16-06-08

Lalu Dia Berkata

Posted in rasa by fajr'

Tidak dinafikan, menjadi seorang ayah bukanlah satu perkara yang mudah. Segala rasa manis dan pahit akan bersatu. Dalam mendidik anak, kesabaran diibaratkan bagai sepohon kayu. Adakalanya, redup melindungi. Tapi ada masanya, berderu-deru ditiup angin. Bagaikan mahu menerbangkan segala daun yang ada.

Sejak kebelakangan ini, Najla begitu rapat dengan ayah. Mungkin ada sesuatu yang ingin dikongsikan. Mungkin juga mahukan ayah selalu berada di sisi setiap masa. Mungkin juga takut kalau nanti kasih ayah berubah apabila adik Najla muncul tidak lama lagi. Aduhai, anakku sayang. Kasih ini tidak akan berubah!

Setiap malam, dia ingin tidur bersebelahan dengan ayah. Tangan kecilnya akan menarik tangan ayah. Agar ayah dapat memeluk tubuhnya yang kecil itu. Tambahan pula di kedinginan malam bumi Glasgow.

Setiap kali ayah berada di rumah, Najla akan menjadi anak yang begitu manja. Selalu mengharapkan perhatian. Ada saja yang cuba dikongsikan bersama ayah. Dalam penat-penat, ayah cuba juga melayan. Tapi, tidak juga dinafikan adakalanya usikan Najla sedikit menganggu tugas ayah. Harus juga menjadi seorang ayah yang sabar dalam menerangkan mana yang boleh, mana yang tidak.

Satu hari, sedang ayah sibuk membuat kerja, Najla datang mengusik meskipun sudah berulangkali diingatkan. Oleh kerana geram, ayah menepuk perlahan pada bahagian kaki Najla. Pukulan yang sekadar untuk mengingatkan.

Sejurus kemudian, Najla berkata dengan nada yang lembut,

“Ayah, janganlah pukul Najla. Kesian Najla”

Kata-kata itu cukup memukul dan menusuk. Terkesima ayah seketika. Rayuannya begitu tulus. Nada suara yang lembut seakan memujuk. Hati mana yang tidak terusik?

Keikhlasan suara kecilnya bagaikan memadam segala rasa geram dan marah yang bermukim di hati. Terus saja ayah dihambat rasa bersalah!

Sorry sayang!”

Barangkali ayah terlupa bahawa anak ayah ini sudah besar. Sudah semakin bijak menyusun kata. Bicara yang cukup menusuk jiwa ayah dan ibu.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

19 comments

  1. Epong says:

    As usual my friend, you had me at the title..

    ‘rasa’ is my favourite category..

    my doa to your unborin child:

    Allahu ya Rabbi,U’iizuhu bil Wahidi min sharri kulli haasidin

    “Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon pertolongan dariMu supaya melindungi bayi ini dari kejahatan orang-orang yang dengki terhadapnya”

    p/s: Doa ibu Rasulullah SAW, Aminah ketika mengandungkan Baginda.

    I’ll email the arabic transcript to you, insyaAllah..

    17-06-08 at 2:36 am

  2. Epong says:

    unborin = unborn..

    sori typo..

    well, unborin’ is a word jugak kan? heheh.. children are unboring..

    heheh.. coverline..

    17-06-08 at 2:37 am

  3. asuhara says:

    semakin hebat kenangan hidup saat dgn arwah abah dulu bila baca entri fajar nih.

    p/s: selamat hari ayah ye ayah najla! alamak dah terlambat sgt ke?

    17-06-08 at 3:33 am

  4. megat says:

    ko mmg hebat dlm penulisan. begitu santai dan bisa menusuk. syabas!

    lebih tersentuh jika selepas berkeras dengan mereka. melihat mereka merajuk dan datangi mereka lalu peluk mereka dan memohon kemaafan kepada mereka. Mereka peluk erat.

    17-06-08 at 4:19 am

  5. aliff says:

    umur sebaya najla anak saudara saya lelaki.. cukup manja dengan saya kalau ibunya tiada

    satu hari dia mendesak ibunya telefon saya. tahu apa katanya?

    “cik ***, abang akip nie..kenapa cik *** lama tak datang tengok abang?”

    runtuh segala kekuatan jiwa saya abang fajar! petang itu lepas habis kerja terus saya beli sepotong kek kegemarannya dan melawat dia.

    senyumannya lembut manis…
    “cik ***, nanti datang tengok abang lagi ye!”

    ini baru anak sedara, tak tahu bagaimana dengan anak sendiri nanti!

    17-06-08 at 4:27 am

  6. chentahati says:

    Si Kecil di rumah belum pandai bercakap sangat. Tapi kalau kena marah, minta dipujuk la..

    Selalunya tak sampai hati.. he he

    17-06-08 at 10:20 am

  7. cyMa says:

    bro, anak mmg penyeri hidup..Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

    Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

    Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

    Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

    Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

    “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.â€

    Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..â€

    Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

    Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? â€
    Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.â€

    Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.â€
    Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.â€

    18-06-08 at 2:21 am

  8. Indera says:

    Bila saya meletakkan tangan ke tubuh anak-anak saya, pastinya sepanjang 5 hari berjauhan dengan mereka, saya akan diburu rasa kesalan yang mendalam terutama apabila terbayangkan renungan mata mereka yang kesakitan bila dipukul.

    Moga kerinduan ini akan segera berakhir hendaknya….

    18-06-08 at 2:38 am

  9. CBE says:

    jbnhpjohupmjwfjoevcbj

    19-06-08 at 9:46 am

  10. applephye says:

    ..hati saya sayu membaca entri fajar ini. (dan ini bukan lah pula entri pertama fajar yang membuatkan hati saya sayu)..

    ..agung sungguh rasa menjadi ibubapa. moga2 Allah kurniakan rasa itu kepada kami pula nanti.amin..

    19-06-08 at 1:32 pm

  11. zuril says:

    oh, nak kongsi dialog juga. dialog nephew - “auntie, kenapa auntie marah aiman. auntie tak sayang aiman ke?”. selamba sahaja dia bertanya.

    saya marah dia, beberapa jam sebelum tu. tak sangka dia masih ingat dan pendam rasa. kadang terlupa, budak kecil pun tahu erti jauh hati.

    sejak hari tu, saya selalu ingatkan diri sendiri, bawa-bawalah bersabar, cubalah bertenang dengan kerenah budak-budak. :)

    19-06-08 at 10:40 pm

  12. dasarhati says:

    heh…
    bapak saya seorang yang tegas. tak merasa saya pujukan macam kang fajar buat kat najla :) satu-satunya masa saya ingat dia pernah pujuk saya, bila malam sebelumnya dia marah sebab saya melawan sebab tension bila dia komen keputusan percubaan PMR di bawah jangkaan. esoknya dia peluk saya, cakap dia minta maaf sebab keras sangat malam tadi.

    selalunya bapak tunjuk dia manjakan saya dengan cara lain. yang pada orang lain, bukan manja kot. heheh.

    20-06-08 at 9:33 am

  13. En. Me says:

    kasih ibu membawa ke syurga,
    kasih bapa tiada tolok bandingnya.. salamm bro

    20-06-08 at 11:29 pm

  14. rudy says:

    aku agak apa yg ko rasa sama dgn apa yg aku rasa. sbb iyo pun gunakan ungkapan yang sama.. dgn suara yang sengaja minta dikasihani.. syiannnn iyooo… adeh..gituhlah slalu kalu aku bagi sedikit hukuman kat dia.

    22-06-08 at 2:37 pm

  15. Lini says:

    Ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. :)

    23-06-08 at 2:28 am

  16. fajr' says:

    epong: thank you! terharu juga sebenarnya. and, again, thanks for the email. Insya Allah, akan dimanfaatkna.

    asuhara: selalulah mengenanginya. dalam doa agar dirahmati.

    megat: terima kasih megat. sekadar meluahkan apa yang dirasa. tidak dinafikan, kita orang dewasa pasti kalah dengan kenaifan kanak-kanak. seharusnya, kita yang lebih banyak belajar dan bersabar dari mereka’kan?

    aliff: kanak-kanak mmg bijak menyentuh rasa. Insya Allah, satu hari nanti, bila aliff ada anak sendiri, pasti rasa itu lebih luar biasa.

    chentahati: orang kata, meminta pada yang ada. merajuk dan bermanja pada yang kasih. sudah tentu dia mahukan pujukan dari ibunya!

    cyMa: terima kasih kerana berkongsi catatan ini. saya begitu terharu apabila membacanya. membuatkan saya lebih bertekad untuk lebih mengasihi dan menyayangi anak ini dengan sepenuh jiwa! sekali lagi, terima kasih.

    23-06-08 at 4:52 pm

  17. fajr' says:

    indera: pernah merasa kesal begitu. tapi kita boleh mengawal rasa itu bukan? barangkali, kita sebagai bapa boleh sama-sama belajar mendekati anak dengan kelembutan. tapi tidak dinafikan, kesabaran juga harus tinggi.

    CBE: da vinci code?

    applephye: rasa haru itu perlu untuk kita menrendahkan diri pada sisi-Nya. insya Allah, didoakan agar suatu hari nanti applephye dan suami akan dikurniakan cahaya mata juga dan sama-sama merasainya.

    zuril: kanak-kanak ini jujur. kalau merajuk tidak berpanjangan. rasanya, kita pula yang kena belajar dengan mereka’kan?

    dasarhati: setiap org ada cara yang tersendiri. kdgkala, rasa sayang itu dizahirkan dalam bentuk yang lain. walau apapun, yang pasti dia sayangkan kita sebagai anak. tiada penafian ttg itu kan?

    en Me: salam bro. begitulah, sayang anak kepada ibu bapa. moga kita sebagai anak tidak akan melupakannya.

    rudy: betul tu. sangat mengesankan jiwa. terasa.

    lini: ye ke? :) ikut kuah yang mana satu agaknya

    23-06-08 at 4:58 pm

  18. che su says:

    che su rindu najla sgt2….rindu yg amat…….

    21-07-08 at 9:40 am

  19. titan says:

    sayangila dia selalu. :)

    06-09-08 at 6:47 pm

Leave a comment