Lambaian Pertama
Saat pertama melihatmu,
hati diterpa seribu rasa,
ini hadiah,
ini anugerah,
buat kami dari Yang Esa.
Hadirmu,
membawa khabar gembira,
menghembus semangat,
pada diri yang sedang berjuang.
Lambaianmu penuh mesra,
mengusik sanubari,
buat kami yang sabar menanti.
Sayang,
sepenuh hati,
kamu dinantikan!
Glasgow,
14-05-08.
[+]
Kini, dapat kami lihat bentuk tubuh kecilmu. Selama ini, hanya tersembunyi di balik lapisan kulit dan rahim ibu. Adakah kaki dan tangan itu yang selalu bergerak-gerak di malam hari? Adakah siku itu yang bergesel setiap kali ibu sedang berehat? Adakah kaki itu yang bertindak balas apabila ayah mengusapmu dari perut ibu? Adakah tangan itu juga yang bergerak-gerak setiap kali ibu bersolat dan membaca kalam-Nya?
“Dapatkah kau dengar bicara kami, duhai anakku?
Dapatkah kau dengar pesan dan panggilan dari kami?
Dapatkah kau dengar gurau senda dari kakakmu?
Bisakah kau dengar rajuk seorang kakak menanti kehadiranmu?
Kami di luar ini, selalu menghimpun doa buatmu,
hingga tiba detiknya kau bersedia bernafas sendiri,
di bumi Tuhan yang luas ini.”
Sukar sekali untuk diterjemahkan apa yang bertandang di hati kami. Tiada baris mahupun kata mampu menzahirkan segenap rasa itu. Apatah lagi pada saat melihatkan imbasan gambar tubuh kecilnya itu. Rasa keharuan dan kesyukuran menyelubungi jiwa.

aminbakish says:
Semoga selamat semuanya. Tahniah Fajar.
15-05-08 at 12:44 am
asuhara says:
wahhh najla nak jadi kakak…
baby glasgow la ni ek…
omedetooo…
p/s: perjuangan sudah berganda ni!
15-05-08 at 1:04 am
kosong says:
tahniah pajar..tahniah… jadi anak omputeh la nanti
15-05-08 at 1:30 am
kosong says:
elo testing testing.
kenapa aku antar tadi dia takde kat sini?
huh?
anyway…selamat dpt baby baru. tahniah tahniah
jadi anak orang putih la nanti.
15-05-08 at 1:35 am
Unsunghero says:
Tahniah Fajar
15-05-08 at 1:44 am
aliff says:
hmm, najla jadi kak long nanti..
tahniah, semoga semua selamat. sudah berapa bulan?
15-05-08 at 1:48 am
kak sue says:
haa..kn betul apa yg kak sue kata ari tuh.
fajar tu muntah2, pening2 sbb mabuk larr tuh.
anyway..
tahniah.
15-05-08 at 1:51 am
napang says:
omedetou…
15-05-08 at 6:41 am
zulfadli says:
tahniah.. moga2 segalanya berjalan lancar.. dan dimurahkan rezeki hendaknya..
15-05-08 at 7:21 am
voice says:
Alhamdulillah…:)
15-05-08 at 4:07 pm
khaleel alyasini says:
Alhamdulillah, mendoakan kejayaan dari M’sia.
15-05-08 at 7:41 pm
applephye says:
..tahniah fajar!!..
16-05-08 at 1:17 am
Naples-newyork says:
Congrats!
dekat ny skrg. I.Allah smpi LHR hr sabtu now. Xsbrnye nak hapdet… Tp blik ni kena start start tulis paper lak.. Huhu
16-05-08 at 1:22 am
Indera says:
Ahahahahahaha….
Tahniah Fajar, kerna bakalan menerima kedatangan orang baru. Mudah-mudahan dengan kehadirannya, rumahmu akan bertambah seri sinar dengan cahaya kebahagiaan dan Rahmat Allah… Amin.
16-05-08 at 2:41 am
bear says:
Salam..
cik.. Tahniah..
terkejut tgk tadi..
heheh
16-05-08 at 3:57 am
mamalisa says:
tahniah!!! tumpang gembira, semoga selamat lahir dgn sempurna insyaAllah.
16-05-08 at 5:39 am
tipahlawa says:
Taniah Fajar & Anis and lovely kakak Najla..
Bile due nya fajar… Tipah insyallah bln Ramadhan kali ni.. Hehehe.. Tgh memikir puasa2 yg bakal diganti.. Apapun.. Moga segalanya selamat..
16-05-08 at 8:56 am
Chentahati says:
Alhamdulillah…!!!
Berkali-kali berkata Alhamdulillah…! InsyaAllah, rezekinya akan bertambah dan berganda..
Alhamdulillah..Rasa macam nak menitik air mata! Emo nya kita!
16-05-08 at 9:35 am
Abu Bazli says:
begitu lah… Maha Suci Allah yang menjadikan kita dari tiada kepada ada… tahniah, bakal Koperal…
17-05-08 at 4:14 am
rudy says:
perghhh omedetou!jelesnyaaaaaa. ayooo… aku kalah ni. moga aura ini menyelinap masuk ke rahim mama hiro. aminnnn!!!
17-05-08 at 2:08 pm
megat says:
alhamdulillah bakal memikul tanggungjawab yang penuh dengan pelajaran utk melengkapkan sifat-sifat kemanusiaan dalam diri kita.
tahniah, semoga semuanya berjalan dgn lancar… amin.
17-05-08 at 7:01 pm
Suzana says:
Tahniah, Alhamdulillah. Tumpang gembira dari jauh
p/s:Tetiba rasa teruja nak mengandung lagi!
18-05-08 at 2:43 am
rissa says:
congrats bro fajar…
18-05-08 at 7:12 am
izanazrin says:
congratulations… but … bukan untuk menakutkan, tapi sebagai panduan,… bersedialah secara mental dan fizikal apabila mendapat anak kedua nanti… satu kejutan selalunya akan dirasakan pada peringkat 6 bulan kelahiran anak kedua dimana teralu banyak yang perlu diadjust sehingga menimbulkan sedikit ketegangan dalam rumahtangga… doa banyak2 pada tuhan minta dipermudahkan peringkat awal permulaan hidup berempat nanti… things will get better when the second one reaches 1 year… it wont be easy, banyakkan tanya pendapat mereka yang telah berkeluarga ttg cara2 menangani perubahan sikap anak sulung semasa mendapat adik… memerlukan kesabaran yg tinggi untuk menanganinya… the wife usually a bit confused at the beginning of the arrival, tak tau nak handle mana satu, akak ke adik… usually masa tu akak will mengamuk tak tentu pasal… kurangkanlah beban isteri pda masa itu dengan menangani anak pertama… i couldnt breastfeed my second baby because my first one, ( 2 yrs at that time ) wont allow the baby to share the breast ( she stopped breastfeed at 2 , few days before the baby arrived ), then i felt guilty, cried a lot, a bit depressed… the good news is, by going through all the changes together, when things all settled and under control, u will realise that u and ur spouse has become a new person, wiser, resilient, a better person as a whole, ur marital relationship has also entered a new phase, stronger, tighter and tastier then ever… macam dah lulus ujian dalam hubungan rumahtangga … betul apa yang orang cakap, ujian sebenar dalam berumahtangga ialah apabila beranak dua… kalau pass masa tu insyallah akan tahan ujian seterusnya, jika tidak…. doakan yang terbaik untuk anda… saya dan keluarga telah selamat melaluinya… i konw u both can do it too….insyaallah..good luck !
18-05-08 at 11:23 am
izanazrin says:
sori bro aku tulis panjang sangat, couldnt help the feeling to give the advice… tak sedar dah panjang.. aku dengar org nak anak dua je jadi risau… my frens 1 cerai, 1 di ambang cerai lepas beranak dua… kena betul2 kuat… insyaallah kalau ingat tuhan, betulkan niat kahwin tu utk apa, insyallah selamat… isk… panjang lagi… aku ni memang, suka bercerita… hehe.. sori aaa..
18-05-08 at 11:26 am
izan2905 says:
sori bro aku tulis panjang sangat, couldnt help the feeling to give the advice… tak sedar dah panjang.. aku dengar org nak anak dua je jadi risau… my frens 1 cerai, 1 di ambang cerai lepas beranak dua… kena betul2 kuat… insyaallah kalau ingat tuhan, betulkan niat kahwin tu utk apa, insyallah selamat… isk… panjang lagi… aku ni memang, suka bercerita… hehe.. sori aaa..
18-05-08 at 11:27 am
SangPelangi says:
Waahh.. seronoknya..
tak sabar aku nak jadi seorang bapa. Huhu..
18-05-08 at 11:05 pm
elaira says:
tahniah… fajar baru di bumi scotland!
moga semuanya selamat dan sejahtera utk fajar, anis dan najla.. juga baby yg bakal lahir nanti. akak sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.
23-05-08 at 1:41 am