24-04-08

Lagu

Posted in bicara by fajr'

Entah bila agaknya Najla mendengar lagu itu. Tiba-tiba saja, dia menyanyikan korus lagu No One dari Alicia Key. Lirik yang berulang-ulang membuatkan dia cepat mengingati lagu itu. Semasa kami menonton American Idol, dia turut sama menyanyikan lagu Jolene. Begitu cepat sekali dia menyerap.

Satu hari, semasa di dalam kereta, radio Clyde memutarkan lagu terbaru Mariah Carey, Touch My Body. Tajuk dan liriknya saja sudah memberikan persepi yang cukup luar biasa. Bahkan begitu kontroversi, biarpun dikatakan oleh penyanyinya lirik dan muziknya adalah sekadar suka-suka. Sebaik tamat lagu itu, Najla terus mengulangi korus lagu itu.

Nampaknya lagu sebegitu harus ditahan terus masuk ke deria Najla dan persekitarannya. Selepas ini, aku harus berusaha kuat untuk memperbanyakkan lagu-lagu dari Al-Quran. Biar meresap terus ke akar hati dan mindanya.

Berat sungguh tanggungjawab seorang ayah.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

13 comments

  1. napang says:

    begitulah kehidupan

    25-04-08 at 4:29 am

  2. inaz says:

    cubalah cari cd islamic for kids, ada byk which their song very attractive… eg we are muslim I/II, one of the yusof’s islam song (cd, but cant remember the cd’s title, my kids love the mother’s song!)

    25-04-08 at 11:12 am

  3. fajr' says:

    napang: kena jadi ayah baru tahu rasanya bagaimana! ahaks.

    kak inaz: apa kabar kak inaz? wah, lama betul x dgr cerita. akak kat mana actually? actually, sy ada gak cd islamic (vcd Iqra’) dari Malaysia. nanti nak cari juga cd yg akak maksudkan. it is a vcd or just a cd music?

    25-04-08 at 12:52 pm

  4. zulfadli says:

    dendangkan lah lagu kegemaran pn anis.. haha

    25-04-08 at 2:06 pm

  5. Abu Bazli says:

    bukan setakat sumber2 luaran, kata2 kau dan isteri pun kena jugak berhati2. biasanya mereka akan ulang kembali apa yg kita cakap pada waktu yg tidak kita jangkakan hehe…

    25-04-08 at 4:40 pm

  6. megat says:

    benar! itu adalah antara input yang mudah masuk ke dalam fikiran anak-anak kita.

    kena sentiasa bijak memainkan peranan.

    itulah tanggungjawab ibu bapa

    26-04-08 at 8:05 am

  7. asuhara says:

    nasyid yusof islam pun best!
    teringat anak kawan saya menyanyi2kannya sambil mengemas mainannya.. cute!

    27-04-08 at 2:42 am

  8. napang says:

    kena jadi ayah?

    hahaha

    x lama lagi… skit jer

    27-04-08 at 4:05 pm

  9. inaz says:

    wahh! ingatkan tade yg ingat kita lagi hehehe.. yes im the ‘kak inaz’

    btw, we are muslim (I/II)tuh cd music, boleh main kat cd player dlm kereta. islamic english song. dulu akak beli kat london mosque. not sure kat glasgow mana nak cari. heheheh tapi kat msia dah ada. cd iqra’ pun bagus…..

    ps: dah selamat kembali ke msia… :) kembali mengajar spt fajar dulu :)

    28-04-08 at 3:07 am

  10. Has Cardiff says:

    Kalau nak rancangan TV Islamik, boleh google for peace TV. Tengok online. Banyak juga rancangan kanak2.

    Selamat menonton!

    29-04-08 at 9:51 am

  11. fajr' says:

    zul: ada juga dendangkan. tajuk lagu: Ayah Ibu. awak pernah dgr tak? syahdu!

    abu bazli: betul tu. kena berhati-hati sgt. pernah sekali, dia ajuk semula kata-kata kami waktu marah kat dia. pergh… sentap rasanya. kena baik2 lps ni.

    megat: peranan ibu bapa mmg penting. secara teorinya mmg mudah. tp, nak melaksanakannya perlukan kesabaran yg tinggi.

    asuhara: mmg teringin nak cari nasyid yusuf islam tu. nampaknya cara termudah, beli online!

    napang: serius?? bila? tak bgtau pun. takkan diam2 kot?

    29-04-08 at 4:14 pm

  12. fajr' says:

    kak inaz: mesti la ingat. wah, nampaknya akak sudah memulakan karier ya. tahniah kak. moga dpt berbakti. byk pahalanya tu. sy ni, baru nak merangkak. kena menuntut dr kak inaz nih. ada tips?

    Has Cardiff: terima kasih atas makluman. wah, menarik tu. tak terlintas pulak nak search online. tp, kena tunggu hjg minggu, sbb broadband rmh br nak disambung.

    29-04-08 at 4:16 pm

  13. rizwan says:

    this is nice website.

    http://www.watchislamictv.com

    08-11-08 at 5:31 pm

Leave a comment