Meraikan Mentari Musim Bunga
Hujung minggu yang lalu, bumi Glasgow dilimpahi cahaya matahari. Suasana begini amat jarang dirasai. Hangat mentari membawa rasa gembira. Tiada awan mendung yang berarak di dada langit. Bagaikan membawa duka jauh-jauh.
Di kesempatan itu, kami membawa Najla keluar berjalan di sekitar bandar dan meraikan rasa syukur atas nikmat yang diberikan. Dan Najla begitu gembira berlari-lari di sekitar taman kecil ini. Warna bunga-bunga di sekitar mencalitkan rasa ceria dan menyapa pandangan mata kami dengan senyuman.
Alangkah baiknya jika cuaca selalu seperti ini.
Namun begitu, beberapa hari selepas itu Glasgow kembali suram. Awan kelabu menyelubungi. Tiba-tiba saja, dia menangis lebat.

aliff says:
bestnyer!
02-05-08 at 1:44 am
kak sue says:
cantiknya najla secantik tulip yg berwarna warni tu. teringin nk tengok tulip yg betul depan mata.
02-05-08 at 2:08 am
Abu Bazli says:
hmmm cemburu aku… cemburu sungguh… aku cemburukan kamera kau. nak beli satu tapi memandangkan tahun ini ialah tahun pindah rumah, kena tunggu la tahun depan kot.
02-05-08 at 2:29 am
indera says:
Warna-warna ceria sang flora bagaikan lenyap ditelan oleh seri Najla. Comelnya dia. Sudah besar. Sudah boleh bertunang….
02-05-08 at 2:32 am
bayah says:
cantiknya najla…dia dah besar
semoga hati fajar sekeluarga terus tersenyum walaupun glasgow hujan lebat…
02-05-08 at 4:00 am
chentahati says:
Semakin manis Najla. Dah besar dah dia…
Rajin ibu dia ikatkan rambut. Anak kita, mak kita tak larat nak ikatkan rambut
terus potong pendek rambutnya. Ibunya la yang meraung. Anaknya ok je …!
02-05-08 at 9:58 am
fajr' says:
aliff: best yg mana? bunga?
kak sue: bunga tulip kat sini tak sebanyak di belanda. tp, boleh la kalau setakat nk tgk warna dia yg bervariasi. dan bkn skadar tulip saja yg cantik. ada byk bunga lain yg menawan.
abu bazli: apalah sangat dicemburu kamera aku tu. hehe. bila ada mood, rajin betul snap gambar. Insya Allah, nanti boleh dptkan satu kot. Tak pun, ambik mcm D40 ke, murah sket.
indera: bertunang? (gurlppp). terkedu sy dibuatnya. belum masanya. dan belum berdaya membayangkan apabila detik itu tiba.
bayah: terima kasih. moga2 kami diberi kekuatan utk terus mengharungi kehidupan di sini.
chentahati: sebenarnya, Najla x suka langsung ikat rambut. kalau kat rumah, dia suka biarkan rambut dia begitu saja. smp ibu dia rimas. bila ada sesuatu utk dia, barulah dia rajin nak ikat rambut.
02-05-08 at 5:21 pm
WaWa says:
najla comel, dan glasgow pun cantik. hujung tahun ni nak jalan2 kat glasgow. boxing day kat glasgow juga. hehe.
04-05-08 at 1:21 pm
tipahlawa says:
Manisnya anak dara Fajar & Anis…Makin besar Najla, makin cantik.. Mewarisi kecantikan ibunya..
Harap dia juga mewarisi jiwa kental ayahnya ye Fajar!
06-05-08 at 5:49 am
Suzana says:
Owhhh…Anak dara yg sungguh manis.Dan pastinya seorang anak yang bijak seperti Ayah dan Ibunya
06-05-08 at 11:57 am
SangPelangi says:
Wahh.. blog ini telah menyorot kisah hidup anak beranak dengan penuh dramatik. Hehe..
Dari sekecil-kecil bayi, hingga menginjak semeter tinggi, tumbesaran anak disaksi oleh kami semua.
Aku akan menguatkan semangat untuk terus berblog sehingga berkahwin dan punya anak. Barangkali sehingga cucu agaknya. Amin.. haha..
08-05-08 at 12:49 pm
fajr' says:
Wawa: Wah, jd ke nak dtg Glasgow nanti? Keep in touch. Boleh singgah rumah. Ok?
tipahlawa: Terima kasih tipah. Moga cantiknya dari luar dan dalam. Insya Allah, sejak kecil dia terdidik untuk ‘berkorban’. Harapnya dia lebih menghargai segala pengorbanan yang telah dicurahkan.
Suzana: Terima kasih. insya Allah, moga2 dia lebih bijak dari kami.
SangPelangi: Dramatik? Terima kasih kerana turut setia membaca coretan di sini. Insya Allah, selagi terdaya dan diizinkan-Nya, kami akan kongsikan cerita buat sahabat semua.
08-05-08 at 1:16 pm