Yang Tertanggal
Jam sudah menghampiri angka 6 petang. Siaran televisyen saluran Cbeebies sudah pun menayangkan lagu ‘Good Night’, sebagai tanda bahawa siaran saluran itu sudah pun tamat untuk hari ini. Seharian sudah saluran itu dipasang untuk tontonan Najla. Tidak dapat dinafikan, bahawa siaran di Cbeebies banyak memberikan pendedahan dan informasi yang berguna kepada kanak-kanak yang sebaya dengan Najla. Banyak juga perkataan yang dipelajari oleh Najla melaluinya. Ada Mr Tumble, pekan berwarna warni di Ballamory, aksi di Lazytown, menari sambil bersenam, belajar memasak dan yang paling menarik perhatian Najla, adanya lagu-lagu Nursery Rhyme. Sebelum ini, siaran di BabyTV menjadi pilihan kerana lebih memberikan input yang lebih menarik. Memandangkan kotak decoder TV bermasalah, maka hanya siaran percuma sahaja dapat diterima.
Sebaik saja siaran di Cbeebies tamat, maka aku segera menukar siaran di saluran lain. Selalunya aku akan memilih saluran di Five, ITV2 atau BBC. Bergantung kepada saluran yang memberikan cerita yang menarik. Walau bagaimanapun, sebaik saja menukar siaran di saluran ini, aku harus berhati-hati dengan apa yang disediakan. Kebiasaannya, dari cerita hinggalah kepada iklan memaparkan aksi yang hanya sesuai ditonton oleh golongan dewasa sahaja.
Dari cerita yang murni hinggalah kepada paparan yang agak kontroversi. Segalanya ada dihidangkan melalui siaran di sini. Yang penting, bagaimana mahu menapisnya. Iklan-iklan yang menunjukkan perempuan atau lelaki separuh berpakaian adalah dianggap normal. Mungkin untuk sesetengah orang, ia adalah satu perkara yang menyeronokkan. Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, paparan yang berbaur seks dan menampakkan tubuh badan adalah satu perkara yang biasa. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil seperti aku, sudah tentu bersiap sedia untuk mengawal paparan yang bakal ditayangkan. Menutup tv terus mungkin satu jalan yang mudah, tetapi itu bagaikan mengisyaratkan mata untuk tidur. Rugi juga tidak menonton atau mengambil tahu apa yang berlaku menerusi televisyen.
Ada juga paparan yang menarik perhatian aku, seperti bagaimana isu pembedahan plastik menjadi pilihan ramai orang untuk menjadi lebih baik dan cantik. Maka, ada siri yang menonjolkan bahagian-bahagian tubuh manusia itu diubah. Dari yang gemuk kepada kurus. Dari yang kecil menjadi besar. Itu belum lagi dengan satu siri yang menunjukkan bagaimana pembedahan alat kelamin manusia untuk menukar jantina. Perkara yang selalu sekadar dibaca atau didengar, kini dipaparkan secara langsung.
Dalam siri How To Look Good Naked yang dikendalikan oleh Gok Wan, habis semua wanita yang dipilih untuk paparan siri itu dibogelkan demi memanifestasikan bahawa tubuh badan yang sedia ada patut dihargai tanpa perlu diubah atau dibedah. Maka, ramai juga perempuan yang sebelum ini tidak berkeyakinan dengan tubuh badan mereka ditelanjangkan oleh Gok Wan bagi memberikan persepi baru kepada diri mereka terutamanya dari segi berpakaian. Keberanian mereka mungkin boleh dipuji kerana sanggup menunjukkan hampir 80% inci tubuh mereka dipertontonkan oleh mereka yang menyaksikannya di saluran tv mereka.
Lebih merungsingkan jika terdapat cerita di tv yang menunjukkan aksi ciuman atau ranjang. Harus segera ditukar ke siaran lain. Aku difahamkan terdapatnya satu siri dokumentasi yang memaparkan adegan seks secara terbuka atas dasar pendidikan. Menontonnya saja sama seperti melihat kisah ‘biru’. Tidakkah benda itu terlalu keterlaluan?
Maka setiap kali paparan yang menunjukkan aksi wanita atau lelaki hanya berpakaian dalam, segera aku dan ibu Najla menjerit kepadanya, “Najla, tutup mata!”
Atau tangan aku segera menutup matanya sambil berkata, “No, don’t look. It’s not good! Shy“.
Apabila munculnya paparan sebegitu lagi, Najla sendiri berkata, “Eei, not good kan ayah? Shy“. Sambil tangan kecilnya diletakkan di matanya bagi menghalang pandangan ke skrin televisyen.
Pernah juga Najla menangis kerana agak ‘terkejut’ dengan teriakan aku. Kasihan sungguh kerana dia tidak bersalah langsung. Tapi selalunya itu adalah tanda dia menangis manja. Lain sedikit gayanya.
Satu hari, sewaktu berjalan bersama Najla ke pasaraya Somerfields, tiba-tiba saja Najla bersuara, “Ayah, not good. Shy“.
Lalu mata aku tertumpu pada arah tangan yang ditunjukkan Najla. Satu poster yang tertampal di dinding pasaraya berkenaan. Gambar artis Bollywood, Shilpa Shetty yang berpakaian sari moden yang seksi dengan menampakkan pusat. Mujur juga Najla sudah memahami batas-batas aurat sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan dia akan terus dilindungi dan dirahmati-Nya dari dicemari dengan budaya yang tidak baik. Apatah lagi dalam arus dunia moden yang semakin lama semakin mencabar.
JIMI says:
Bagus, di sana ada lembaga penapisan yang sangat “tegas”, iaitu ayah najla, dan mama najla. huhuhu.
Bagus tu Fajar, terangkan kenapa tak elok tengok, so theyll understand.
21-04-08 at 1:55 pm
asuhara says:
yup, setuju dengan jimi (hahaha walaupun saya belum ada anak, anak menakan adalah!)dan jangan lupa ajarkan anak untuk x bercakap dengan orang yang tak dikenali ya…
p/s: sesame street lah yang banyak membantu saya dulu-duluuuuuuuu!
22-04-08 at 2:02 am
indera says:
Terlepas satu entri…
Mujur sahaja di tanahair, gejala ini agak terbatas. Namun pemantauan yang teliti pada anak-anak tetap harus berterusan. Gejala ada di mana-mana. Tugas ibubapa adalah mendidik dan mengasuh anak-anak dalam memilih baik buruknya kehidupan.
Errrr… Mesti best kan Fajar, dapat tengok tu suma? Aisehh.. kenapa la Mesia takde tu suma… Hehehehehe… gurau je!!!
Kalau saya di tempat Fajar pun mungkin sukar mengekang maksiat mata..
22-04-08 at 2:43 am
Abu Bazli says:
cikgu aku ada pesan, kejahatan tak boleh dipadamkan, tapi hanya boleh ditegah supaya ia hanya berada di sempadannya… exact words dia ialah “It is important to fight, and fight again, and keep fighting, for only then can evil be kept at bay.” -Albus Dumbledore. masa tu aku sekolah kat hogwarts… hehehe
22-04-08 at 2:53 am
ayobkelubi says:
betul lah…citer2 kat sana lepas tgh malam mmg boleh bikin hati panasaran.hahahah..lagi lah time tu baru nak naik…siap hafal rancangan apa utk hari apa lagi…tapi itu duluuuuuuu…
22-04-08 at 9:08 am
aliff says:
bagus bapa dan mama najla nih!alhamdulillah!
22-04-08 at 1:21 pm
rudy says:
kat Malaysia pun skrg ni sama sahaja. bezanya di depan mata di khalayak. huhuhuhuhu… sama2lah kita usaha.
23-04-08 at 3:19 am
fajr' says:
abu bazli: kejap, bila lak ko register ke Hogwarts? ko ada guna jam yang Hermione pakai ke? fuh!
25-04-08 at 12:55 pm