melangsungkan penghidupan di sana ya. Saya kagum, Fajar.
18-04-08 at 1:31 pm
emelly says:
sungguh jujur dan telus. nyata pasrah. lantas puas. hati kemas
18-04-08 at 6:12 pm
kak sue says:
tak rugi kita berbaik dgn sumer org. kak sue selalu berborak dgn operator2 di tmpt kerja yg semuanya dr luar (Bangla,Nepal, Vietnam).
Mengetahui cerita mereka buat hati insaf bgmana peritnya mencari rezeki di tmpt org. Seperti Fajar sekarang.
Agak bgmn kalau diri sendir yg melalui?
19-04-08 at 3:27 am
asuhara sue says:
lagu ini ditujukan khas pada Fajar dan yang seangkatan dengannya……
Impian Anak Jalanan
Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup
Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana
Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup
Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman
-kembara
20-04-08 at 9:23 am
fajr' says:
aminbakish: sebenarnya kita tak rugi juga utk berkenalan dgn sesiapa pun selagi tidak melepasi batasannya.
rudy: ya, ingat dan faham. hehehe. seblm ni pun aku baik2 je tau dgn makcik cleaner kat tempat kerja. sbb usia dorang lebih kurang dgn mak dan kakak aku je.
khairyn: ha’ah. betul tu. kalau la study lbh rajin dan displin betul2.
21-04-08 at 1:13 pm
fajr' says:
abu bazli: sungguh, aku ingat kenangan yg diceritakan. hingga kehilangan sebuah motor berkuasa tinggi?
aliff: maklumlah, kdgkala org2 mcm ini terlupa hakikat kehidupan. bila mereka di bawah, barulah sedar. kan?
jimi: begitulah kehidupan. kena kuat dan tabah menghadapi apa saja. moga dipermudahkan utk hari-hari mendatang.
emelly: tekad, reda dan tabah. juga tawakkal kpd-Nya
kak sue: skrg sy rasa apa yg mereka rasa. sbb trasa mcm pendatang la pulak. (er, mmg pun!)
asuhara sue: oh terima kasih dgn lirik ini. sgt bermakna sekali. apatah lagi bila kena sgh dgn suasana dan apa yg dirasa.
21-04-08 at 1:16 pm
cyMa says:
di hentian ini
tertinggal dlm kesunyian
di hentian ini
bermacam bayang menjelma
kau nyalakan cinta
terbakar jiwa yg begini
kau curahkan rasa
hanyut di lautan api
sedang aku berkelana
pahit manis erti rindu
hingga aku diasyikkan
sejuta mimpi
sebuah mahligai impian
akan ku turuti
walaupun aku
tak tahu lagi ke mana arahnya
tak ingin aku
hancur sendiri
dimakan waktu
kau di mana jua
terdamping di hatiku
kau apapun kita
tetap di hentian ini
-hentian ini-
26-06-08 at 2:16 am