10-06-08

Nyaris!

Posted in peristiwa by fajr'

Jam sudah menghampiri angka 7. Aku bergegas keluar dari bangunan Royal College. Musim panas sebegini, persekitaran masih lagi cerah. Namun, hari itu agak suram seperti selalu. Rintik hujan membasahi bumi Glasgow. Hujan di musim panas.

Aku berjalan mengikuti lorong-lorong menuju ke perhentian bas yang terletak di Glassford Street. Seperti biasa, aku mengambil jalan pintas ke sana. Macam hari-hari sebelum ini. Aku malas berjalan jauh melintasi George Square. Lalu, segera aku melalui John Street yang betul-betul terletak di antara dua bangunan Glasgow City Council.

Uniknya jalan ini terdapatnya dua pintu gerbang yang agak cantik. Orang di sini begitu menghargai bangunan lama. Entah berapa sudah usianya. Sewaktu musim sejuk, pada waktu begini, pintu gerbang itu sudah disimbahi dengan lampu neon. Jalan ini ditutup untuk laluan kenderaan, kecuali untuk meletakkan kenderaan bagi pihak tertentu sahaja. Maka, ia menjadi laluan pejalan kaki tanpa sebarang gangguan.

Namun begitu, pada hari itu ketenangan itu seakan terkocak. Sewaktu melangkah kaki di jalan berkenaan, aku seakan tersedar bahawa aku keseorangan. Bunyi kenderaan bagaikan terasing di sini.

Sebaik melalui pintu pejabat bernombor 40, mata aku terlihat kepada sekumpulan budak-budak muda yang sedang kemabukan barangkali. Namun, aku sengaja buat tidak ambil peduli. Pandangan aku terus tertumpu pada kaki aku yang sedang melangkah. Di tepi jalan di depan mereka, terdapat sebotol kaca minuman alkohol yang sudah pun pecah. Serpihan kaca hijau bersepahan di tepi tong sampah. Aku melangkah berhati-hati mengelakkan dari terpijak kaca yang tampak mengilukan. Dalam masa yang sama, terdengar mereka berbicara. Entah apa butirnya.

Kaki ini terus dihayunkan. Dari perlahan menjadi laju. Entah mengapa, hati aku menjadi tidak enak. Seakan ada sesuatu di belakang.

Dari kerlingan mata, dapat aku melihat ada orang mengekori aku dari belakang. Terasa begitu dekat. Hayunan langkah semakin laju.

Tinggal beberapa meter saja sebelum aku melintasi jalan di hadapan yang sesak dengan kenderaan. Masih dapat aku dengar geseran tapak kasut yang mengekori di belakang. Mereka memanggil aku. Atau akukah yang berkhayal? Tapi, aku mengabaikannya. Kaki terus aku hayunkan. Hujan renyai-renyai membasahi. Sebaik saja tiba di penghujung jalan, aku mencari ruang selamat untuk melintas.

Di seberang jalan, aku tolehkan kepala untuk melihat siapa yang mengekori aku dari belakang. Ternyata, dua orang dari kumpulan budak muda tadi. Kedua mereka memandang tepat kepada aku. Sambil salah seorang darinya menarik penutup kepala. Lantas mereka bertukar bicara. Entah apa yang diceritakan. Namun mata mereka tidak lepas dari memandang aku. Dan aku merasa cukup aneh. Seakan terlepas dari ancaman.

Sungguh, aku rasa agak berdebar. Di benak fikiran, terbayang seribu satu kemungkinan. Tidak pula mampu aku membayangkan sekiranya aku ditarik oleh mereka berdua. Apatah lagi, sejak kebelakangan ini, banyak saja berita yang memaparkan kes tikam dan bunuh. Gerun pula jika dibayangkan tentang pisau yang menusuk daging dan memutuskan saluran darah. Mengalirkan darah laju dan laju.

Saat begini, segera aku teringat pesan seseorang untuk memperkasakan diri dalam 3 perkara. Iman, ilmu dan fizikal. Dua perkara itu, masih lagi aku perbaiki. Manakala kekuatan fizikal itu, memang begitu kecil buat aku.

Petang itu, adalah kemujuran dan peringatan buat aku. Syukur, Tuhan masih melindungi hamba-Nya yang lemah.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

18 comments

  1. kosong says:

    taking caring pajar…

    11-06-08 at 1:18 am

  2. Suzana says:

    Syukurlah selamat..

    p/s:are u gonna grab a 3G iphone for urself? rasa mcm nak beli juga.sgt suka :D

    11-06-08 at 1:22 am

  3. Indera says:

    Berhati-hatilah…
    Sentiasa minta bantuan dari Allah SWT moga kita sentiasa dilindungi dari kejahatan manusia dan syaitan..

    11-06-08 at 2:51 am

  4. megat says:

    syukur anda selamat. alhamdulillah diberi pelindungan dari-NYA.

    harapan semoga anda lebih berhati-hati di masa akan datang. yer lah malang x berbau.

    11-06-08 at 4:48 am

  5. bear says:

    Salam..
    cik.. take care k.
    tak kisah la amik jalan jauh sket pun..
    yg penting selamat..

    take care!

    11-06-08 at 5:50 am

  6. Epong says:

    Jangan..

    Pandang..

    Belakang..

    (lariiikkk!)

    nothing good comes from drunken youth.. just get away from one as soon as you detect the presence, my friend..

    11-06-08 at 9:08 am

  7. zulfadli says:

    alhamdulillah..lepas ni kena lebih berhati2.. elakkan dari melalui jalan yg sunyi..

    11-06-08 at 10:23 am

  8. aliff says:

    berhati-hati abang fajar!
    biar jauh asal selamat!

    11-06-08 at 11:12 am

  9. rudy says:

    sejurus ko sms aku ttg hal ni, aku cepat2 sms ko balik. harap ko dpt sms aku tuh. [aku dpt 6 sms sama drpd ko, mgkin maslh provider]

    aku pernah dpt email ttg ayat quran bagi melindungi diri..pernah terjadi sblm ini tapi budak pompuan tu slmt. nanti aku cuba carik balik.

    11-06-08 at 2:56 pm

  10. giant says:

    salam abg paja,
    sudah dikirim, katanya(abg yg menjaga kaunter di pos opis dpn maju junction) 10 hari lg sampailaa…
    saya kata(budak perempuan yg jd the sender) lamanyer br nk sampai…
    tgu ye :p

    12-06-08 at 6:03 am

  11. Blackpurple says:

    Suspen.

    Syukur tidak ada apa-apa yang berlaku.

    12-06-08 at 9:15 am

  12. wife says:

    Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

    ALLAH, tidak ada Tuhan selain Dia,
    Yang Maha Hidup, Yang terus menerus mengurus makhluk NYA,tidak mengantuk dan tidak tidur.
    Milik NYA apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
    Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi NYA tanpa izin daripada NYA. DIA Mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu NYA melainkan apa yang DIA kehendaki. Kursi NYA meliputi langit dan bumi. DIA tidak merasa berat memelihara keduanya, dan DIA MAHA TINGGI , MAHA BESAR.

    Surah AL-Baqarah (Ayat 255)

    12-06-08 at 10:14 am

  13. Unsunghero says:

    …moga fajar sekeluarga sentiasa dilindungi-Nya…

    12-06-08 at 10:19 am

  14. Kami says:

    Assalamualaikum A. Fajar & Kak Anis,

    Biasanya kalau sebelum kluar rumah saya akan baca sepotong ayat dari Ma’thurat sebanyak 3x: BismilLaahilLadzi la yadhurru ma’asmihi syaiun filardhi wahuassami’ul’Aliim
    (Dengan Nama Allah, yang segala sesuatu baik di langit atau di bumi tidak akan memberi apa2 mudharat selama bersama dengan Namanya. Dan allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.) Pastu sambung dengan BismilLaahi walhamdulillah, Bismillahi tawakkaltu ‘ala lLah. InsyaAllah, perjalanan dipermudahkan Allah. Saya pun pernah terserempak dengan kanak2 mabuk kat situ tapi alhamdulilLah dilindungi Allah. Sekadar menyampaikan pesanan orang tua2. Sampaikan salam kami buat kak Anis dan Najla.

    Wassalam.

    13-06-08 at 9:17 am

  15. asuhara says:

    fajar,
    kioskete neh ( take care ya!)
    semoga Allah melindungi kamu !

    15-06-08 at 7:42 am

  16. FIR says:

    More careful next time

    15-06-08 at 6:21 pm

  17. chentahati says:

    Jaga diri baik2.. kalau tak saper nak jaga Anis dan Najla.

    Ada berita baru mengenai tempat kerja. tak tau Fajar dah tau ke belum…!

    16-06-08 at 4:05 am

  18. fajr' says:

    terima kasih semua atas nasihat dan ingatan. Insya Allah, akan lebih berhati-hati selepas ini.

    16-06-08 at 5:38 pm

Leave a comment