Jangan Pergi
Setiap pagi, ayah pasti rasa bersalah. Juga kasihan. Begitu juga ibu. Rasa sebak. Rasa sayu. Hati mana yang tidak dihambat rasa begitu. Apatah lagi meninggalkan Najla yang masih lagi lena beradu.
Ayah tahu, Najla sudah pandai berkompromi meskipun usiamu masih kecil sayang. Ayah ibu begitu mengerti dan menghargai pengorbanan yang Najla tanggung. Kecil begini, Najla sudah terpaksa bersabar menahan rindu. Melepaskan ayah ibu keluar awal dari rumah.
Setiap pagi, ayah akan mengelus rambut yang menutupi mukamu. Lalu kami kucup pipimu. Kemudian, ayah capai Che’ Mek, patung kucing kesayangan Najla. Juga selimut berwarna merah jambu yang ibu belikan. Ayah letakkan di dalam pelukan Najla. Ayah dakap tubuh Najla yang kecil lalu angkat dari katil. Tempat tidur kita bersama.
Ayah dukung Najla ke bilik sebelah. Ayah peluk erat. Semakin hari ayah merasakan berat Najla semakin bertambah. Anak ayah semakin membesar. Nanti-nanti, ayah mungkin tidak mampu mendukung Najla lagi. Ibu sempat mencium pipi Najla. Membisikkan kata sayang dan rindu.
Di bilik sebelah, ruang tamu yang dijadikan bilik. Ayah letakkan Najla di atas duvet berwarna krim. Bersebelahan dengan Bibik Zira, makcik Najla. Datang selama 6 bulan untuk menjaga Najla. Kalau dulu, tidur di sebelah Kakak Fiza, yang kini sudah pun pulang ke tanahair. Ayah selimutkan Najla dari kesejukan pagi. Sejuk yang luar biasa buat kita.
“Tidur sayang. Nanti, ayah ibu balik. Bye sayang”
Dalam tidur yang terganggu itu, Najla masih lagi mampu membalas perlahan, “…bye”.
Lalu cuba meneruskan tidur dengan memeluk Che’ Mek berwarna hitam.
Ayah rasa sebak. Ayah rasa terharu. Tapi, ayah ibu terpaksa keluar awal untuk mencari rezeki sebelum ke universiti. Rezeki yang kita perolehi nanti boleh digunakan untuk menampung kos pengasuh Najla yang bersilih ganti. Setidak-tidaknya, ada orang yang menjaga Najla sewaktu ayah dan ibu kesibukan di makmal. Juga untuk keperluan kita sekeluarga, sayang. Ayah harap, Najla mengerti juga pengorbanan kami. Mungkin Najla akan memahami semua ini satu hari nanti.
Sungguh, ayah dan ibu memaklumi bahawa Najla paling banyak berkorban. Membiarkan hati dan diri jadi rindu kepada kami. Dan selalu ternanti-nanti kami pulang. Alangkah seronoknya pada wajah itu saat melihat ayah atau ibu tiba di muka pintu rumah. Lalu terus bercerita, apa yang telah Najla lakukan pada hari itu. Berbaris-baris cerita mahu dikongsi. Meski ayah dan ibu tidak hilang lelah dan penat.
Maafkan ayah dan ibu, sayang. Selalu saja ayah dan ibu tidak mampu menunaikan permintaan itu.
Apabila ayah katakan, “Tomorrow ayah go to work and school. Najla stay at home ok? Be a good girl.”
“No. Please ayah. Don’t go. I want ayah ibu…”
“Tak boleh sayang. Ayah ibu kena pergi school. One day Najla go to school, okay?”
“Ayah. Please, stay home…”
Kata-kata itu. Permintaan dan rayuan itu. Please, stay home.
Kalau boleh, mahu saja ayah ibu selalu di sampingmu. Setiap masa dan ketika. Tentu sekali. Sabarlah dulu sayang.
Percayalah, rasa rindu itu selalu ada. Buat kamu.

JIMI says:
Fajar, pagi-pagi subuh, bangun dan membuka blog Fajar, dan membaca entri ini, sebak rasanya.
Semoga Najla menjadi anak kecil yang mempunyai “old soul”, yang matang dan faham pengorbanan ayah ibunya.
25-05-08 at 11:50 pm
asuhara says:
percayalah, Najla faham situasi kamu sebenarnya….
gambatte ne
26-05-08 at 7:16 am
Unsunghero says:
…ayah dan ibu mana tidak cair hatinya mendengar rayuan anak sedemikian rupa. mujur anak sekecil itu mudah dipujuk malah rajuknya tidak sepanjang rajuk kita yang dewasa ini…
26-05-08 at 7:49 am
Indera says:
Fajar…
Bersabarlah. Kata nasihat orang tua-tua,
Sukarnya menongkah olak
Olak beralun di lautan dalam
Sukarnya mencari jejak
Jejak ditimpa hujan malam
Betik jaga di padang jarang
Dibawa tuan layu di sisi
Asyik mata memandang bintang
Terlupa nian batu di bumi
Fajar…
Ibu saya sering berpesan, di dalam hidup ini, kita akan memperolehi satu tetapi akan terlepas satu. Maksud kata ibu saya, Tidak segalanya yang dapat kita kecapi dalam satu masa. Pastinya akan ada yang haruskan kita korbankan.
Jika tuan hanya meninggalkan permata hati tuan barang sehari, saya pula meninggalkan permata hati saya barang seminggu. Memang sukar untuk menggapai pelangi. Pelangi hanya akan menjelma setelah berlalunya guntur dan halilintar. Tetapi apa pilihan yang kita ada? Tiada sebenarnya!! Melainkan memohon kepada Allah SWT agar pengorbanan yang kita lakukan akan diganjarkanNya dengan pulangan 1000 kali kebahagiaan.
Mudah-mudahan kesabaran bisa mendidik kita erti kenikmatan dan kasih sayang….
Saya, Fajar dan kita berdua mempunyai kisah yang sama tetapi lain warna. Hanya panduan dari Allah yang saya pohonkan moga-moga kita berjaya keluar dari cabaran ini. Amin.
26-05-08 at 9:36 am
napang says:
Gambare ayah! Gambare Ibu! Najla gamanshite ne… zettai ii koto aru.
26-05-08 at 10:01 am
Epong says:
aku kan, kalu baca entry kategori ‘rasa’ kat blog ko ni kan.. aku tak boleh dgr lagu ala2 sedih tau.. memaaaaang laa terasaaa!
i told you, it’s good to be a dad.. one of the most wonderful feelings ever..
and.. Najla tak sabar tunggu adik tuu.. heheh! congrats! double up the doa my friend..
27-05-08 at 5:37 am
Epong says:
oh.. and fajar.. lupa nak bagitau..
aku pun dah start bergiat balik dalam photography.. latest gadget would be Canon EOS 40D! wuhuuuuuuu!! lense tak kompom lagi..
aku tak dapat nak amek gambar landscape, sebab berjalan tak jauh kannn, tapi more sport actions.. jiwa dah kat situ.. wish me luck, dude!
27-05-08 at 5:42 am
aliff says:
Dulu masa kecil selalu tanya ayah, kenapa pergi menoreh lama-lama? Pukul tiga petang baru balik. Ayah cuma senyum. Untuk kamu dan adik.
Demi kamu dan adik agar jadi orang berguna.
Betul sungguh, kasih ayah membawa saya ke universiti dan jadi orang berguna….
27-05-08 at 6:03 am
megat says:
betul-betul ganggu mood aku di petang hari ini. tetiba aku teramat rindu kat anak-anak aku danish & daniel.
“tunggu kepulangan papa, sayang!” bisik hatiku.
27-05-08 at 10:01 am
Has Cardiff says:
Ooo.. Fajar dan isteri dua2 seklai belajar, ya?
MasyaAllah.. mmg mencabar!
27-05-08 at 11:45 am
SangPelangi says:
Wahh.. warkah buat si cilik. Bila dah besar nanti, bila dah boleh membaca, harap dia dapat membaca isi hati si ayah ibu di sini, dan menghargai setiap jasa dan sumbangan kalian berdua.
;_( tersentuh.
27-05-08 at 1:40 pm
fajr' says:
jimi: maaf jimi, tidak berniat meruntun mood pagi. semoga Najla mempunyai jiwa yang kental dan tabah, serta memahami pengorbanan ayah dan ibunya.
asuhara: meskipun usianya mentah, tapi Najla cukup memahami. bahkan, sudah belajar kompromi.
unsunghero: tidak dinafikan, rayuannya bisa mencairkan hati. bahkan, membuatkan kita jadi tidak keruan.
indera: terima kasih atas kata-kata yang penuh dengan azimat. dorongan dan panduan berguna ini sangat dihargai. kelu pula saya dibuatnya!
28-05-08 at 1:12 pm
fajr' says:
napang: terima kasih. *apa makna yg selebihnya ya? tahu cuma gambatte je*
epong: terima kasih dude. ur words really mean something for me! ;). so, dah beli ke canon tu? pergh, best nih. don’t forget to share the photos ok?
aliff: begitu besar pengorbanan ayah. moga kita tidak akan sesekali melupakannya. barangkali aliff akan lebih memahami bila sudah ada anak sendiri.
megat: maaf sekali megat. tidak terniat untuk mengusik mood.
has cardiff: yup, agak mencabar juga. tapi, segalanya diserahkan kpd-Nya agar dipermudahkan jalan buat kami.
sangpelangi: mudah-mudahan Najla akan terus menyinari hati dan jiwa kami. setiap masa dan ketika.
28-05-08 at 1:18 pm
rudy says:
Jadikan buku dan pastikan najla membesar dengan bingkisan ini. Aku bersiaran dari Melaka ini Fajr.
29-05-08 at 3:26 pm
leje says:
salam dari tanah air,
dah lama aku tak menjengok blog kau ni. dah lupa pun addnya…
masih ingat aku lagi ker…
so how’s life kat uk.. bila agaknya aku boleh jejak kaki kat sana…
insyaallah one day.. kalau tak study pun pegi menjenguk je negara penjajah celaka ni..
tak habis2 menyusahkan bangsa aku..
oklah fajar, saja jer nak tanya kabar.. kim salam pada wife ko n geng2 kat sana..
jangan rindu tanah air.. good luck dan selamat balik tanah air.. at least dah boleh jadi dean nanti.. amin..
03-06-08 at 11:31 am
Amyz says:
dewasa ini semakin kita mengerti pengorbanan seorang ayah.
you’ll be a very good dad to najla. mudah2an najla jadi anak yang solehah. insya Allah..
06-06-08 at 4:26 pm