Archive for May, 2008

01-05-08

Meraikan Mentari Musim Bunga

Posted in bicara by fajaril

springnajla.jpg

Hujung minggu yang lalu, bumi Glasgow dilimpahi cahaya matahari. Suasana begini amat jarang dirasai. Hangat mentari membawa rasa gembira. Tiada awan mendung yang berarak di dada langit. Bagaikan membawa duka jauh-jauh.

Di kesempatan itu, kami membawa Najla keluar berjalan di sekitar bandar dan meraikan rasa syukur atas nikmat yang diberikan. Dan Najla begitu gembira berlari-lari di sekitar taman kecil ini. Warna bunga-bunga di sekitar mencalitkan rasa ceria dan menyapa pandangan mata kami dengan senyuman.

Alangkah baiknya jika cuaca selalu seperti ini.

Namun begitu, beberapa hari selepas itu Glasgow kembali suram. Awan kelabu menyelubungi. Tiba-tiba saja, dia menangis lebat.