Layar Impian
Terlebih dahulu, terima kasih semua di atas ucapan, doa dan nasihat yang diberikan. Insya Allah, moga Allah akan mempermudahkan jalan yang kami lalui di sini. Tidak dinafikan, kadangkala terasa gementar mengenangkan menerima kehadiran orang baru tanpa orang tua di sisi. Apa yang bakal kami lalui nanti hanya berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini. Meskipun begitu, ia seakan pertama kali melaluinya. Lebih-lebih lagi di tempat orang yang berbeza sedikit layanannya jika dibandingkan di Malaysia.
Sebenarnya, berita gembira ini sudah ada dicatatkan di dalam blog ini. Namun begitu, ianya disampaikan dengan maksud yang tersirat. Lebih-lebih lagi, perkara itu agak baru. Lalu, ianya menjadi satu harapan kepada kami berdua. Tidak lama selepas itu, terdapat beberapa peristiwa yang membuatkan kami rasa berdebar, khuatir jika benih yang masih baru tidak mampu bertahan. Apatah lagi isteri menyatakan terdapat lendiran darah yang begitu kerap. Hingga tertulisnya entri ini. Walau bagaimanapun, sudah tentunya kuasa-Nya mengatasi segala. Syukur, kerana dia masih lagi bertahan hingga ke saat ini.
Kami sememangnya sudah bersedia menerima orang baru. Mungkin ada yang merasakan mendapat anak di saat kesibukan mengejar dunia akademik yang sudah sedia mencabar, bakal menambah beban. Tapi kami cukup yakin dengan kuasa dan rahmat Tuhan. Kami tidak mahu menjadikan hadirnya anak-anak memberikan tekanan kepada kami. Bahkan, mereka menjadi pendorong yang amat luar biasa. Meskipun nanti bakal tertambah tanggungjawab, mereka datang bersama rezeki yang melimpah ruah. Bahkan, di saat ini, kami sudah mula merasakan nikmat-Nya sedikit demi sedikit. Dari rasa sempit menjadi lapang.
Banyak juga perkara yang dilalui membuatkan kami rasa sedikit berbeza berbanding waktu ibu mengandungkan Najla dulu. Sebelum ini, aku tidak pernah merasa pening atau mabuk. Kali ini, aku kerap pening dan muntah. Setidak-tidaknya, rasa begitu tidak dilalui oleh isteri. Mungkin aku dijadikan sebagai ganti.
Entah mengapa aku merasakan bayi yang masih lagi di dalam kandungan itu terasa begitu kuat, tabah, cekal dan cukup berdikari. Barangkali kerana ibunya begitu kuat mengharungi hari-hari dengan ketabahan. Meskipun sudah berbadan dua, masih lagi tegar untuk bersama-sama bekerja sambilan sebelum masuk ke universiti. Setiap pagi keluar rumah mengharungi kedinginan pagi dan pulang lewat petang dengan kepenatan. Bahkan, aku turut mengagumi kecekalan dan ketabahan untuk melalui kehidupan seperti biasa biarpun rasa letih. Itu belum lagi cabaran yang terpaksa ditempuh di dalam dunia akademik yang sudah sedia memerlukan ruang otak dan minda bergerak pantas pada setiap masa.
Moga nanti, lahirnya dia memberi kekuatan kepada kami. Menjadi pengikat kasih sayang yang berterusan dan juga menjadi rantaian kasih hingga ke syurga. Bahkan, menjadi anak dan manusia yang menenangkan mata, hati dan jiwa. Harapannya agar dia muncul sebagai manusia yang sentiasa berfikir tentang kehidupan dan berpegang teguh pada tali Allah. Sentiasa berada dalam rahmat dan kasih-Nya. Cekal dan kental pada setiap masa. Insya Allah!
asuhara says:
aminnn….
20-05-08 at 2:11 am
dasarhati says:
fuh…membaca entri-entri berkaitan tu, saya jadi kagum.memang kang fajar pakar menyuratkan yang tersirat
InsyaAllah selamat semuanya. dari sini turut mendoakan kesejahteraan putera/ri glasgow yang bakal menjadi suntikan semangat perjuangan. wah bestnya nanti IC nombor kod negara lain! 
20-05-08 at 4:43 am
Chentahati says:
Wah..
Wah..
Wah.. Anis jaga diri ek!!! Moga Najla akan jadi kakak yang baik
20-05-08 at 5:12 am
blackpurple @jowopinter says:
Alhamdulillah, Tahniah!
Semoga lahirnya nanti menjadi seorang anak yang akademis dan bertaqwa. Amin.
20-05-08 at 7:22 am
megat says:
insya allah semoga apa yang ko rasa benar-benar terjadi iaitu bayi itu bakal menjadi orang yang tabah, kuat dan berdikari!
aku doakan semoga segalanya akan dipermudahkan, insya allah.
20-05-08 at 7:35 am
zaida says:
Tahniah fajar.. setiap apa yang berlaku banyak hikmahnya… kami juga hadapi situasi yang hampir sama waktu di perantauan dulu…
Dengan izin Allah, doa dan harapan keluarga Alhamdulillah segalanya berjalan dengan mudah… InsyaAllah :D.
20-05-08 at 8:17 am
rudy says:
fajar mmg tokguru melankolikkkkkkk… bacalah pengalaman kakpnut yg tgh nagndung 6 bulan tuh ek…aku doakan semuanya slmt
20-05-08 at 10:37 am
zulfadli says:
tumpang gembira skali.. pda masa yg sama terasa terharu dan kagum dengan ketabahan pn anis menghadapi cabaran di tempat org.. semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat.. insyaAllah
20-05-08 at 10:42 am
mar says:
Nice.Full of hopes.Keep on writing
20-05-08 at 11:19 am
JIMI says:
Fajar, rezeki itu murah buat Fajar sefamili.My sis sudah 7 tahun masih belum menimang cahaya mata.
20-05-08 at 12:48 pm
Lini says:
Alhamdulillah.. puji dan syukur pada Ilahi di atas anugerah yg dikurniakan…..
21-05-08 at 2:08 am
lina says:
tahniah fajar n anis.. pastinya semangat dan ketabahan ko berdua bertambah seiring dengan degup jantungnya… semoga sumenye berjalan lancar… perjalanan hidup ini pastinya bertambah bererti.. di akhir nanti suatu ganjaran yang pasti akan dikecapi, atas semua perngalaman yang telah ditempuhi..
21-05-08 at 5:44 am
aliff says:
aminn………..
21-05-08 at 6:34 am
Indera says:
Jika mimpi masa silam, bisaku zahirkan jadi lukisan yang menarik…
Semoga setiap langkah itu akan dipermudahkan oleh Allah. Dia yang Maha Agung lagi Maha Adil. Dia yang tahu setiap kesusahan yang dilalui oleh hambanya. Pohonkan berbanyak pengharapan. Insya-Allah akan dilorongkanNya dengan segala kelancaran..!!
22-05-08 at 3:59 am
elaira says:
sekolah kehidupan… mengajar kita erti tabah dan berusaha. kadang kala berada di tempat oranglah kekuatan sebenar kita terpancar, kuat dalam berusaha dan bersabar serta redha dengan segala dugaan Yang Esa.
Perjalanan akak baru-baru ini juga menitipkan pelajaran yang tidak terucap mahu pun tertuliskan.
Moga kita menjadi insan yang sentiasa dilindungi Allah swt. Dan semoga segala dugaan itu menjadi kurniaNya yang sentiasa menyinari perjalanan kita di dunia fana ini.
Kasih sayang selalu dari hujung rimba buat kalian sekeluarga.
23-05-08 at 1:47 am
Lena says:
Tahniah.. semoga keselamatan ibu dan kandungan serta seluruh keluarga berada dalam rahmat dan lindungan yang Esa.. Amin!
I’m happy 4 you my friend..
04-06-08 at 3:16 pm
cyMa says:
bro, just nak share kisah pengorbanan sebuah family:sang ayah mengambil cuti setahun tanpa gaji kerana menemani isteri menyambung master.mungkin dh rezeki,isterinya melahirkan anak nun jauh di kota London.anakanda terpaksa dihantar pulang ke ibukota yg kini dijaga oleh sang ayah, terpisah di mata, namun tetap dihati si ibu..anakanda membesar dgn kasih sayang ayah, siibu bergelut dgn pelajaran demi mengejar cita2. betapa mulianya pengorbanan si ibu dan kesanggupan sang ayah..
23-06-08 at 5:21 am