05-06-08

Pusing

Posted in kerja i by fajr'

Beberapa minggu ini, aku jadi tidak keruan dengan dunia akademik aku. Seakan, berpusing-pusing. Ada banyak benda yang harus aku siapkan dan usahakan, tetapi aku seakan tidak boleh bergerak. Aku jadi buntu. Kepala aku pening. Setiap hari aku rasa bersalah kerana tidak mendapatkan hasil yang agak produktif pada hari berkenaan.

Oleh yang demikian, beberapa hari ini aku banyak mendiamkan diri. Cuma, aku terasa berada dalam pusingan itu terlalu lama. Masa untuk keluar. Masa untuk mencari kekuatan dan keyakinan diri!

[+]

Kredit: http://www.phdcomics.com (Harus dikunjungi untuk mengenali dunia manusia ‘post-graduate’)

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

7 comments

  1. izanazrin says:

    apabila saya tersesat di dalam kebuntuan yg menyesakkan, saya selalu anggapkan dan imagine hidup ini ibarat satu drama yg tlh diatur babaknya oleh tuhan. mcm tengok drama, sekarang mungkin babak buntu but nanti hujung cerita insyaallah happy ending, akan sampai hujung cerita nya tak lama lagi, cuma tawakal, doa, tunggu jaaaaap je lagi, ada cahaya di hujung sana, percayalah ! Selagi tuhan ada, Dia akan tolong kita.

    05-06-08 at 4:15 pm

  2. deej says:

    even in a vicious cycle there is always a way out. sometimes it’s just in front of us, just pray and God will show the way.

    06-06-08 at 1:23 am

  3. Epong says:

    i guess postgrad studying is much harder that professional jobs.

    at the beginning of any study term, you’d think you’ll have the burning spirit to go through the term until the end, being productive as in the first day. but as time goes by, productivity is indeed a battle..

    fight it, Fajar. take the spirit of Artakus with you. Pray to Allah to give you the strength..

    Chayyok!

    06-06-08 at 1:42 am

  4. Epong says:

    p/s: pasal ‘request’ tu.. aku pun tak ingat apebende la. Rasanya novel kot? tapi novel ape yg hanya ada kat UK tapi takde kat M’sia ek?

    yang aku ingat aku ada nak beli something from amazon.co.uk and have it posted to your house. but i can’t remember what it was! ayooo..

    06-06-08 at 1:45 am

  5. Indera says:

    Fajar,
    Sebagai manusia, memang kita sangat inginkan segala yang terbaik untuk diri kita. Mengikut pengalaman saya yang sudah-sudah, apabila saya berada di dalam keadaan buntu, saya akan cuba mencari jalan penyelesaiannya dengan sedaya upaya.

    Dalam erti kata lain, jika jalan ke kiri tertutup, saya cuba jalan ke kanan. Jika jalan ke kanan juga tertutup, saya akan cuba jalan ke hadapan, kebelakang dan segala macam jalan akan saya cuba.

    Biasanya, pasti akan ada jalan keluar. Itulah pendapat saya dahulu.

    Sehingga suatu masa di mana sudah tidak ada lagi jalan keluar. Saya masih tidak berpuas hati. Masih tercari-cari. Tetapi semua jalan sudah tertutup.

    Di saat itu saya terhenti sejenak. Kemudian berfikir. “Oh, rupanya aku berlaku sombong kepada Allah Yang Maha Bijaksana. Aku langsung tidak ingin menadah tangan meminta pertolongan darinya sedang aku adalah hambaNya yang sangat lemah”.

    Di saat itu kembalilah memikirkan kewujudan diri betapa kita manusia yang sangat manusiawi. Yang terlalu banyak dengan segala macam kelemahan. Serahkan segala-gala di bawah tadbir Allah SWT. Insya-Allah, hijab akan terbuka. Laluan itu akan dipertontonkan…!!

    06-06-08 at 2:44 am

  6. aliff says:

    ambil wuduk,
    solat sunat hajat
    solat taubat
    dan berdoalah
    semoga dipermudahkan
    abang fajar boleh!

    06-06-08 at 2:44 pm

  7. fajr' says:

    terima kasih atas dorongan dan nasihat!

    09-06-08 at 5:30 pm

Leave a comment