Rindu Yang Berlalu
Entah mengapa, tiba-tiba saja seorang teman ini berkongsi cebisan hatinya kepada aku.
“Kau tahu, aku selalu teringatkan kepada dia. Setiap masa dan ketika. Ingatan aku tidak pernah lekang mengingatinya”, luahnya.
Aku tersenyum dan berkata, “Begitulah rindu.”
“Tapi, itu dulu.”
Dahi aku berkerut. “Dulu?”
“Ya, dulu aku selalu merinduinya. Ada saja dia di benak dan jiwa ini. Tapi kini, rindu itu seakan sudah berakhir.”
“Mengapa pula?”, desak aku.
“Aku berhenti rindu kepadanya sejak aku tersedar bahawa hanya aku saja yang merindui dirinya. Jelas sudah rindunya tidak ada untuk aku.”
Aku terdiam. Mencari jawapan untuk memujuk. Dia terdiam. Memendam rasa yang sudah lama. Aneh sekali membongkar rahsia di hatinya. Barangkali ada rajuk yang tidak terpujuk.
Ah, mungkin benar juga dikatakan bahawa kenangan itu bagaikan satu sumpahan. Tidak mampu dipadamkan walau sedikit pun.
Indera says:
Hanya kita saja yang rindu-rinduan sedangkan dia tidak tahu… Betapa pedihnya menerima kenyataan itu. Tetapi itulah hakikatnya bila cinta dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa.
Alangkah sakitnya cinta. Bayangan dirinya mengekori walau ke mana kita berada. Ibarat kata XPDC..
“Kau di mana jua. Berdamping di dalam hatiku”
Cinta yang paling tinggi adalah cinta kepada Khaliq. Cinta unik yang ada dalam tiada.
Gelap bukan Malam
Terang bukan Siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Hahahahahaha… saya sudah mula merapu. Maafkan saya..
10-06-08 at 3:01 am
megat says:
rindu terlalu subjektif. dan boleh dikategorikan dalam byk perkara.
namun rindu yg tak terbalas amat menyakitkan. memaksa rindu itu dipendam juga amat memeritkan.
10-06-08 at 8:13 am
asuhara says:
kadang-kadang walau bertepuk sebelah tangan pun, walau marah meraja hati atau ingatan sudah mati, rindu pasti melintas.
asal tidak ada dendam dlm rindu tu, pada saya biarkan saja bagai angin yang bertiup di minden ni..:)
10-06-08 at 11:35 am
aliff says:
buah berangan masak merah
sayang kelkatu dalam perahu
luka di tangan nampak berdarah
luka di hati siapalah tahu!
10-06-08 at 1:19 pm
lanamaya says:
Kadangkala kenangan manis bisa jadi pahit pabila takdir dan waktu berlalu tanpa rela
Kadangkala kenangan pahit bisa menjadi kemanisan hidup dan perisai masa depan tanpa sedar
Perit tetap perit, jangan dinafikan,
Luka tetap luka, usah dicarikan ubat,
Payah! Calarnya takkan hilang!
Biar saja ia sembuh sendiri..
kerana manis atau pahit,
perit mahupun luka,
akan tetap tinggal di situ..
Asal saja jangan dijenguk selalu ruang hati yang tercalar itu..
Biarkan saja ia di situ!
p/s:
Diri berkata pada Harapan:
“Pimpinlah tanganku,
bawalah kupergi…”
Hati berkata pada Diri:
“Dan bawa sekali aku yang telah robek ini bersamamu!”
Diri pandang pada Hati;
Hati pandang pada Diri dan Harapan;
Harapan pandang pada Diri dan Hati, Hati dan Diri;
Harapan tersenyum pada Diri dan Hati;
Membuatkan Diri dan Hati tersenyum!
Lalu Diri bawa Hati bersamanya menuju Harapan.
Tiada sangsi lagi!
11-06-08 at 12:36 pm
cyMa says:
janganlah hanya mengukir janji
sedangkan dikau masih mencari
adakah benar kata2
bukan ungkapan sementara
kaulah pancaran yg xku rasa
bagaikan obor yg menyinar
jika terpadam tiba2
sunyilah insan alam gelita…jika kau selam hati ini pastinya engkau kan mengerti betapa sucinya kasihku jgn diragu
jika kau rasa getarnya
debaran kasih, cinta yg meronta
nilai kasihku padamu
cukup berharga
bukan simpati yg aku pinta
kebenaranmu memutus kata
agar dptku abadikan
utk pedoman meniti cinta
25-06-08 at 3:13 am